Friday, August 17, 2012

Last Day: Selamat Hari Raya Aidilfitri 2012 ^___________^ V

Friday, August 17, 2012 5 Comments


Dikesempatan ini With Julia dan my husband hendak menyusun sepuluh jari mohon ampun dan maaf zahir dan batin di atas kekhilafan dan kesalahan tutur kata bicara sepanjang bersiaran di blog ;)

Entry kali nih plg pendek sbb mood raya sedang bermaharajalela ehehhe ;)
Moga anda semua senantiasa happy dan bahagia sepanjang Hari Lebaran ye.

Hati2 balik kampung halaman.
Sehingga berjumpa lagi ye awal bulan 11. 
Bcoz With Julia akan start cuti raya aidilfitri + cuti pantang + cuti hari raya haji sehingga penghujung bulan Oktober 2012...

Banyak yer rayaaaaaaaa ehehhe anyway pohon dari u 'olls semua doakan semoga With Julia dpt melahirkan anak sulung secara normal dan dipermudahkan bila tiba harinya nanti...just around the corner utk baby deliver....dup dap, dup dap ehhehe :P

If wanna keep in touch with me always just add me through FB yea bcoz always online at there...so no need to be shy ok geng! So nanti u o'lls leh tgk my baby if deliver nanti or news from time to time at there... ;D

Lagu Suasana Hari Raya - Sungguh Nostalgiaaaaa...zaman Anuar Zain dan Elina zaman 80an masa kecik2...ehhehe gayanya tetap sama sehingga sekarang :P


<<<Offline blog start tomorrow until end of October 2012, see u all again, daaaaaaaa>>>

Tuesday, August 14, 2012

Nesting Instinct?

Tuesday, August 14, 2012 3 Comments
.: Ehsan dari Pakcik Goggle :.
Picture nih memang menggambarkan empunya tuan tanah nih haaaaaaaa....ehehhe terimbau masa pregnant awal 5 bulan....sorong troli brg baby sampai brg lain x nmpak dah...itu kah dinamakan nesting instinct? x terlalu awal ke? ermmmmmmm

Cantikkan bed nest nih kan...kalau lah leh wat reka sendiri cm nih kan best...hahhaha time nak malas malasan cmpak je bdn dlm sarang neh ahahhaha pastu sah2 xmo dh kuar dari sarang tuh kekkeke ;P

Haaa nih baru betul maksud Nesting Instinct!
Faham kan maksudnya?

Nih nak citer neh...
"Di akhir masa kehamilan, banyak wanita hamil merasakan dorongan untuk menyiapkan kelahiran. Dorongan energi ini membuat sang ibu lebih memilih membersihkan rumah atau mengatur perlengkapan bayinya, daripada kegiatan lain."

Hari sabtu lepas...ntah x semena2 ajak hubby gotong royong kemas umah hbs2 habisan time bulan2 posa nih...time x posa bukan main punya pemalasnya yeeee lah kannn hahahhaha *xd lah pemalasa tahap gaban...malas nak deco bagai...tuh jekkk ehehhe
So bila terbaca mcm2 artikel dlm internet pasal info nak dkt2 deliver nih terjumpa satu terms baru tentang nesting instinct ehhehe

Hurmmm suka belajar terms baru, nsb baik x jd doktor pakar O&G hahhaha kalo x lama dh kayoooo...kekkee 
Ok berbalik kepada citer part2 kemas2 nih start masa bulan 5 pregnant...masa awal2 pregnant 1month until 4month langsung x pk lah nah shoping bagai barang2 baby kan...
Tp bila dh jejak bulan 5 ke atas nafsu memuncak x boleh stop...nampak neh beli, nampak neh beli...mcm nak buat sarang rumah ke hapooooo ahahhaha

So bila tgk takrifan nesting instinct neh mmg mcm ada kena mengenalah ngan With Julia ehehhe
Kiranya sewaktu kita mengandung akan terjadinya desakan atau perasaan hendak mengemas, membersih, menyusun atur segala bagai di rumah...

