Julia Johari: June 2012
Booking.com

Babymoon @ Pangkor Island 21-23 Jun 2012 ;)

Helloooooooo...yuhuuuuu geng blogger!
Haaaaa mana lah mama juju menghilang sejak akhir2 neh ek?
Haaaa mama ju ngan hubby pi holiday babymoon kt pangkor baru2 coz nak celebrate belated besday hubby kt sana weeeeeeee best2...
Aik? Lagi 3 bulan je lagi nak deliver kuat berjalan eh? ehehhe kalo nak tau mak buyung neh mmg hobby dia melancong sakan...sakanlah sgt kan kekkeke

Anywayyyyy percutian yg amat mengembirakan hati dan baby dalam perut neh....tenteram, tenang dan damai melihat kecantikan pantai pangkor dan suasana ceria....itu yg mama juju dpt setelah menjejak kali buat kali pertama yer disana...
Mungkin dikalangan para blogger dh byk kali ke sana kan? So, mama juju ngan hubby amik kesempatan masa org dok sibuk kerja, kami pi holiday ngan keluarga mertua sekali.......seronokkkkk! Syukur sgt2...pasni nak aim pulau lain lak pi melancong pas deliver nanti...bg baby leh wat istana pasir kt pantai ehehhe :P

 :Dalam feri ke pangkor island....cantik view pantai disekitarnya, x sbar nak mandi laut ahahha sah balik kl itam muka i pieuuuuuuuu ;P
 : Kami menginap di Sew View Hotel, acntik hotel neh dan x ramai pengunjung, tenang jek...dpt rate murah dari harga asal sbb uncle kami tour guide.......weeee best2:

: Neh kt Jeti Lumut sebelum naik feri, bergambar dulu gan keluarga mertua, sporting habissssssss :

 : Neh naik bot laju.....plg best yer aktiviti wpun nak bercuti santai2 jek menikmati keindahan alam ehehhe :

 : At coral island pangkor...tmpt plg seronok nak mandi manda sbb pulau coral neh jauh ke tengah2 laut...pantai dia pun cantik...puas dpt mandi kt situ pakai life jacket... :)  

: Jalan2 sekitar pangkor island with scooter hijau weeeeeee sonok2 sbb dh lama betul x naik motor tau...bertahun dh kot :

: @ pantai depan hotelllll...weeeeee besttttt :


: Last day, hari ketiga at pangkor island :) berbaju biru sedondon ehehhe kami mmg ada satu hobi menarik, kalau pi holiday jek mesti nak cari baju baru yg sedondon tema dan warna...itu mmg jadi prinsip kami...nampak x pewot mummy juju? haa dah becar kan? Sekarang dah 7 bulan...ada lagi dua bulan nak struggle ehehhehe:

<<< :D senyum lebor ^_________________^ mama juju dan hubby dapat bercuti dgn seronoknya tanpa ada sebarang halangan...Ya, Allah terima kasih byk2 sebab permudahkan segalanya....moga dpt holiday lagi lepas neh, yehuuuuu>>>

Meletup Cawan Tea O!

Aduhaiiiiiiiiii....
Pagi neh bersarapan dengan geng2 ofis mcm biasa....
Ambil menu 1 Malaysia:
- Sepiring kecil kuew tiau goreng
-Secawan tea o panas xd gula.

Lepas je bayar kt cafe terus usya tempat duduk...cari port dekat ngan tv.
Sempat lah hirup 3 ke 4 kali Tea O' panas bersama dengan kuewtiau goreng pagi neh...

Tetiba....powwwwwwww! Krek....
Meletup cawan tea o yg ju letak berdekatan dengan meja makan...
Haaaaaaaa...julia tergamam sebentar.........apakahhhhhhhhhh!
Tergamam dan terkejut yelah tetiba baru je lepas hirup tea o tuh terus meletup pow!!!!1 satu cafe boleh dgr....
Masalah yer masa ambil cawan tea o tuh langsung xd sumbing, xd retak, teballll cawan tuh...tp inilah terjadi!
MasyaAllahhhhhhhhh...ju istigfar byk2...

