Wednesday, April 25, 2012

Aksi Baby 5 Bulan

Wednesday, April 25, 2012 6 Comments
Apa kbr anak ibu?
Moga anak ibu sentiasa sihat hendaknya setiap hari,
Sekarang umur anak ibu sekarang dah nak cecah 5 bulan,
Cepat betul masa berlalu ;)
Terkadang ibu selalu fikir bagaimanakah wajah anak ibu ye menjelang masuk 5 bulan ni...

Tinggal 4 bulan sahaja lagi untuk anak ibu membesar dalam rahim ibu...
Tempat tinggal yang paling selamat, mesti anak ibu suka sgt main2 dalam tuh kan ehehhe :P
Semalam anak ibu tendang ibu ye? Betul2 tendang kuat dekat tgh2 pusat ibu masa ibu baring ats sofa mkn aiskrim coklat,
Terkejut ibu tau...terus ibu sms pada Papa yang adik nak tunjuk hero/heroin dalam pewot...

Anak ibu sudah mula aktif di petang hari menjelang maghrib...
Adakah anak ibu hendak mengingatkan ibu tentang solat maghrib?
Adakah anak ibu hendak mengingatkan ibu supaya mkn ubat suplimen setiap hari?
Adakah anak ibu hendak ibu sentiasa nyanyikan lagu-lagu zikir kepada Allah?
Atau adakah anak ibu hendak cuba berkomunikasi dgn ibu?
Bagaimanakah? Hanya anak ibu yg tahu...dan
Hanya Allah yg maha mengetahui hati dan perasaan ibu sekarang...:) berbunga2 dengan senyuman mengingati kebesaran Allah yg mencipta manusia sebegini cantik rupa...

Anakku,
Jika sekarang anak ibu mendengar ibumu bercerita hari ini...mungkin anak ibu gembirakan :)
Tidak sabar ibu nak tunggu bulan depan 19/5/2012 untuk scan anak ibu sekaligus untuk tahu jantina anak ibu...
Masa itu anak ibu sudah mencapai umur 6 bulan... :D

Sekarang ibu kena persiapkan diri untuk jga lebih kesihatan semata2 utk anak ibu...
Sebab bulan depan nanti ibu kena melalui ujian test air gula dlm bdn...so ibu kena kawal pemakanan ibu..
Moga anak ibu x paksa ibu untuk menginginkan ibu mkn benda2 manis ye sekarang...
Nanti bolehlah ibu dapat result yg baik :)

Anakku,
Belajarlah, belajarlah, belajarlah semasa dalam kandungan ibumu,
Belajar untuk mendengar kalimah2 suci Allah,
Belajar untuk menghormati kedua ibu bapa mu,
Belajar untuk menjadi seorang yg berjaya suatu hari nanti berbanding ibu dan papamu...

Kerana masa tidak pernah menunggu kita wahai anakku...
Hanya doa ibu bapa mu pengiring mu hingga ke syurga Allah...
Ingat pesanan wahai anak ku.
Hidup didunia cuma sekali, akhirat adalah kehidupan abadi.

Wasslamualaikum wbt wahai anakku.

9.15 am
25 April 2012

Monday, April 23, 2012

Pengajaran Sebalik BattleShip Movie.

Monday, April 23, 2012 2 Comments
Semalam 22 April 2012, With Julia dan hubby dating lagiii. Tapi kali ini di Pavilion Kl...lama betul x dating tgk wayang kt sana so ambil keputusan utk spent time yg berharga dgn hubby tonton wayang 'BattleShip'

Ermm...kisah apa?
Ia mengenai kisah kapal perang (Navy) dengan makhluk dari Planet G...mana datang Planet G nih? ehehhe gara2 manusia di bumi hendak sgt berjiran dgn bumi yg lain so diorg htr lah isyarat luar utk berkomunikasi....bla...bla...bla..
Siapa dah tgk cerita neh pasti tahu ia ada kisah pengajaran yg terbaik utk kita titip simpan dan amalkannya selalu...x semua cerita movie nih negatif ye...so terpulang pada kita untuk menilai baik dan buruknya...

Pengajaran yg diperolehi:
-Semangat setia kawan dan bekerja dalam berkumpulan tanpa mengira waktu dan tidak berputus asa ( Ya! Mmg benar...apa bila kita bekerja secara berkumpulan, ia lebih membina semangat keyakinan diri dan secara tidak langsung boleh mempengaruhi rakan2 yg lain utk turut serta mencapai misi yang dikehendaki dlm masa yg terhad... :)

-Menguji tahap kesabaran apabila menghadapi ancaman luar dan dalaman diri (Terkadang kita lupa utk menguji tahap kesabaran dalaman diri...itu yg menyebabkan kita mudah menyerah kalah sebelum tiba masanya...)