Petandanya Nesting Instinct:
a) packing and re-packing barang2 untuk kelahiran
b) mengemas rumah bagai nak rak, susun atur setiap bili
c) reorganize baju2 baby, lipat susun, lipat susun, xd kesudahan ehehhe

Kelakar lah sbb bila wat cheklist semua kt ats tuh mmg dh ada lama sejak 4 bulan lepas...hahahhha rupanya dh mcm mak burung x sabar nak buat sarang kakakkaka ;P

<<<Hokeh, mommy2 and anak2 dara sekalian mesti dh tau kan apa dia Nesting Instinct? Nanti telek diri mommy ye ada x perasaan Nesting Instinct tu ok...nanti citer kt mommy julia ye...tggu beberapa jam jek nak pi chekup doktor jam 1 tengahari nanti...weee keje setengah hari, pelepasan bos dh dpt...so x sbar nak jumpa doktor nak tgk baby pe jd dlm pwot ehehhe gataiiiiiiiii ye lah mommy nak jumpa bf baru dlm pwot ahahhaha nanti citer eh u olls'>>>

Monday, August 13, 2012

"Braxton Hicks" Makin Terasa!

Monday, August 13, 2012 8 Comments


Yes I am!
Braxton Hicks sudah terasaaaaaaa sesangat...
Makin terasa sejak dua tiga hari nih termasuk malam semalam...
Nak tido x boleh nyenyak dah...huwaaaaa....
Sakit belakang makin2 teruk...siap bawak minyak yuyi nih pi ofis today...
This week last keje...so hubby dh x outstation dah pun...yeppi tiap2 ari leh htr balik keje...
Sakit sgt2 belakang bila nak bawak keta...so xd maknanya lah nak ngada2 bawak si K-car tuh k hehehhee ;P adiosss for 2 month.

Pejam celik, pejam celik dah masuk 37 weeks right now...so dah lepas tempoh matang...so anytime boleh deliver...still waiting...when? Only Allah knows huhuhu...

Esok jam 2.00 tengahari ada appointment ngan my gnae doktor Nor Fidak at Hospital Pusrawi...myb last checkup for us.....me and baby before deliver time is due.......huwaaaa ;)

So, esok gak kena bentang my Fetal Movement Chart...terasa baby slow jek geraknya...cm main dayung sampan pelan2...hahha pool dh x sebesar cm dulu leh wat kuak lentang, kuak dada, kuak mcm2 jenis kuak lah si baby rekakan...haaaaaaaa nowww dia mian dayung sampan pelan2...kadang2 wat badan kerasssssssss hokeh... sakit gak nak tido memalam baby suka mengeraskan badan...ntah2 mengeliat x cukup space...ciannn heheh

Nak tahu apa petanda Braxton Hicks tu?
Jum baca tambah pengetahuan...mana tahu ada yg kena mengena ngan anda...leh kongsikan bersama pengalaman ye ;D 


Info dari Baby centre.com

Apakah itu kontraksi Braxton Hicks? 

Satu masa pada pertengahan kehamilan anda (atau lebih awal), anda akan merasakan otot uterus (rahim) anda mengecut. Jika anda meletakkan tangan pada perut semasa ini berlaku, anda boleh merasa betapa kerasnya uterus anda pada saat itu. 

Setiap pengecutan hanyalah untuk setengah minit sahaja, dan barangkali anda tidak berasa tak selesa. Anda mungkin mengalami sensasi ini satu atau dua kali dalam satu jam, pada masa-masa tertentu dalam sehari. Bukan semua kita akan merasakan kontraksi-kontraksi ini, yang mengambil nama seorang doktor bangsa Inggeris yang mula mendeskripsikannya dalam tahun 1872. 

Apakah tujuan kontraksi Braxton Hicks? 

Kontraksi Braxton Hicks mungkin petanda yang uterus anda sedang melatih serat-serat ototnya. Mungkin kontraksi-kontraksi itu adalah cara uterus anda menjaga keadaan baik dan bersedia untuk bekerja keras bila tiba masa bersalin.

Ada pakar-pakar yang berpendapat bahawa kontraksi-kontraksi mempengaruhi serviks anda. Pada peringkat awal kelahiran, serviks anda mula memendek dan menjadi lebih lembut sebagai persediaan untuk mengembang bagi menyenangkan perjalanan bayi. Jadi mungkin kontraksi Braxton Hicks adalah cara serviks dilatih bagi peringkat ini.

Yang lain pula percaya bahawa kontraksi Braxton Hicks tidak membawa perubahan kepada serviks dan juga percaya bahawa perubahan hanya berlaku semasa pra-kelahiran, apabila kontraksi yang berkoordinasi bermula atau semasa proses kelahiran itu sendiri. 

