Influenza ~ Dont Get It, Dont Give it.......
Get Immunised 1st!!!

Ramai ibu bapa zaman kini kurang mengetahui apa itu suntikan vaksin khas Pneumococcal bukan? Sila ambil berat........anak anda tiada galang gantinya...duit boleh dicari tapi nyawa melayang ats kedekutan kita...jgn menyesal dikemudian hari! 

Apa itu Pneumococcal?
Berpunca dari Bakteria Streptokokus Pneumoniae (pneumokokus)
   - Ia biasanya ditemui di dalam saluran penafasan kanak2 dan disebarkan melalui batuk atau bersin
   - Kini terdapat lebih daripada 90 jenis pneumokokal yang diketahui, namun hanya lebih kurang 10% boleh menyebabkan penyakit yang serius di seluruh dunia
- Jenis yang biasa ditemui di rantau kita adalah 19A, 6A, 14, 6B 19F dan 23F.  
19A adalah bakteria yang muncul di dunia dan boleh menyebabkan Penyakit Pneumokokal yang serius dan  bersifat kebal antibiotik.

Q - Apakah akibat dari Pneumococcal?
A - Pneumokokas menyerang beberapa bahagian tubuh yang berbeza
1. Meningitis  - Jangkitan selaput otak dan saraf tunjang
2. Bacteremia - Jangkita dalam darah
3. Pneumonia - Jangkitan paru2
4. Otitis Media - Jangkitan telinga tengah

Q- Tahap serius Penyakit Pneumococcal?
A -  Ada 3 tahap bagi penyakit ini..
      1. Kerosakan Otak
      2. Hilang Pendengaran
      3. Kematian

Q -  Siapa yang perlu dilindungi daripada penyakit pneumococcal?
A -  1. Kanak2 di bawah umur 5 tahun
        2. Kanak2 yang tinggal di pusat jagaan harian
       3. Mereka yang mempunyai sistem imun yang lemah
       4. Mereka yang menghidapi penyakit kronik ( kencing manis, jantung, paru2, buah pinggang atau hati)

Q- Bagaimana untuk melindungi daripada penyakit pneumococcal?
A - 1. Penyakit Pneumococcal boleh dirawat dengan antibiotik.  Sejak beberapa tahun kebelakangan ini , bakteria pneumococcal didapati bersifat kebal terhadap antibiotik yang biasa digunakan.  Ini membuatkan rawatan menjadi sukar dan mengakibatkan tempoh rawatan di hospital yang lebih panjang dan kos yang tinggi.

2. Cara terbaik untuk melindungi daripada penyakit Pneumococcal adalah melalui vaksinasi.  

Kini terdapat 2 jenis vaksin pneumococcal untuk kanak2.
 a. Synflorix (PCV10) : Vaksin Konjugat Pneumokokal 10 Valen - melindungi kanak2 drpd 10 jenis bakteria pneumococcal
b. Prevenar (PCV13) : Vaksin Konjugat Pneumokokal 13 Valen  - melindungi kanak2 drpd 13 jenis bakteria pneumococcal

3. Pertubuhan Kesihatan Sedunia menempatkan Penyakit Pneumokokal iaitu penyakit yang boleh dicegah dengan vaksin sebagai punca nombor 1  kematian kanak2 di bawah umur 5 tahun di seluruh dunia.  

Sumber lebih lanjut click sini:

Ok dah fhm kan apa yg Umi Qi cuba selongkar rahsia kedua2 perbezaan 
Synflorix (PCV10) Vs Prevenar (PCV13) 

Ini dia rupa suntikan Synflorix (PCV10)

Prevenar (PCV13) 

Tindakan Umi Qaiser ilman hari ini:

8 Mei 2013 jam 12.30 tengahari 
Baru je call Hospital Pusrawi: Ada dua jenis pneomococol iaitu Pneomococol Synflorix Rm180.70 sekali suntik (3x) dan Pneomococol Prevenar RM240.50 sekali suntik (3x)...umi Qi tanya which one is better...P.Prevenar!!! 

Umi Qi dh siap appoinment Isnin 13 Mei 2012 jam 10.30pagi jumpa Dr. Pakar Kanak2 Dr. Kamarudin di Hospital Pusrawi KL (Dari asal umi checkup baby Qi yg masih dlm perut sampai lah bg tiap2 bulan imunisasi sehingga update nk bg vaksin terbaru nih)....aminn...moga Allah permudahkan urusan umi dan walid nanti...

