Tidak tahan tabiat buruk suami | Julia Johari
Booking.com

Tidak tahan tabiat buruk suami

Eheheheh pasti ramai yg tertarik dgn tajuk diataskan...
Bukan ditujukan kepada sesiapa pun malahan suami sendiri hokeh...tp tajuk tuh With Julia dapat daripada hasil pembacaan dalam Utusan Malaysia pada hari ini....
Wellll that tajuk mmg menggugat hati nurani lelaki yg bergelar suami kan kalau ada kaitan lah kan...bg yg tidak ada in that list tuh kira anda mmg menyayangi isteri anda...Tahniah [Clap3x] ehehhehe so saja nak berkongsi dengan para blogger dan nak wat check up utk suami sendiri...Jom Baca jom! :D


******************************
SEUMPAMA laut yang ada pasang surutnya, begitu juga hubungan suami isteri, pasti ada berlaku perselisihan faham.
Justeru untuk memastikan agar perhubungan ini sentiasa berjalan dengan aman, pihak suami mahupun isteri perlu saling faham-memahami dan tidak melakukan apa yang tidak disukai oleh pasangannya.
Sebagai contoh misalnya, ada si suami yang pada masa bujangnya suka melakukan suatu tabiat atau amalan yang buruk sehingga terbawa-bawa ke alam rumah tangga, mengakibatkan pasangannya tidak tahan dengan sikapnya.
Kalau setakat sekali dua tidak mengapa, tetapi sekiranya tabiat tidak baik itu dilakukan setiap hari, sudah tentu membuatkan pasangannya tidak senang duduk, berlaku leteran, bebelan dan akhirnya mengundang ke punca perbalahan yang teruk.
Kali ini kita melihat apakah tabiat suami yang tidak disukai oleh isterinya.

Kurang pembersih
Suami meninggalkan bilik mandi dengan pelbagai barangan buangan tanpa dibersihkan. Sebenarnya tidak dapat dibayangkan bagaimana seseorang itu tidak mengendahkan kebersihan di dalam tandas di rumahnya sendiri dengan tidak mengepam tandas selepas menggunakannya. Apatah lagi untuk meringankan tulang membersihkan tandas. Itu jauh panggang dari apilah...[My hubby jenis suka sgt mop lantai termasuk basuh bilik air....happy sgt sbb masa 1st kahwin pun dia dh menunjuk minat utk tlg bersihkan bilik air wink2]

Lama dalam bilik mandi
Ada suami yang merokok, membaca surat khabar dan majalah dalam bilik mandi tanpa mengendahkan perasaan isteri yang juga mahu menggunakan bilik air. Biarpun nampaknya perkara seperti ini bukanlah satu masalah yang besar namun ia tetap membuatkan hati isteri terbuku geram. [ahahha my hubby x suka baca majalah or what ever dlm bilik air..pelik kan ada gak sikap sesetangah org cm neh...kekekke]

Tuala basah atas katil
Ini adalah masalah yang selalu dilakukan oleh suami yang pastinya akan disudahkan oleh isterinya dengan seolah-olah sengaja memberitahu, sebaik sahaja dia bersiap: ''Isteri ku tolonglah sidai tuala yang kugunakan". [Tuala basah? ermmm suka sangkut kat kerusi meja makan ada lah kot...tp ats katil x penah lah...masih lagi on training utk belajar sangkut kt penyidai ehehehhe biasalah manusia not perfect kan :P]

Baju kotor merata tempat
Selepas balik kerja, suami dengan sengaja menanggalkan bajunya dan meninggalkan atas di sofa, atas lantai, atas baju yang telah siap dibasuh atau di mana sahaja sesuka hatinya dan mengharapkan isteri yang akan mengutip pakaian kotor itu nanti. [Haaaaa part neh x penah tgk lah dia buat, kalu With Julia balik keja lmbt pun dia yg tlg mesin baju kotor, haa xpun bubuh dlm baldi senang With Julia nak basuh ehehhe]

Suami gelojoh
Suami makan cepat-cepat dan tertumpahkan makanan di serata tempat dan dia tiada masa untuk mengelap atau mengemaskannya semula. Jadi sebagai isteri kita yang akan menjadi tukang lap apa sahaja yang tertumpah seolah-olah memberi makan kepada anak kecil. [Ish2 ada eh yg gelojoh? erm my hubby neh mkn yer mcm anak dara, kalah mak dara ekekkekeke so xd masalah bab ne neh sebab dia mmg disiplin bab adab dimeja makan...:)]

Tak beri jawapan tepat
Apabila diajukan soalan seperti bila abang akan pulang, jawapan yang diberikan acuh tidak acuh sahaja. Ini pastinya mendatangkan masalah apabila si isteri mula mengesyaki sesuatu dan menimbulkan hubungan tidak percaya dalam rumah tangga. [Jawapan yer mmg muktamad...senang nak berurusan time bila di balik outstation...x penah lagi lah fail...doa agar dia kekal cm tuh, jenis on time punya papa ehehhehe ]

