Doa Anda Kami Sanjungi : Mommy Erina & Aqil Kuat Ya!!! | Julia Johari
Booking.com

Doa Anda Kami Sanjungi : Mommy Erina & Aqil Kuat Ya!!!

Hati terpanggil untuk buat entry khas utk Mommy Erina & Baby Aqil salah seorang Group Mommy Blogger Gojes.

Ambil masa lama utk buat entry khas sebab Umi Qi x tahan tanggung kesedihan dan berjuraian air mata ibu tatkala mendengar, membaca dan menghayati ujian Allah berikan kepada keluarga Erina...

Ini adalah hebahan mommy erina yang diuar-uarkan dlm hebahan group kami.... :( sebak!

"Salam mommies, doakan kesihatan Aqil ye. Skrg Aqil di High Dependency Unit GHKL, admitted due to lung infection. Dia demam dah beberapa hari sebelum tu. On Off.Tapi doctor diagnose something wrong dengan darah Aqil.Darah merah dan putih Aqil makin berkurang. Memang Aqil nampak lemah dan pucat :'( Semalam dah dijalankan blood transfussion. Harini keadaan Aqil nampak ok, cuma merengek2. Mungkin dia tak selesa. Doctor kata limpa dan hati Aqil mcam bengkak sikit. Ya Allah..kuatkanlah hambaMu yang lemah utk hadapi dugaan hebatMu ini. Mohon mommies semua doakan Aqil ye. Rindu nak tengok dia senyum. Yup, mama Aqil kena strong baru Aqil strong kan :') "


Untuk maklumat lanjut sila click 2 blog mommy blogger gojes...

Terima kasih byk2 pada Mommy Yaya (shazura) sebab baru je tadi sampaikan sikit sumbangan kami pada beliau. Allah sahaja dpt balas budi baik mama yaya


Tudung Merah is Mommy Aqil...masih tersenyum wpun diberi berat ujian oleh Allah...kuat Erina! With Mama Yaya...great mommy wakilkan kami semua visit yaya today...semalam mama mimy dah lawat tgk keadaan mommy erina dan aqil di wad HKL kanak2


"Tadi masa lunch pergi lawat baby Aqil Hamzah..Kawan2 sama2 kita doakan semoga baby Aqil Hamzah sembuh dan sihat macam dulu..

Mama Aqil perlukam sokongan kita semua, dan dia smpaikan salam serta ucapan terima kasih atas sokongan dan doa dari mommies sume..

Sape nak tahu lebeh lanjut pasal Aqil pm zura yer..

Sumbangan dari mommies Julia Johari Akil dan Nurul Nurul Syamimi telah zura sampaikan.."

Doa untuk Baby Aqil
"Ya Allah, anugerahkanlah ke atas kami wahai Tuhan kami penawar kepada penawarMu, dan kesembuhan daripada kesembuhanMu, juga keberkatan daripada keberkatanMu, juga rahmat daripada rahmatMu terhadap penderitaan-penderitaan yang dideritai oleh orang yang sakit juga mereka yang lemah, dan sembuhkanlah, sembuhkanlah, sembuhkanlah dengan rahmatMu, ya arhamar rahimin."


<<<Mohon jasa baik anda di luar sana...doakan untuk baby Aqil agar cpt sembuh....kami semua mahu lihat Aqil tersenyum kembali :( >>>

Tengah taip nih mengigil jari dan air mata Umi Qi x tahan lagi menitis.............................jika Allah bagi ujian sebegini pada Umi Qi....x tahu bagaimana Umi Qi nk hadapi.... :(( doa dan terus berdoa agar Allah lindungi baby Aqil !!!


7 comments:

  1. ya Allah sembuhkan aqil...sesungguhnya Kau mendengar doa2 kami...aminn

    ReplyDelete
  2. Ya allah. Kau sembuhkan lah anak kecil yang tak berdosa tu. kau sembuhkan lah adik aqil. Berilah dia kekuatan dan sihatkan lah dia seperti sediakala.

    Ju, akk pun sedih baca ni. Teringat time anak anak
    Masuk spital dulu. Moga mogal adik ni sembuh lah kan.

    ReplyDelete
  3. Semoga aqil cepat sembuh n to mama aqil..be strong yeh...berkaca mata bila baca entry nie...:(

    ReplyDelete
  4. bila baby sakit,kita tak mampu nak tahan air mata kan....dia xtau ape2...semoga baby aqil cepat sembuh....ameen

    ReplyDelete
  5. baca entry nie teringat kenangan jumpa arwah wat kali pertama dan terakhir~

    Al fatihah..semoga Aqil Hamzah tenang disana..Syurga untuknya~

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Booking.com