Bagaimana untuk saya mengetahui perbezaan antara Braxton Hicks dan kontraksi kelahiran sebenar? 

Kebanyakan wanita yang hamil buat pertama kali akan bertanya soalan ini kepada doktor atau rakan-rakan, dan jawapannya selalu kabur dan tidak memuaskan: "Anda akan tahu akan kelahiran sebenar apabila ianya berlaku."

Memang ada perbezaan antara kontraksi Braxton Hicks dan kontraksi kelahiran sebenar.

Kontraksi Braxton Hicks:
  • biasanya tidak melebihi satu atau dua kali dalam masa sejam, beberapa kali sehari;
  • lazimnya berhenti bila anda bertukar aktiviti, jadi pergilah berjalan kalau anda berduduk, dan sebaliknya;
  • tidak teratur, dan jika teratur pun hanya untuk sekejap sahaja;
  • tidak tahan lama, biasanya kurang dari satu minit;
  • terus tidak boleh diduga dan tidak beritma;
  • tidak bertambah intensiti.
Dibanding dengan kontraksi Braxton Hicks, kontraksi yang sebenar:
  • tahan lama;
  • lebih teratur;
  • lebih kerap;
  • lebih menyakitkan;
  • lebih panjang dan lebih berkala, lebih kerap dan lebih sakit.

Anda mungkin juga mengalami sakit kelahiran palsu. Ini berlaku bila kontraksi Braxton Hicks lebih beritma, iaitu mungkin setiap 10 hingga 20 minit pada peringkat terakhir kehamilan.

Mungkin sukar bagi anda membeza sakit kelahiran palsu dengan yang benar, terutamanya jika kerengangan uterus sungguh tidak selesa. Tetapi, sakit kelahiran palsu tidak akan membawakan sebarang perubahan pada serviks anda. Doktor anda boleh membuat pemeriksaan vagina untuk menentukan. 

Apa akan jadi jika kontraksi Braxton Hicks menjadi lebih sakit? 

Apabila kehamilan anda berlalu, kontraksi ini mungkin menjadi lebih sakit dan kadangkala amat tidak selesa. Walau bagaimanapun, jika anda merasakan kontraksi anda menjadi reda dengan cara apapun, kemungkinan besar ianya Braxton Hicks.

Setengah profesional kesihatan mengesyorkan supaya anda menganggap Braxton Hicks sebagai "kontraksi latihan" bukan saja bagi uterus anda, juga bagi anda sendiri supaya boleh berlatih menggunakan latihan pernafasan yang anda akan memperolehi di kelas antenatal anda.

Anda mungkin sedar yang kontraksi datang dengan lebih kerap jika anda melakukan aktiviti fizikal walaupun ringan, seperti membawa barang beli-belah dari kereta. Jika anda merasa kurang selesa, kadangkala ianya membantu jika anda berbaring, atau sebaliknya, bangun dan pergi berjalan-jalan - perubahan aktivitilah yang akan meredakan sebarang kesakitan yang dirasakan. Kadangkala mandi air panas juga membantu. 

Bilakah saya harus memanggil doktor? 

Jika anda hamil kurang dari 37 minggu panggillah doktor anda jika kontraksi diikuti oleh:
  • lelehan yang melekit dan berdarah;
  • sakit pinggang atau kekejangan.
Ini semua adalah tanda-tanda yang menunjukkan kelahiran pramatang.

Selepas 37 minggu, panggil doktor anda jika:

Jika kontraksi menjadi lebih panjang dan kuat, lebih berkala dan kerap, ini menunjukkan proses kelahiran mungkin sudah bermula. Doktor anda mungkin sudah bercakap dengan anda tentang apa harus dilakukan apabila anda merasakan yang kelahiran sudah bermula, tetapi jika anda merasakan sebarang keraguan, hubungilah dia. 

Info dari Portal Alam Hamil.Com

Tanda-tanda bersalin

Sekarang anda sudah hamil dan anda mungkin sudah bersedia untuk mengadapi hari kelahiran bayi anda. Proses kelahiran boleh memberikan keriangan dan juga ketakutan bagi mereka yang hamil. Anda rasa tidak sabar untuk melihat bayi anda dan dalam masa yang sama merasa takut terhadap kesakitan dan komplikasi yang mungkin berlaku semasa proses bersalin.