Qaiser ilman, bersiap siaga ye nak dpt vaksin baru isnin depan...doa sgt semoga beliau dpt kekuatan utk mengadap vaksin berkenaan...berdebar2 rasa nk bawak pi suntik nih huhuhu

<<< Moga2 dipermudahkan urusan mommy gojes lain ye bg suntikan yg terbaik utk anak tercinta, lagi cepat lagi bagus! Go mommy go!>>>

29 Comments

  1. td pn baru kwn i cerita pasal dua jenis ni...mmg dia pn suggestkan prevenar..semua anak dia pakai yg tu..

    ReplyDelete
  2. yeay..QI nk gi cucuk yeh...2 lah..untuk anak..mahal mane pun tetap cuba untuk bg yg terbaik buat dia..nak2 lagi untuk kesihatan anak kite..

    ReplyDelete
  3. agak2 KKIA bagi tak vaksin ni atau kta kena usaha sendiri? huhuhu..

    ReplyDelete
  4. Julia tanks yer update psl nie..
    Zura br igt nak kol pusrawi da kol hr dorg kta xcover vaksin ni jd nk try kol puarawi tny bpe tup2 julia da update..
    Asenya pusrawi ni murh dr panel zura yg lain da try kol rm300++..
    Insyallah semoga urusan kita untuk ank2 ni bjln lncar..

    ReplyDelete
  5. siap sedia qi isnin nih..hehe..airiell mgu dpn kot..

    ReplyDelete
  6. thanks for info jue.. kne fikirkan utk yaya gak ni :)

    ReplyDelete
  7. this month Alisha cucuk 9mo..so kena tunggu bulan lain la gamaknye..hohoh

    ReplyDelete
  8. MQ alhamdulillah dah amek all the vaccine..
    Sebenarnya tak tau sgt tapi banyak refer dengan paed vaccine apa yang elok amek..
    So dia banyak recommend kira optional vaccine la..

    ReplyDelete
  9. Baru lisa tau..thanks for info ye julia... :)

    ReplyDelete
  10. Fayel amik yg Pneomococol Synflorix...tak pelah murah pun free heheh..syukur rezeki Fayel

    ReplyDelete
  11. ameer amek pneumoccocal prevnar vac kat 2 tmpt hehe..sebab mula2 tu xtau ktne best gi annur bangi..RM250..pastu tibe2 abg ipar kata ade tmpt lg murah..kat bangi gak, Poliklinik UKM situ paling murahlah stakat ni..RM180..

    ReplyDelete
  12. Baby ida pun nak amik gak vaksin ni
    dia optional tapi skang memacam penyakit jadi baik protect anak kite eawal kan
    beli bende lain memahal boleh
    xkan tok kesihatan anak x leh ye dak hehehehehehe
    jom lah tinggal jejak kat blog saya plak
    umielman.blogspot,com

    ReplyDelete
  13. anis pun berdebar ni nak bawak hannah..moga urusan kite dpermudahkan..aminn..

    ReplyDelete
  14. bila baca all the comment,rasa nya patut ke tak bg Nia???current ly ni dia macam batuk2 bila time tido...bila berjaga ok je,xde pun batuk...

    ReplyDelete
  15. Jgn sampai masa tarikh tu lupa pulak Ju. Qaiser kuat mesti ok punya kan:)

    ReplyDelete
  16. baby bila lepas cucuk selalunya demam . Qi kena sedia ubat nih ... jangan nangis ya Qi ...

    ReplyDelete
  17. baru tau...tq dengan info ni yer...

    ReplyDelete
  18. kesihatan yg baik sgt2 perlu untuk anak2 kita !

    ReplyDelete
  19. dengan keadaan persekitaran 2013 skangnie mmg kanak2 kena ambil banyak imunisasi

    ReplyDelete
  20. Akak dah melewati waktu2 ini tapi tak taulah kot2 lepas ni ada rezeki lagi tak boleh nak kata jugak.

    Setiap ibu bapa ingin memberika yg terbaik buat anak2.

    ReplyDelete
  21. Alfatihah buat anak2 sahabat kita yang telah pergi due to penyakit base pneumukokal. Ada 2 jenis suntikan vaksin pneumukokal. Untuk prevenar (13 valen) harga dalam RM240++. satu lagi Synflorix (10 valen) RM180++. Poliklinik UKM bagi jab Synflorix. Saya amik untuk anak saya yg umur 4 bln baru 1 dos di KPJ Kajang, Synflorix + consultation RM240++. Dr advise better take vaccine, esp those yg hantar nursery or nanny, synflorix dah memadai. Next time nak terus amik kat Poliklinik sbb dia kira harga jab sahaja, no consultation fees :D

    ReplyDelete
  22. salam puan julia aka ummi qi.. saya nak copy sedikit maklumat yang ada dalam artikel ini dan akan backlink semula ke sini, boleh?

    ReplyDelete
  23. Assalamualaikum...mintak izin share :)

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)