Uri Bayi? | Julia Johari
Booking.com

Uri Bayi?



Bagaimana ya sesetengah bakal ibu bapa uruskan tanaman uri ye? Mungkin zaman mak bapak kita dulu ada pantang larang dan adat yg perlu di lakukan sebelum ia ditanam...tapi bagaimana dgn zaman sekarang? Pernah tgk x bagaimana pengurusan penanaman uri ibu yg sebenar mengikut syariat Islam? Termasuk Julia pun belum pernah tgk, kalau ada kesempatan hendak je belajar kan...sbb peringkat pengurusan nih di hospital2 atau klinik2 pun x diajar cara pengurusan sebenar mengikut nas Islam...so terserah kepada kita utk melaksanakanya...

Untuk mengelakkan keraguan, With Julia sibuk google sana sini untuk cari pengurusan uri ibu yg sebenar mengikut islam dari Jakim...
Jom kita belajar...and jgn lupa printkan nota ini utk diberikan kepada sang suami...sbb dia lah org pertama yg akan membasuh dan menanam uri ini ditempat yg sepatutnya...semoga sama2 kita mendapat syafaat dari Allah SWT...aminnn :D

******************************************************************************
Cara menguruskan uri

1) Mulakan dengan baca Bismillahirahmannirrahim dan al-Fatihah dan juga selawat ke atas nabi.
2) Cuci bersih-bersih hilangkan darah-darah. Jangan guna sabun/shampoo.

3) Bilas dengan air bersih sambil berselawat dan doa yang baik-baik (Untuk pastikan uri tersebut bersih dan suci)
4) Cuci uri dengan garam. Lumurkan garam dan cuci bersih-bersih.
5) Cuci uri dengan asam jawa. Lumurkan asam jawa dan cuci bersih-bersih. (Untuk hilangkan bau hanyir darah)
6) Letakkan uri dalam bekas tanah liat dan tutup bekas rapat2.
7) Balut bekas tersebut dengan kain putih/napkin dan ikat.
8) Gali tanah sedalam mungkin,  agak-agak tidak dibau/dikesan dan dikorek anjing nanti atau binatang –binatang lain nanti.
9) Baca Bismillahirahmannirrahim  dan selawat semasa letakkan uri dalam tanah dan tanam bekas tersebut.

Hukum menanam uri adalah HARUS. (JAKIM)
• Uri tersebut perlu dibasuh dan ditanam di dalam tanah supaya ia tidak dimakan oleh haiwan.
• Uri orang-orang Islam adalah suci dan dengan itu tidak boleh di bakar atau dijual. Mana-mana orang Islam yang melahirkan anak di hospital dikehendaki membawa balik uri-uri itu untuk di tanam di tempat masing-masing
• Amalan menanam uri bayi dengan lada hitam, paku, pensil dan sebagainya adalah amalan khurafat.
 


(Jika anda hendak maklumat lebih lanjut wajibkah uri bayi ditanam neh link terbaik... drzubaidi.com)

<<<Simple je kan? So, jgn uruskan uri yg diluar dari syariat Islam ya kawan2...x baikkk...nanti Allah murka susah...so sebagai anak jika ada ibu bapa kita masih amalkan adat khurafat tuh baik kita nasihatkan elok2...semoga kita semua mendapat kebaikan dariNya...amin >>>

6 comments:

  1. thankz for this sharing sis... uri bayi ne dikira sebagai sebahagian jasad manusia gak ek?

    ReplyDelete
  2. taufiq: a'ah sebahagian jasad manusia...tetapi perlu diuruskan dengan sbaikyer...bgus taufiq senantiasa positif belajar benda baru...nanti nak jd papa to be praktikkan ye :)

    ReplyDelete
  3. Dulu masa kakak ipar bersalin anak sulung dia, sempat la tengok kesan dari penyucian uri tu.. Akak tengok bekas darah2 kat bilik air tu pun rasa macam nak pitam dah.. huhu..

    Orang kata elok tanam uri dekat dengan pokok pisang.. Nak kasi sejuk, katanya... Tak tau la betul ke tak..

    ReplyDelete
  4. rara: almost welcome dear :)
    kak azz: oh! tanam kt tepi pokok pisang eh...umah mak xd lak pokok pisang...pokok rambutan ada lah 3 btg...buleh ke ek ehehhe mna tau jd lebat lak buah rambutan :P

    ReplyDelete
  5. Mohon kongsi bersama sebagai alternatif pilihan. Dapatkan Set Pengurusan Uri Ummi Raid. Mudah & Praktikal. Bersifat semulajadi & mesra alam. http://ummiraid.blogspot.com

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Booking.com