Ramai wanita merasa bimbang yang mungkin mereka tidak dapat mengenali tanda-tanda hendak bersalin sekiranya ia terjadi. Adalah penting untuk anda mempelajari tanda tanda awal bersalin supaya anda boleh membuat persediaan yang optimal untuk mengahdapi kelahiran.

Bersedia untuk kelahiran

Sebelum kandungan anda semakin berusia, adalah cukup bagus untuk anda mengetahui peringkat-peringkat kelahiran. Sekiranya anda ingin melahirkan dihospital, cuba buat ‘tour’ disekitar bilik bersalin anda.
Ini adalah tip mudah untuk anda menyiapkan diri untuk kelahiran anda:
·                               >  Menghadiri kelas antenatal
·                              >  Berbincang dengan kawan yang pernah melahirkan
·                             >    Tonton video kelahiran
·                             >    Amalkan pernafasan and relaksasi.

Tanda bersalin sebenar Vs Tanda bersalin tidak benar

Sekiranya anda merasa keliru yang mana satu tanda kelahiran benar atau tidak, anda bukannya berseorangan. Memang ramai yang tidak begitu pasti tentang tanda awal bersalin. Ramai yang mengadu mengalami tanda seperti mahu bersalin tetapi tidak tahu samada masa sudah benar-benar tiba atau cuma mengalami masalah sakit perut biasa sahaja.
Sekiranya merasa ragu, jumpa saja dengan doktor, tak perlu rasa malu sekiranya ia terbukti bukan masanya lagi. Yang penting, jangan tidak mengendahkan tanda-tanda tersebut.

Tanda-tanda hendak bersalin 

Kontraksi Rahim

Kontraksi adalah tanda awal dan isyarat yang paling penting yang menunjukkan anda sudah sampai masa untuk bersalin. sekiranya kontraksi sudah ada, cuba perhatikan masa, tempoh dan berapa minit jarak diantaranya. Kontraksi yang sebenar berlaku secara teratur dan pada jarak yang konsisten. sekiranya ia berlaku setiap 5 min secara teratur dan semakin kerap, pergilah berjumpa dengan doktor untuk mendapat kepastian.
Kontraksi biasa atau Braxton Hicks contraction agak berbeza, ia kurang menyakitkan dan tidak teratur dan akan hilang dengan sendirinya tidak lama kemudiannya.

Sakit Belakang

Sakit belakang sering menjadi masalah utama wanita hamil, tetapi ia juga mungkin satu tanda kelahiran. Sakit ini akan semakin kerap dan kuat dan rasa lebih teruk pada bahagian bawah belakang.

Pecah ketuban

Dalam cerita drama atau filem,wanita selalunya sedar yang mereka bakal melahirkan apabila ketuban mereka pecah. Tapi ia bukan realiti sebenar.
Kebanyakkan wanita langsung tidak mengalami pecah ketuban sehinggalah disaat-saat akhir proses bersalin. Yang kerapnya, doktor yang akan memecahkan ketuban anda untuk mempercepatkan proses bersalin.
Pecah ketuban berlaku pada segelintir wanita hamil sahaja dan sekiranya anda mengesyaki yang ketuban sudah pecah, jumpalah dengan doktor dengan segera.

Bloody Show

Disaat awal anda bakal melahirkan, selalunya terdapat lendir pekat bercampur darah keluar dari faraj. Ini adalah pluk mukus yang menghadang sebarang kemasukkan asing kedalam cerviks. Ia juga menghalang sebarang kuman dari merebak kepada bayi. sekarang pluk ini sudah tiada dan bayi sudah boleh bergerak kebawah dengan perlahan-lahan.