Nasib baik x masuk kaca dalam mata julia dan kawan2 berhampiran dgnnya...mmg betul2 pecah berderai.....harap baby is ok...x terkejut lagi...ntahlah bulan neh byk sgt kes2 terkejut dan diluar kawalan...
Apakah maksudnya ya?
Ju terus panggil catering yg incharges makanan tuh minta bersihkan dan digantikan dengan makanan dan minuman yang lain........ ;(

Tapi dalam hati ju kuat mengatakan ada petanda yang Allah nak bg tahu...rasa x sedap hati mula menyelubungi hatiiiiiiiiiiiii...
x pernah jd insiden mcm neh...

Dah lah today Besday my Hubby!
"Happy Birthday Papa"

Terus call hubby dan semua family supaya jaga diri dan berhati2 setiap masa dan ketika...
takut lah sbb pesan org2 tua2 itu alamat x baik...tp x lah percaya sgt sbb semua itu ada qada dan qadar Allah tentukan..betul tidak?

Dalam jam 11 pagi tadi tgk FB...
Ya Allah, rupa-rupanya abg ipar masuk wad di Hospital Pakar Damansara sbb suspek sakit jantung...tp belum confirm lagi...
Petang neh kena balik awal...byk benda kena buat...nak visit abg ipar di hospital dan meraikan hari jadi untuk suami tersayang........

<<<Doakan untuk Juju sekeluarga happy today.........aminnnnn>>>


Pregnancy Music ;)





Was so nice music!!! weeee baby juju suka sgt dgr lagu terakhir neh... sekarang umur dia baru 29 minggu...so, so, so relaxxxx... :D

<<<Suka google about pregnancy music today....so moga terhibur ye>>>

Uri Bayi?



Bagaimana ya sesetengah bakal ibu bapa uruskan tanaman uri ye? Mungkin zaman mak bapak kita dulu ada pantang larang dan adat yg perlu di lakukan sebelum ia ditanam...tapi bagaimana dgn zaman sekarang? Pernah tgk x bagaimana pengurusan penanaman uri ibu yg sebenar mengikut syariat Islam? Termasuk Julia pun belum pernah tgk, kalau ada kesempatan hendak je belajar kan...sbb peringkat pengurusan nih di hospital2 atau klinik2 pun x diajar cara pengurusan sebenar mengikut nas Islam...so terserah kepada kita utk melaksanakanya...

Untuk mengelakkan keraguan, With Julia sibuk google sana sini untuk cari pengurusan uri ibu yg sebenar mengikut islam dari Jakim...
Jom kita belajar...and jgn lupa printkan nota ini utk diberikan kepada sang suami...sbb dia lah org pertama yg akan membasuh dan menanam uri ini ditempat yg sepatutnya...semoga sama2 kita mendapat syafaat dari Allah SWT...aminnn :D

******************************************************************************
Cara menguruskan uri

1) Mulakan dengan baca Bismillahirahmannirrahim dan al-Fatihah dan juga selawat ke atas nabi.
2) Cuci bersih-bersih hilangkan darah-darah. Jangan guna sabun/shampoo.

3) Bilas dengan air bersih sambil berselawat dan doa yang baik-baik (Untuk pastikan uri tersebut bersih dan suci)
4) Cuci uri dengan garam. Lumurkan garam dan cuci bersih-bersih.
5) Cuci uri dengan asam jawa. Lumurkan asam jawa dan cuci bersih-bersih. (Untuk hilangkan bau hanyir darah)
6) Letakkan uri dalam bekas tanah liat dan tutup bekas rapat2.
7) Balut bekas tersebut dengan kain putih/napkin dan ikat.
8) Gali tanah sedalam mungkin,  agak-agak tidak dibau/dikesan dan dikorek anjing nanti atau binatang –binatang lain nanti.
9) Baca Bismillahirahmannirrahim  dan selawat semasa letakkan uri dalam tanah dan tanam bekas tersebut.

Hukum menanam uri adalah HARUS. (JAKIM)
• Uri tersebut perlu dibasuh dan ditanam di dalam tanah supaya ia tidak dimakan oleh haiwan.
• Uri orang-orang Islam adalah suci dan dengan itu tidak boleh di bakar atau dijual. Mana-mana orang Islam yang melahirkan anak di hospital dikehendaki membawa balik uri-uri itu untuk di tanam di tempat masing-masing
• Amalan menanam uri bayi dengan lada hitam, paku, pensil dan sebagainya adalah amalan khurafat.
 