Stokin busuk merata
Stokin busuknya tidak dikeluarkan dari kasut atau dibaling ke bawah almari menyebabkan bau yang tidak enak dalam rumah. Bila ditanya di mana stokin, jawapannya: ''Tidak tahu. Stokin ada dalam mesin basuh." [Eeeeeeeeeeeeee isteri mana yg x suka part neh kan....tp syukur sgt2 sbb hubby jenis suka letak stokin dh pakai setiap ari dlm baldi or dlm mesin basuh...so xd masalah keciciran stokin yg hendak diguna lain kali.....selamattttt :P]

Pelupa
Biarpun seberapa banyak salinan kunci telah dilakukan, suami asyik menghilangkan kuncinya dan menghilangkan pula kunci yang dipinjam dari isterinya. Bukan setakat kunci malah barang-barang kecil lain juga suami boleh lupa di mana diletakkannya yang boleh menyebabkan isteri naik angin. [Kekkeke kelakar kan part pelupa neh...tp my hubby neh kalau u all nak taw smpai semua kunci loker, kunci grill tingkap umah pun dia ada pendua...seee semua dia simpan dengan rapi dan x penah lagi ada sejarah yg hilang...kira cekaplah kalau ada apa2 kehilangan kan...isteri dia? ahahah no komen sbb pelupa gak kekadang...malu yerrrr :P]

Pengotor
Suami merokok di dalam bilik tertutup dengan abu rokok bersepah-sepah atau 'ditadah' dalam gelas, mangkuk kesayangan isteri atau pinggan kaca yang perlu dibasuh semula. [My hubby bukan jenis perokok, selamat $$$$ dan tiada ancaman asap merbahaya di rumah...selamat my baby dlm pewot hirup udara segar setiap ari :)]

Membantu 'mengecahkan' dapur
Suami menyatakan ingin membantu di dapur tetapi pasti pada akhirnya akan bertukar menjadi satu mimpi buruk apabila dia hanya 'membantu' memasak dan tidak pernah kata dia akan membantu untuk 'membersihkan' dapur yang disepahkannya. [Part neh? Ehhehehe nak ketawa jap baca ehehhe pastinya Alhamdulilah my hubby jenis suka membantu di dapur...dia dh mula menunjukkan minat utk belajar memasak tau semalam ngan with Julia...so so so terharu...boleh dia tanya itu ini nak potong bawang cm mana so kira byk rasa ingin tahu...sooooooooo syg kt dia...lepas hbs je masak di dapur dia tlg sekali sekala basuh semua peralatan memasak didapur tanpa di suruh.......kredit plus2 for him :D]

Okey....entry ini bukan utk memuji hubby lebih2 ye tp ia adalah penilaian yg With Julia buat bersangkutan diatas persepsi dan kajian yg di buat di kalangan sesetengah pada suami...tetapi With Julia tahu ada sang suami yg jauh lebih baik dari tabiat2 diatas....moga ia menjadi kekuatan pada sang isteri untuk lebih menunjukkan contoh yg baik pada sang suami agar suami turut serta dalam membina mahligai syurga bahagia hingga ke syurga Firdausi...aminnnnnnnn :D

9 comments:

  1. so, sebagai isteri kena la pandai mengawal tabiat si suami tu ye :)

    ReplyDelete
  2. taufiq: ehehhehe taufiq kena give and take lah kan x buleh sebelah pihak jek...kan si suami pemimpin keluarga...barulah ceria hidup berumah tangga ada pemimpin coth yg baik :D

    ReplyDelete
  3. Letih kalau dapat suami macam dlm entry tu.. Semua kita yg nak kena buat, memang pengsan laa..

    *ehh... entry ni untuk org yg dah bersuami je , kann....

    :D

    ReplyDelete
  4. kak azz: heheheh x semestinya utk yg dh ada suami...perangai sebelum kahwin pun kita kna pilih tgk kan...so myb kt situ leh tgk lah dari sudut lain utk kajian masa hadapan tau kak azz...

    ReplyDelete
  5. assalam julia. mekasih sudi jd follower blog kte yer. sbnarnya dlm rumahtangga mesti ada give n take kan?

    awk dah 20weeks yer.. pasni sesamalh share info pasal peknen yer hihihi.

    ReplyDelete
  6. wasalam dear fara ehehhe yup perlu ada give and take dalam kehidupan rumah tangga...yup i'm now 20 weeks...alright fara...keep in touch always ya...leh kongsi2 pandangan about mum to be :)

    ReplyDelete
  7. husband kite suke mandi lama2... duk termenung dlm bilik air...-.-'

    itulah antara perangai lelaki kan... mmg skt hati tp alah bisa tegal biasa.. itulah gunanya kita jd isteri...:)

    ReplyDelete
  8. Mynameismy: ehehhe suka termenung ek...dok pk masa depan kot...selalu org kata byk ilham dok dlm bilik air eheheh cm2 kan dear...yup apa pun husband kita, kita terima yer dgn hati terbuka...:D

    ReplyDelete
  9. juju, husband kak sya yg 1st tu je...lepas mandi biar je rambut gugur tu berterabur...bukan nk kutip...tp yg lelain sume perfect...dah nak dekat 10 thn kawin tp mmg disiplin...heheh..ALhamdulillah diberikan husband yg senang dijaga...sbb tu tak kisah sgt psl toilet tuh..sambil2 mandi k.sya sental la sdr...

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Booking.com