Serviks terbuka

Sebaik sahaja kontraksi berlaku, pangkal rahim anda akan menjadi lebih lembut dan lebih nipis. Walaubagaimanapun, cuma doktor sahaja yang boleh mengetahui perubahan ini semsa pemeriksaan faraj.
<<<Masa tgh menulis blog nih pun terasa asyik sakit perut yg x tetap jekkkk...sgt2 mengelirukan.......haiyakkkkkkkkkk tolong2....harap ia on Braxton Hicks bukan real lagi ye (Tarik nafas 4x, hembus dalam2 4x, ulang 3x) ...mummy julia nak puasa lagi 5 hari je baby pleaseee cooperate with ur mother....Ya Allah, permudahkan jalan hamba mu ini untuk berpuasa. Aminnnn. >>>

Thursday, August 9, 2012

Mood Baru Tercipta Menjelang 9 bulan :)

Thursday, August 09, 2012 5 Comments
Salam semua para readers bloggers hehhehe ;)
Semua sihat2 x? Cm mana puasa full x setakat neh?
Kalo masih full alhamdulilahhhh, rezeki kan...

With Julia?
Alhamdulilah setakat neh dari awal bulan ramadhan sehingga ke hari ini Allah memudahkan mak buyung neh berpuasa...insyaAllah jika diberi peluang oleh Nya dptlah mak buyung neh berpuasa sehingga sebulan buat pertama kalinya selama neh hidup di muka bumi neh...ehehhe :) aminnnn2..doa2 kan ye.

Mood Baru?
Ape eh lagi neh nak2 dekat deliver neh mcm2 mek julia nih kan...kekke layan je lah kalu u olls x layan x menjadi mood neh kekekke

-Cth huruf yg dh dipotong dari kain jenis felt dari pakcik google-

Mood nak wat reka cipta Baby Hat Name!
Haaaaaaaa...buang tabiat ke apa mek julia pagi2 buto neh kekekke
Yelah sepanjang mengandung neh baru perasan satu benda pun tiada hak cipta sendiri utk si baby nanti...semuanya ready madeeeeeee huwaaaaaaaaaaaaa smpai ati kan mentang2 semua sng nak grab kt pasaran xd satu pun benda yg direka cipta sendiri utk si anak nanti utk kenang2an...dan yg pastinya the original handmade from mother dia sendiri....kekkeke

Ok!
Ingat nanti hari sabtu nih gak nak cari topi lembut kosong baby boy yg lembut....pastu nak jahit nama sulam tampal kt ats topi tuh....Qaiser Ilman catu, Little Qaiser catu, or Little Ilman catu, or Little Boy catu ehehehe tamakkkan...nak wat satu tuh berjaya ke x neh kekeke

Apa yg ptg semangattttttt mesti ada...ehehhe
Nak beli kain jenis felt byk2 (perasan kt wangsa walk ada kain neh) mcm2 kaler pastu nak potong and then jahit ats topi baby....pastu beli butang tomey2 wat aksesori...huwaaaa mesti omeyyyyy my baby boy pakai nanti kuar dari wad ehehhe

So!
Ada masa lagi sebelum raya neh nak laksanakan niat mood baru neh....semangat x hingat sbb naluri keibuan semakin memuncak nak jahit sendiri nama ats topi kesayangan baby hamba neh chewahhhhhhh (muntah darah lah jwb yer kekeke)

So, penat google sana sini cari ilham nak reka cipta neh...jom tgk!
Nih diaa kain jenis felt tuh..cantik kan? Nanti dh ptoong nak jahit sulam pari2 kt tepi2 tuh, kalo boleh se comel yg mungkin ehhehe

Butang purple yg sgt santek...munga2 neh sesuai utkk bb girl jek....kalo baby boy nak cari lady bird or haiwan yg tomey2lah kekeke...sulam tampal kan senang.. :)

Neh sulam tangan........huwaaa simple sgt kan....prefer jenis kain felt nampak da boom sikit nak pakai...sebatu dh nampak nama baby ahahhaha ;P

Knitting????? Dont ask me ok....zero about that! But nampak sweet gak kan...ahahhahha so soryy mek buyung neh bukan jenis penyabor nak knitting bagai...nak kan penghasilan yg singkat dan penting sekali lain dair yg lain :D

Alrighttttttt....kalo buleh nak hasilkan kain felt jenis ceria cm neh ats my baby hat nanti....ehehhehhe tomeyyyyy ooo...tp bukan nama si maria hokey....neh cth dari pakcik google tlg carikan ...ehehhhe creative and looks so cheerfull baby hat boy! yebaaaaaaaaaaaaaa :)

<<<Pejam celik pejam celik, just tinggal 6 hari je lagi nak keje kt opis neh...nak selesaikan kerja2 pe yg patut pastu start hari sabtu minggu depan dh buleh cuti sehebat yg mungkin until deliver and pantang day for 2 month...huhuhu can't waitlah! lalallalallallallallala>>>

Monday, August 6, 2012

Ambil aura pengalaman pertama di labour room ;P

Monday, August 06, 2012 9 Comments

Tu diaaaaa!
Ehehhe jgn salah faham ye geng blogger...
Mak buyung neh belum nak deliver lagi taw...tp my gnae doktor suh i wat CTG Test kt labour room, aras 4 di Hospital Pusrawi KL pada 4 Ogos 2012 jam 11 am...