(Jika anda hendak maklumat lebih lanjut wajibkah uri bayi ditanam neh link terbaik... drzubaidi.com)

<<<Simple je kan? So, jgn uruskan uri yg diluar dari syariat Islam ya kawan2...x baikkk...nanti Allah murka susah...so sebagai anak jika ada ibu bapa kita masih amalkan adat khurafat tuh baik kita nasihatkan elok2...semoga kita semua mendapat kebaikan dariNya...amin >>>

Info Tentang Jadual Pemeriksaan Bulanan Ibu Mengandung


Suka dgn quotes kt atas....
Anda pun pasti sukakannya kan...yelah maksudnya pun buat kita rasa gembira je setiap hari...tetapi tahukah anda bahawa ibu-ibu perlu melalui saat2 pemeriksaan bulanan ibu mengandung setiap bulan utk tentukan tahap kesihatan seseorang ibu dan anak dikandungnya...so, jom kita tambahkan ilmu di dada...mana tahu kot2 Dr. or nurse2 terlepas pandang perkara2 yg perlu diberi sewajarnya...kitalah perlu mengingatkan mereka agar dpt memberi perkhidmatan yg sepatutnya kepada diri ibu dan baby...
Jom!
........................................................................................
Pemeriksaan bulanan ini penting bagi memastikan status ibu dan bayi dalam keadaan yang baik.  Namun pemeriksaan bagi ibu hamil yang mengalami masalah seperti darah tinggi, kencing manis dan lain-lain yang memerlukan lebih pemerhatian mungkin memerlukan kekerapan yang lebih tinggi untuk melakukan pemeriksaan kesihatan.

Namun bagi pemeriksaan biasa adalah seperti berikut:

Jadual Pemeriksaan Bulanan Ibu Mengandung
Lawatan Pertama


Memastikan serta mengesahkan kehamilan. Biasanya doktor akan terus memberikan due date atau tarikh anda akan dijangka bersalin. Biasanya kalau anda tidak dapat memastikan bila tarikh akhir haid, ujian ultrasound akan dilakukan untuk memberikan jangkaan bersalin yang lebih tepat.

Lawatan Kedua

Biasanya selapas minggu ke 12 kehamilan, doktor akan meraba uterus @ bayi dalam kandungan anda yang sedang membesar bagi menentukan samada bayi anda membesar secara normal atau tidak. Masalah utama kebanyakan ibu pada masa ini ialah loya, muntah-muntah serta sering pitam.

Lawatan Ketiga

Biasanya usia kehamilan masuk minggu ke 20, Selain pemeriksaan asas, anda akan menjalani ujian PIH (Pregnancy Induced Hypertension) iaitu pemeriksaan terperinci untuk melihat kesihatan ibu. Ujian-ujian tersebut termasuklah:

Air kencing
Tekanan darah
Berat badan
Ujian darah ( diambil dari vena pada lengan ibu)
Ultrasound (mengesan masalah kecacatan bayi dalam kandungan)

Lawatan Keempat

Usia kehamilan masuk minggu ke 24. Ibu akan menjalani ujian asas berikut:

Air kencing
Tekanan darah
Berat badan

Lawatan Kelima

Usia kehamilan masuk minggu ke 28. Selain pemeriksaan asas, ibu akan diberikan suntikan ATT (Anti Tetanus Toxoid) Pertama. Ini adalah bertujuan untuk membantu ibu hamil membentuk antibodi yang cukup untuk melindungi dirinya dan bayi daripada kuman yang mudah dijangkiti sebagai contoh melalui luka dan sebagainya.

Lawatan Keenam

Usia kehamilan masuk minggu ke 32. Pada masa ini ujian asas dan suntikan ATT (Anti Tetanus Toxoid) Kedua akan dilakukan ke atas anda.

Lawatan Ketujuh

Usia kehamilan masuk minggu ke 34. Ujian ultrasound akan dilakukan bagi memastikan kedudukan kepala bayi, uri, berat serta saiz bayi.

Lawatan Kelapan Dan Seterusnya Lawatan Seminggu Sekali

Dan seterusnya anda perlu lakukan lawatan seminggu sekali sehingga hari bersalin tiba

Welcome 3rd Trimester!

