Semalam Umi Qi ada ceritakan perihal kenali kerjaya pertamaku kan di SINI
semalam...ramai rupernya ex-ex PLKN dlm geng gojes...tidak Umi Qi sangka2...alhamdulilah...wpun Umi Qi bukan seorang guru PLKN mahupun pernah melatih kalian, tapi Umi Qi adalah sebahagian penyelaras/pembantu bahagian pembangunan latihan khas untuk kursus-kursus bagi bakal-bakal jurulatih modul fizikal yang diiktiraf dan lulus sahaja dalam kursus akan ditempatkan di sekitar kem-kem seluruh Malaysia....

Dengar macam havoc sgt lah kan kerja Umi Qi dulu??? Bukan havoc ye...tp lebih kepada mencabar...mmg sesuailah sgt time tuh bujang nak outstation ke sana ke mari mmg tiada masalah...dalam jadual setiap tahun...selalunya di pertengahan tahun dan hujung tahun kami akan menganjurkan pelbagai kursus modul fizikal khas bagi bakal2 jurulatih seluruh Malaysia...

Modul Fizikal yang Umi Qi pernah jadi urusetia program kepakaran ialah 
-Kawad
-Kayak
-Tali tinggi
- Pertolongan Cemas
-Tempuh Tanpa Senjata (TTS)
-Teknik Ikhtiar hidup
-Rempuh Tanpa Halangan

Ramai komen semalam ada mengatakan "Penat" "Lasaknya ju" dan lain2...ye mmg penat, mmg lasak...anak dara melasak...tp Umi Qi bersyukur kerja mcm nih dulu2...At least dapat mengembara seluruh pelusuk Malaysia Sabah Sarawak...sungguh kagum...itu sebab Umi Qi suka jalan2 until now...mmg susah nak lekat umah hehhehe

Apa yang penting sehingga sekarang walaupun sudah lama meninggalkan alam kerjaya yang tidak tentu masa perkara utama yang Umi Qi amal sehingga sekarang ialah      "Meningkatkan Motivasi Diri Sendiri Dengan Membina Disiplin Dalaman"

Itu adalah kata2 azimat yang Umi Qi pegang walau dicampak dimana2 sekalipun...sebab itu Umi Qi x boleh dengar if ada rakan2 seperjuangan atau gojes sekalipun yang rendah diri tidak kena tempatnya...hehehhe cepat2 Umi Qi bagi kata2 semangat agar kalian terus mencuba dan cuba sehingga dpt apa yang dihajati...jika tidak...tawakal adalah sebaik2 perancangan sehabis usaha yang jitu....

Ini adalah secebis gambar anjuran Program PLKN yang gilang gemilang kami sama2 urusetia program bekerjasama pagi ke malam utk memastikan segala perancangan pihak atasan berjalan dengan lancar tanpa sebarang kesulitan...

Sukan Air (Kayak) PLKN Peringkat Kebangsaan di Putrajaya...rasanya nih masih tahun 2008 jikalau tidak silap...lama dah x ingat tarikhnya...so ini hanya segelintir urusetia yang terlibat...jumlahnya ramai dan dipecah2kan kepada beberapa skop bahagian masing2

Dirasmikan oleh PM kita...see jika anda hebat nampak x muka Umi Qi menyelit tuh heheh...Umi Qi ditugaskan utk mengiringi VIP-VIP untuk naik ke pentas... :) gegar rasa jantung hahahha

Lepas selesai program...masih kaki gambar...itu harusssssss hahhaha

Beramas mesra katakan...korang tahu apa nih...AirHorn utk upacara perasmian...kena tekan satu tasik putrajaya leh dengar hehehhe best!

Selain itu, Umi Qi banyak bekerjasama dengan pegawai2 tentera di kem PLKN...dari peringkat Komandan Kem, Timbalan Komandan Latihan (TKL) dan Timbalan Komandan Pengurusan (TKP)...sebabnya bila anjuran kursus2 kejurulatihan dianjurkan oleh pihak Jabatan, Umi Qi kena berurusan dengan mereka semua utk memudahkan pergerakan kami ke sana nanti dari segi barang2 latihan dan peralatan alat bantuan mengajar disana dalam keadaan baik atau sebaliknya....

Antara kem PLKN yang selalu Umi Qi dtg buat kursus 2 minggu sana sini...fly ke sarawak pasti operator kem bagi ikan terubuk masin...seronok...sambil handle kursus dpt bawak pulang ole2 free...rezeki :)

Kem Junaco di Sibu Sarawak nih mmg terkenal gan keluasan tanah yang luas...terutama sekali tasiknya...hebat ada ikan naga didalamnya...pernah dengar ikan naga?

Nampak x bakal2 jurulatih tuh...diorg nih semua kena buat latihan dan ujian asas Kayak...so dipantau oleh beberapa fasillitator pakar dari pelbagai bidang...Umi Qi dari jauh pantau dari segi perilaku bakal2 jurulatih dan kelengkapan pembelajaran mereka...if ada yang buat ONAR pada hari kursus dijalankan...Umi Qi akan disqualified diorg dari masuk kursus berkenaan...itu pun setelah beberapa amaran diberikan dan diajukan permasalahan kepada pihak atasan...maka jika green light...Umi Qi akan keluarkan surat keluar padang....nampak mcm strict kan...tp mmg benar...nak jadi cikgu bukan senang...semuanya perlu ada disiplin dan semangat dalaman yang tinggi...kalu lembek? Mcm mana nak handle pelatih? 