Apa itu CTG Test?
Bagi yang dah pernah bersalin mesti tahu apa CTG atau Cardiotocography ni kan? Mungkin bagi yang baru nak bertukar status dan baru bergelar bakal ibu masih belum mengenali istilah CTG ni, juga ibu-ibu yang bersalin sendirian berhad pun tak berpeluang nak merasai pengalaman pakai CTG ni.

Secara ringkasnya CTG atau nama penuhnya iaitu Cardiotocography ialah sejenis alat yang dipasang di perut ibu hamil bagi mengesan kadar degupan jantung bayi dan juga contraction.

  "Dari segi perubatan (obstetrics), cardiotocography (CTG) ialah satu istilah teknikal yang merujuk kepada pengiraan atau merekod (merujuk kepada perkataan -graphy)  denyutan jantung bayi / fetal (merujuk kepada perkataan cardio-) dan juga kontraksi ( merujuk kepada perkataan -toco-) sewaktu hamil kebiasaannya dibuat pada trimester ketiga. Alat atau mesin yang diguna dipanggil cardiotocograph, atau  electronic fetal monitor (EFM)"

Alright...u olls dah faham kan apa tujuan mak buyung ambil aura di labour room? ehehheh best kot sbb 1st time merasa masuk bilik ibu bersalin di Pusrawiiii...cantikkkkk bilik dia dan sunyi sepi....yg penting amat2 selesa....kalo cm neh sekarang pun nak deliver kakkakkaka...x menyabor mek buyung neh taw ehehhe... 

Jum tgk pic mak buyung neh dalam bilik labour room dok sakan wat CTG test selamat 45 minit...:P
:: Muka manyak senyum...kalo dh smpai masa nak contraction nanti leh ke senyum manis cm neh? Tetttttttttt, hahaha time neh pewot mek buyung nampak becarr kan..yelah dh dipasang 2 alat test CTG ats pewot tuh lagi ar besar...alhamdulilahhh dpt dengar denyutan jantung baby tau sejelas2nya, satu bilik leh dgr baby julia ye jantung berdenyut...:) ::

:: Dah rupa mcm nak bersalin dah ahahhaha adoiiiiiii, berlakon jek lebih kan kekekke apa2 pun katil yer amat2lah empuk...membuatkan diri ini lena dibuai mimpi...ahahha::

:: Beloved hubby, ehehhe suka dia dpt dgr jantung baby dia berbunyi satu bilik...khusyuk jek dgr...ehhehe, dia kata cm nih lah nanti nak deliver kan....seyes bila dia ckp cm tuh lagi arrrrrrr takutttttt::

::Neh dia sikit result CTG jantung baby julia, belum cukup 45 min lagi neh...tungguuuuu dgn sabar::

:: Sambil tuh hubby dok sibuk gelebek satu bilik labour room..ahahhaha dia pun nak amik aura bilik neh gak dia kata...yelah nurse xd kan so bilik neh kami wat mcm bilik kami sendiri hokeyyy ahahha...ok neh satu pamplet yg disediakan ayat2 yg boleh dibaca setelah bb deliver nanti....bagus kan Pusrawi::

:: Yeyyyyy..result CTG dah ciappp, leh tunjuk kt doktor pakar i jap lagi...yeppi....nampak x line disebelah kiri skalanya rapat2kan? Doktor kata time neh baby tido, pastu skala naik ats bawah jadi tinggi rendah itu menandakan baby aktif ...dah bangun tido huwaaaaa best yer mesin neh kan...kalo leh bawak balik umah tiap2 ari nak test kt pwot ehehheheh::

