Belenggu Hutang Para Pengantin? | Julia Johari
Booking.com

Belenggu Hutang Para Pengantin?


Kos Persiapan kahwin semakin meningkat jadi punca 'Pengantin dibelenggu hutang'???

Wahhhhh panas isu akhbar diatas, memang setiap pagi sebelum memulakan tugas di ofis Julia akan membaca surat khabar. Selain menambah ilmu dan isu semasa, bagus untuk tajamkan penglihatan dan ilmu di dada, tak begitu para blogger semua?

Selak punya selak
Mata terus melirik pada keratan di muka surat di atas....
Apa sudah jadi sekarang? Bakal2 pengantin di belenggu hutang selepas kahwin? Dengar ayat tuh pun rasa seriau satu badan. Julia bersyukur, majlis kahwin pada tahun lepas x terjebak masalah hutang...semua dilaksanakan dan diatur dengan cukup meriah dan sederhana...tipsnya? Nanti Umi Julia kongsikan ye para pengantin diluar sana...

Kebanyakkan julia lihat 
Dari pandangan mata kasar, ramai yang suka sgt buat pinjaman sana sini...seronok ke amalkan sistem pinjam meminjam? Jikalau sekali dah mencuba pasti berkali2 akan seronok untuk buat pinjaman lagi kan? Natijahnya...keseronokkan yang dimiliki hanya bersifat sementara sahaja...ingat kalau dah pinjam kenalah dibayar balik...so lepas je selesai kahwin sah2 stress memikirkan hutang keliling pinggang...

Bagaimana nak urus mahligai yang baru dibina lagi? Rumah, makan, minum, kereta, keperluan2 penting....bykkan kena fikir? 

Siapa kata gaji sikit x boleh buat majlis kenduri yang meriah
Ada caranya...
Mari julia kongsikan pengalaman julia dalam menguruskan hari bahagia pada tahun yang lepas ya...boleh jadi tips bg para pengantin to be soon hehhe


Firstly, pengalaman julia sendiri...
1) Tentukan 1 atau 2 tahun sebelum perkahwinan anda akan berlangsung untuk kumpul WANG - so u all ada setahun untuk kumpul wang dari hasil mata pencarian anda sebagai pekerja...jika x cukup setahun tambah lagi beberapa bulan utk top upkan full bajet yang anda perlukan di kongsi berdua...sama ada RM20,000, RM30,000? Anda adalah diri anda, jgn tipu diri sendiri dan berterus terang dgn pasangan utk berkongsi keseluruhan bajet perkahwinan.

2) Planning File - Ini adalah paling ptg dlm hidup pengantin to be. Planning file ini mesti terdiri daripada satu senarai bajet keseluruhan dari segi dewan/rumah, catering, pelamin pakej dan lain2. Listkan harga anggaran atau jumlah sebenar bg pihak lelaki dan perempuan...selalunya bajet ini dilakukan oleh golongan bakal pengantin perempuan. So selalu2lah fokus pada file anda. Kalu julia gunakan clear folder supaya sng nak ambil list dan update secara berkala, senang nak shopping atau buat tempahan apa2 hanya bawa satu file sahaja...dah setahun lebih kahwin pun file itu amat2 berguna dan menjadi kenangan seumur hidup...sbb ANDA yg menguruskan majlis ANDA sendiri...seronok bukan?


3) Checklist dan selalu buat perbandingan harga - Selalulah2 buat semakan dari semasa ke semasa barang2 hantaran dan lain2 yg perlu digunakan. Amat2 penting utk tahu perkembangan harga semasa...nak jimat cermat kan kenalah rajin setiap hari pantau harga dan belek2 kualiti.

4) Simpan resit pembayaran/ deposit - Penting...ia termasuk dalam kategori cheklist juga ye..ramai yg x suka buat akaun utk perkahwinan? Susah ke nak buat? X susahlah pun...anda hanya perlu simpan resit dan catitkan di dalam buku atau rekod di PC anda..butiran2 pembelian dan wang bajet yang masih ada....so anda boleh senantiasa pantau keluar masuk duit anda setiap bulan....buatttt ye jgn x buat kalau x nk diri dibelenggu hutang mcm kt atas...semua tuh ju dapat rasa diorang xd plan akaun kewangan semasa sebelum berkahwin...natijahnya...diri terseksa...

5) Rebut peluang bawa pasangan dan family ke Ekpo Perkahwinan - see, anda boleh berjimat jika anda rajin ke ekpo2 perkahwinan...ia tentulah memudahkan anda utk buat perbandingan sbb semuanya berkumpul di satu tempat....mana tahu anda dpt pakej lain secara percuma...