Ini adalah bakal Jurulatih...sekarang dah bertahun berlalu...kemungkinan ramai yang sudah jadi jurulatih pakar dalam bidang masing2...ataupun mungkin sudah berkahwin dan beranak pinak...mereka dikalangan semenanjung, sabah dan sarawak disatukan dalam kursus yang sama, sama2 belajar dunia kejurulatihan...fun!

Umi Qi sedang beri kertas Ujian Kelayakan Kejurulatihan disalah sebuah kem PLKN...medan menentukan kalian layak atau tidak adalah bergantung kepada markah ujian teori dan praktikal yang telah dijalankan selama 10 hari...depan diorg mmg Umi Qi serius...belakang nampak orang amik gambar habis sudah perangai sebenar keluar...hehhehe

Habis je peperiksaan teori, keesokkan hari terakhir kami selalu buat majlis penutup besar2ran...selalu buat aktiviti Senam Seni Malaysia (aerobik)...Nampak x kt pentas tuh mana Umi Qi? Jangan x tahu ye, Umi Qi pun ada asas sijil Senam Seni Malaysia...so mmg selalu join aktiviti senamrobik dulu2...


Bersama fasilitator dan Umi Qi (urusetia prgram) selalunya jika kami ada anjuran kursus...seorang urusetia sahaja akan kendalikan satu program...bayangkanlah anda seorang yang jadi mastermind...boss akan dtg masa perasmian dan penutapan majlis jek...Umi Qi je akan bersama dengan 10 org fasilitator utk mengajar bakal2 cikgu...seram sejuk kalu bagi yang baru, bagi yang lama Umi Qi rasakan ia sgt enjoy...semuanya dilakukan ikut apa yg dirancang :)

Datuk KP pun join majlis penutupan kursus...hebat!

Bila habis dan tamat kursus yang banyak dijalankan...Umi Qi suka hirup udara segar di Pantai jika free...ambil ketenangan...ambil aura semula nak masuk pejabat...yelah dah lama fly sana sini...balik ke rumah mak ayah pun cuma sekadar tukar beg pakaian pastu terus fly balik...cuba bayangkan betapa Umi Qi dulu kerja yer x lekat dipejabat dan dirumah...nsb punya ibu dan ayah yg sgt mengerti urusan kerja luar ku yang mencabar....bagi seorang gadis! Jika bagi seorang ibu...mungkin daku tidak boleh selasak seperti dulu...kenyataan!

Banyak komen2 membina semalam Umi Qi baca...nak reply satu2 pun tiada butang reply...Umi Qi akan terjah kalian nanti di blog masing...
Ada yang cakap Umi Qi kurus dulu kala...yee mmg pun, tp jika anda ckp sila KURUS semula tidak mungkin Umi Qi nak paksa2 diri sendiri...cukuplah apa yang Allah berikan nikmat kurus itu sekejap...

Sekarang Umi Qi sgt hargai diri sendiri, tidak perlu hipokrit utk jadi diri orang lain, maka dengan itu apa yang lebih penting adalah MASA....

MASA sangat mencemburui kita...bila sudah lepas bertahun2 kita recall semula, ia seperti bunga yang baru berputik...sgt seronok kita kupas satu persatu sekarang...tp ingat jangan dibuang sepahnya bunga tapi hargailah ia pernah bertandang dan pernah melaluinya dengan penuh pengalaman dalam senyuman.....

<<<Esok Umi Qi story Part 3: Kisah kerjayaku sekarang...biasa2 je dah lebih banyak duduk opis je pun sekarang, syukur nikmat Allah beri :) >>>

9 Comments

  1. bestnya kerjaya dulu...dulu teringin sangat nak jadi macam tue tapi x tau macam mana...

    ReplyDelete
  2. Aktifnya umi qi..sya nk berlari sikit pun dah penat.huhu

    ReplyDelete
  3. lama tak datang blog akak busy sgt haishh..header dah baru cutenye...saya pun ex plkn hihi...

    ReplyDelete
  4. teronoknyaa...saya dulu x dapat pun plkn..alhamdulillah..hahaha..

    ReplyDelete
  5. Kenapa Ju tukar kerjaya? Mesti ada sebab kan. Kalau tak tukar kerjaya agaknya en abe dan Qi akan kena tinggal selalu...

    ReplyDelete
  6. wahhhh ju ke tu? muka maintan sampai sekarang, cun! aktif ek u dulu...hehe

    ReplyDelete
  7. hohoho bestnya kerjaya Umi dulu..
    dapat outstation sambil enjoy2 bekerja... tp skrg sure Umi dah tak teringin nak kerja mcm dulu lg kannn.. sebab si bujang QI dah ada.. takkan nak ditinggal2kan pulak kannn hehehe

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)