:: At last.......neh lah aura muka mak buyung setelah puas berada di bilik labour room tadi...ternyata kepuasan di wajah kan dengan terinterframe result CTG....so xd lah mengelabah nanti nak pi labour room sbb dh amik aura awal2...tp kan best taw masuk labour room...ntahlah perasaan tuh secara tiba jadi rasa suka...moga dipermudahkan kelahiran nanti x berapa minggu je lagi nak count...yepppiiiii::

<<<Aura di labour room dan test CTG memberangsangkan sudah diambilll...so doktor bagi satu borang untuk julia tandakan fetal movement chart start semalam until 13 Ogos 2012...huwaaaaa siap ada tugasan tau perlu diambil bawak balik umah ehehhehe so nanti 14 Ogos jam 2 petang ada appoinment ngan mg gnae lagi utk last chekcup before deliver........ ;) moga baby bg respon terbaik ye sbb umi kena tanda pergerakan tendangan  baby tiap2 ari...kalo lebih 10 tendangan sehari terbaikkkk...if x cukup 10 tendangan dalam sehari, umi kena wat CTG test lagi sbb doktor takut kontraksi akan berlaku untuk deliver nanti...huhuhu wish me luck :)>>>


Wednesday, August 1, 2012

Monolog Umi: Menjengah awal 9 bulan pregnant

Wednesday, August 01, 2012 10 Comments
Assalamualaikum anak umi dan walid :)
Lama benar rasanya x bermonolog dengan anak umi...
Apa kbr anak umi didalam sana? Masih dibuai mimpi yang lena?
Ehehe apa2 pun semoga anak umi dapat menjalani puasa bersama2 dgn umi dan walid ya :)

Sekarang umi dalam minggu fasa terakhir penghujung bulan 8 pregnant...
Hari Sabtu ini genap 36 minggu dan anak umi dah berumur awal 9 bulan didalam kandungan
Cepat anak umi membesar...dan rasanya umi tidak mahu anak umi keluar je dlm perut umi
Terasa sejuk dan besarnya rasa rindu itu tatkala anak umi berada didalam rahim umi

Benar!
Tidak lama lagi, lahirlah anak umi ke dunia ini,
Dunia yang penuh dengan cabaran dan pancarobanya untuk ditempuhi oleh mu anak,
Umi dan walid akan membesarkan mu dengan cara cukup sederhana insyaAllah,
Yang penting ilmu agama di dunia dan diakhirat adalah pegangan utama hidup

Anakku,
Umi berasa sedikit gusar,
Gusar dan malu untuk menemukan anak umi dengan keadaan dunia ini,
Dunia yang penuh dengan pelbagai onak dan duri,
Bukan senang hendak jadi senang,
Dan bukan susah hendak jadi susah,
Apa yang utama adalah usaha mu anak, usaha mu sendiri untuk mengapai impian menjadi seorang yang berguna dimata Allah!!!!

Demikian itu, 
Umi dan walid senantiasa akan memberi sokongan padu,
Setiap saat, minit dan jam untuk mu bangkit mengejar cita2 mu,
Tetapi jgn sesekali abaikan solatmu anak........hanya ia menjadi penentu kepada siapa kita dimata Allah,
Walau dimana kita berada sekalipun, 
Jangan lupa untuk mendongak ke atas,
Tanpa Allah siapalah kita didunia ini.

Justeru itu anakku,
Umi dan walid mu senantiasa berpesan,
Setelahmu dilahirkan, 
Ingatlah, ingatlah, ingatlah Umi dan Walid mu...
Kerana setiap tatapan kami kepada mu adalah tatapan kasih sayang,
Jika kami memarahimu, 
Ia adalah juga tatapan kasih sayang,
Jika kami menasihatimu,
Ia adalah juga tatapan kasih sayang,
Supaya anak ku dapat menjadi seorang yang taat kepada kedua ibu bapanya dan Allah.

Akhir kata,
Umi dan Walid doakan anak setiap ari sehingga nafas kami terakhir,
Beranilah menghadapi urusan didunia dan akhirat ini ye anakku,
Kumpul bekalan yang baik utk dibawa ke akhirat nanti jua, jgn sesekali lupa...
Jika umi dan walid mu tiada nanti,
Sedekahkanlah doa anak soleh kepada kami berdua...
Hanya itu harapan kami,
Aminnn-amin yarabbalamin.

Titipan kata-kata bersama air mata umi mu,
Buat anakku Qaiser Ilman :)