Surah Al -Insyiqaq

Surah 84, Surah Al-Inshiqaq (Terbelah) : 25 ayat.
Bismillahi al-Rahman al-Rahim (Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani).
84-1: Apabila langit terbelah.
84-2: Dan ia (langit) patuh kepada Rab (Tuhan)nya dan ia semestinya (begitu).
84-3: Dan apabila bumi diratakan.
84-4: Dan dikeluarkan apa yang di dalamnya dan ia menjadi kosong.
84-5: Dan ia (bumi) patuh kepada Rab (Tuhan)nya dan ia semestinya begitu.
84-6: Wahai manusia! Sesungguhnya kamu telah bekerja keras, sekuat-kuat kerja, menuju Rab (Tuhan)mu, maka kamu akan menemui-Nya (menemui Allah).
84-7: Maka adapun orang yang diberi catatannya dari sebelah kanannya.
84-8: Maka akan dihisabkan dengan hisab yang mudah.
84-9: Dan dia akan kembali kepada keluarganya dengan sukacita.
84-10: Dan adapun orang yang diberi catatannya dari belakang punggungnya.
84-11: Maka dia akan berteriak menyebut kecelakaan (dirinya).
84-12: Dan dia akan masuk ke dalam api yang menyala-nyala.
84-13: Sesungguhnya dia dahulunya bersuka ria dengan keluarganya.
84-14: Sesungguhnya dia menyangka dia tidak akan kembali (kepada Rabnya).
84-15: Bukan begitu, sesungguhnya Rab (Tuhan)nya sentiasa melihatnya.
84-16: Maka Aku (Allah) bersumpah demi cahaya merah di waktu senja.
84-17: Dan demi malam dan apa yang diselubunginya.
84-18: Dan demi bulan apabila purnama.
84-19: Sesungguhnya kamu akan melalui selapis demi selapis.
84-20: Maka mengapa mereka tidak mahu beriman?
84-21: Dan apabila al-Quran dibacakan kepada mereka, mereka enggan bersujud.
84-22: Bahkan orang kafir itu mendustakannya.
84-23: Dan Allah lebih mengetahui apa yang mereka sembunyikan (di dalam hati).
84-24: Lantaran itu ancamkan mereka dengan azab yang pedih.
84-25: Kecuali orang yang beriman dan beramal salih, bagi mereka pahala yang tidak putus-putus.
  
Sumber sahih dari : http://qurannet.tripod.com/084insyiqaq.html

Surah-surah diatas baik diamalkan sejak dari awal kandungan lagi. Manakala surah Al-Insyiqaq baru diperolehi dari sahabat baik ex-UUM semalam untuk diamalkan bagi memudahkan proses bersalin nanti. 
Sumber sahih julia dah google dan ia tidak bercanggah dengan syariat Islam. 

"Mengamalkan Membaca Surah-Surah Yang Memudahkan Bersalin laitu:
a) Surah Al-Insyiqaq ayat 4:
  • Maksudnya : “Serta mengeluarkan apa yang di dalamnya, dan menjadi kosong,”
b) Surah Al-Hasyr ayat 3:
  • Maksudnya : “Dan kalaulah tidak kerana Allah telah menetapkan pengusiran (yang demikian buruknya) terhadap mereka, tentulah ía akan menyeksa mereka di dunia; dan mereka pula akan beroleh azab seksa neraka pada hari akhirat kelak”. 
Begitu juga amalkan surah 3x kul dan surah ayat kursi dan baca didalam air masak dan sapukan serta seratakan air tersebut dari atas perut sehingga ke bawah perut...kita hanya berusaha tapi Allah yang menentukannya...Moga2 mummy to be dipermudahkan bersalin nanti pabila tiba masanya nanti. 

<<<Semoga kita semua mendapat syafaat dan kerahmatan dari-Nya...
Amin-amin yarabbalalaminnn :) >>>

0 Comments