Akhirnyaaaaa!
Welcome 3rd Trimester (27-40 weeks).....alhamdulilahhh, syukur ke hadrat Allah SWT :)
Pejam celik, pejam celik cepat betul masa berlalu kan geng, dah masuk fasa terakhir...

13 weeks more to catch up! Huewwwwwwww!!!
Dulu kemain buleh kira dgn jari byk lagi minggu2 kena lalui...alih2, ralit2 je sekejap je dh masuk trimester terakhir.
Seram sejuk kaki masuk fasa nih...yelah, as 1st mother to be nih mulalah dah mimpi bukan2...ehehhe ada baru2 nih siap mimpi air ketuban pecah...huh! seyes akot...tp zikir byk2 dlm hati di permudahkan segalanya...

Diary Bulan Jun 2012 sudah tiba...
Maka byk event bulan nih perlu di lalui...antaranya:
a) Checkup Bulanan Baby @ Pusrawi - 16 Jun 2012 jam 8 pagi (x sabar nak tgk rupa baby ikut sapa eheheh :P)
b) Sambut birthday papa to be - 19 Jun 2012 (tempat melancong dah decide 3 bln lepas "Surpriseee", x sabar nak melancong lagi weeee)
c) Nak scan 3D/4D at Klinik Ampang - 30 Jun 2012 (insyaAllah, rasa nak wat appointment sama ada hjg bulan jun atau awal bulan julai...klinik kt ampang neh RM100 jek siap dia print pic bb 3D dan siap scan masuk dlm CD wat kenang2an...and plg best kalu baby time tuh x nmpk muka x payah bayar langsung...so boleh repeat scan another day....so, so , so jimat kan... :D )



:: Ehehehe so funny tgk pic2 kartun neh...kekekke so cm ner lah rupa si baby kan??? Cer teka, cer teka :P ::
:: Weeeeeee baby pun mesti duk ligat fikir kan sama ada nak kaki ke atas ke bawah, atau nak tendang2...sungguh unik makhluk manusia ciptaan Allah neh...sungguh ajaib! Allah sahaja maha mengetahui...::

Kandungan saya:

Kakinya 4sm panjang

Menjelang waktu ini, bayi anda nampak seperti dirinya sewaktu lahir nanti dalam versi yang lebih kurus, kecil dan merah.Jika kelahiran itu berlaku pada minggu ini, kemungkinan untuk bayi anda bertahan hidup akan tinggi. Walaupun sistemnya tidak sepenuhnya matang, bayi anda sudah mempunyai apa yang diperlukan untuk bertahan hidup bagi kehidupan di luar sekarang

Sekarang bayi anda membuka matanya.   Matanya dapat membezakan antara terang dan gelap, ianya terbuka dan tertutup serta melihat ke arah kedua-dua sisi - bayi anda melatih otot-otot matanya p>Ukuran saiz kakinya adalah 4 sm, paha 5 sm dan diameter kepala sekarang 7 sm.


Keadaan saya:

Trimester terakhir anda

Ya, anda memasuki trimester terakhir, fasa terakhir kehamilan.
Sekarang rusuk, diafragma dan perut anda mula dikompres. Dan perut yang berat membuatnya lebih sukar bagi tulang belakang. Hampir 50 peratus daripada semua wanita hamil mengalami sakit belakang pada masa-masa tertentu, tetapi kali ini ramai yang mengalaminya. Mula lakukan regangan tulang belakang; ianya akan membantu. Dan mandi air hangat, yang menyamankan.

Sakit otot belakang akan mendapat manfaat dari urutan yang dilakukan secara berhati-hati - mungkin seseorang di rumah sudi membantu memenuhi keinginan kecil ini sipadu cairan ketuban telah berkurangan sebanyak kira-kira setengah, dari itu lebih mudah untuk mencari jika ada siku atau tangan menyucuk anda anda atau kaki kecil.

<<< Makin lama makin berat je badan....mak buyung oh mak buyung oh oh oiiiiiiiii kekkekkeke jalan pun dah tergedek2 tp maintain mcm jln super model...leh cengitu? ahahhahhaha mcm2 adooo layankan ajooo eh>>>



 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Booking.com