6) Mula mencari rumah sewa atau belian rumah - Haaaaaaa...wpun duduk ditangga ke enam tetapi ia adalah amat penting sekali...xkan sampai bila2 nk duduk di celah ketiak mak bapak kan...mesti lepas kahwin nak duduk rumah sendiri wpun menyewa...so anda kena latih diri anda dan ajak pasangan utk buat survey cari rumah 2 atau 3 bulan sebelum berkahwin...senang nanti anda nak beli perabot2 rumah. dah kahwin terus leh duduk rumah sendiri...mcm julia dan husband dulu kami buat mcm inilah...kahwin je terus menetap rumah sendiri..xyah dah pk nak cari rumah ke apa...semua dah tersedia utk jlnkan tugas sebagai suami dan isteri...plg ptg bg isteri...peralatan memasak yeee...heheh coz julia mmg suka masak2...

6) Sediakan moto hidup anda - Moto hidup julia is 'Kepuasan, Berkualiti dan Murah' heheh my husband pun dah cop julia dgn moto tersebut...tp bukan bererti julia nih kedekut ye...siapa x nak murah, kualiti dan berasa puas apa yg kita impikan menjadi kenyataan kan? So caranya berjimat cermat dan boleh dapat hiburan secara eksklusif....

haaaaa caranya ialah setiap hari julia akan buat survey dalam internet utk bandingkan harga2. Contohnya, tempahan jurukamera dan videografer perkahwinan adakah setanding dgn perkhidmatan yg ditawarkan..apa pakej yang menarik boleh diterima selepas berkahwin, dan kualiti perkhidmatan...amat ptg utk buat kajian setahun sebelum berkahwin...akhirnya ju dapat apa yg diidamkan hasil penat lelah berusaha setahun utk menilai kepuasan yg akan diterima nanti setanding dengan wang yg akan dilaburkan...

7) Jangan letakkan diri anda seperti orang lain - Paling penting dalam hidup ialah jgn bandingkan diri anda dengan diri org lain...mmg lah siapa tidak suka buat majlis yang meriahhhh glammm gitu kan...tp anda kena ingat...ANDA ADALAH DIRI ANDA SEBENAR!
Jangan hipokrit ye...if anda dari golongan punya pendapatan yg sikit mulakan menyimpan bajet dari gaji anda 50% dari sekarang.......sikit2 lama2 jadi bukit kan kawan2...so beringat2 bila berbelanja...

So, senang je sebenarnya nak handle BIG DAY anda!... Dulu julia pun pening2 lalat gak...tp dengan kuasa hanya sebatang pen dan kertas kosong anda boleh merangka tapak pelan kewangan perkahwinan anda sendiri tanpa perlu pinjam dimana2 cawangan sekali pun...kuasanya ada di tangan anda sendiri...selebihnya setelah kita puas berusaha, berdoa dan bertawakallah supaya majlis anda berlangsung dengan baik sekali tanpa sebarang lompang sana sini...

Beringat-ingat sebelum sampai masanya...hindarilah diri anda dari sikap suka meminta2 dan berhutang....akhirnya anda akan dpt hidup gembira wpun secara bersederhana...sekian...perkongsian ttg tips di atas...nanti julia menyusul isu yg lain pula ye....stay tune!

5 comments:

  1. Good reference future newlyweds! Sgt detail😁. Afzan pn xsuke hutang hutang ni. Bialah bpada2. Yg penting duit slps kawen . Lg byk belanja!

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kak julia. Berguna sangat untuk b2b macam fana ni. Hehehe

    ReplyDelete
  3. Adakah anda seorang lelaki perniagaan atau perempuan? Adakah anda dalam keadaan huru-hara kewangan atau melakukan Anda memerlukan dana untuk memulakan perniagaan anda sendiri? Perlu memberi pinjaman hutang mereka atau membayar bil-bil anda atau memulakan perniagaan yang bagus? Adakah anda mempunyai skor kredit yang rendah dan anda akan mendapati sukar untuk mendapatkan pinjaman modal daripada bank / institusi kewangan lain tempatan? Anda memerlukan salah Pinjaman atau pembiayaan untuk apa-apa sebab seperti: E-mel: ptlender01@gmail.com

    a) Pinjaman Peribadi, Pengembangan Perniagaan,
    b) Permulaan Perniagaan, Pendidikan,
    c) Penyatuan Hutang,
    d) Pinjaman Wang Keras

    BORANG PERMOHONAN
    Nama: _________
    Alamat: _________
    Negara: _________
    Pekerjaan: _________
    Pinjaman Request__________
    Tujuan loan__________
    Pinjaman Duration__________
    Pendapatan bulanan:_________
    Nombor telefon:_________

    Kami menawarkan pinjaman pada kadar faedah yang rendah sebanyak 3% dan dengan cagaran dan tidak Cagaran, kami menawarkan pinjaman peribadi, pinjaman penyatuan hutang, Capital modal teroka, pinjaman perniagaan, pinjaman pelajaran, gadai janji atau Pinjaman untuk apa-apa sebab ".

    Walau bagaimanapun, kaedah kami menawarkan kemungkinan untuk menentukan jumlah pinjaman yang diperlukan dan juga tempoh yang anda mampu, memberikan anda Peluang sebenar mendapatkan dana yang anda perlukan!

    Hubungi kami melalui E-mel: ptlender01@gmail.com
    Bacon Tasha Elizabeth®

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Booking.com