-Cinta yang kukuh atau utuh ( Heheh part neh plg best nampak yer dlm cerita neh...so Hooper ialah watak utama dalam cerita ini, seorang yg dahulunya biasa2 dan tiada pengalaman dalam dunia navy sebagai Kapten Navy terjun dalam bidang ini dari abangnya, berjumpa dgn gadis pilihan yg membuat jiwanya setia dan berusaha utk menjadi yg terbaik) :D

- Mengenal pasti kelemahan musuh dan tangani ia secara bijak dan tidak melulu (Ya! Benar sekali...terkadang bila marah dan x sabar jd gagal semuanya...so sabar dan bijak kenal pasti musuh akan menyebelahi kekuatan kerana musuh tidak tahu tindakan luar sedar mereka yg kita sudah perangkap mereka dgn cara yg amat bijak...)

- Menyanjungi pengalaman orang terdahulu daripada kita ( Battleship ini byk mengajar erti menghormati org yg berpengalaman dari kita, Contohnya, Hopper memohon bantuan dari Kapal Perang Muzium utk digunakan sebagai kapal perang terakhir utk menyerang kapal musuh dengan bantuan dari veteran2 Navy...ini telah menunjukkan Hopper adalah seorang Kapten kapal yg amat kuat sifat hormatnya dan ini telah memberi semangat berkumpulan utk ahlinya)

<<< Pastinya ia memberi kepuasan utk diri dan hubby dari kisah yg dipaparkan...so jangan sekali2 memandang remeh isu movie yg ditayangkan di pawagam...pilihan yg terbaik akan memberi pengajaran pada kita tanpa kita sedari ia byk memberi positif...dengan ini With Julia berharap akan dpt realisasikan pengajaran yg berguna...
Akhir sekali, suka sebab melabur pada yg mendatangkan pulangan dari segi rohani>>>

Tuesday, April 17, 2012

Tidak tahan tabiat buruk suami

Tuesday, April 17, 2012 9 Comments
Eheheheh pasti ramai yg tertarik dgn tajuk diataskan...
Bukan ditujukan kepada sesiapa pun malahan suami sendiri hokeh...tp tajuk tuh With Julia dapat daripada hasil pembacaan dalam Utusan Malaysia pada hari ini....
Wellll that tajuk mmg menggugat hati nurani lelaki yg bergelar suami kan kalau ada kaitan lah kan...bg yg tidak ada in that list tuh kira anda mmg menyayangi isteri anda...Tahniah [Clap3x] ehehhehe so saja nak berkongsi dengan para blogger dan nak wat check up utk suami sendiri...Jom Baca jom! :D


******************************
SEUMPAMA laut yang ada pasang surutnya, begitu juga hubungan suami isteri, pasti ada berlaku perselisihan faham.
Justeru untuk memastikan agar perhubungan ini sentiasa berjalan dengan aman, pihak suami mahupun isteri perlu saling faham-memahami dan tidak melakukan apa yang tidak disukai oleh pasangannya.
Sebagai contoh misalnya, ada si suami yang pada masa bujangnya suka melakukan suatu tabiat atau amalan yang buruk sehingga terbawa-bawa ke alam rumah tangga, mengakibatkan pasangannya tidak tahan dengan sikapnya.
Kalau setakat sekali dua tidak mengapa, tetapi sekiranya tabiat tidak baik itu dilakukan setiap hari, sudah tentu membuatkan pasangannya tidak senang duduk, berlaku leteran, bebelan dan akhirnya mengundang ke punca perbalahan yang teruk.
Kali ini kita melihat apakah tabiat suami yang tidak disukai oleh isterinya.

Kurang pembersih
Suami meninggalkan bilik mandi dengan pelbagai barangan buangan tanpa dibersihkan. Sebenarnya tidak dapat dibayangkan bagaimana seseorang itu tidak mengendahkan kebersihan di dalam tandas di rumahnya sendiri dengan tidak mengepam tandas selepas menggunakannya. Apatah lagi untuk meringankan tulang membersihkan tandas. Itu jauh panggang dari apilah...[My hubby jenis suka sgt mop lantai termasuk basuh bilik air....happy sgt sbb masa 1st kahwin pun dia dh menunjuk minat utk tlg bersihkan bilik air wink2]

Lama dalam bilik mandi
Ada suami yang merokok, membaca surat khabar dan majalah dalam bilik mandi tanpa mengendahkan perasaan isteri yang juga mahu menggunakan bilik air. Biarpun nampaknya perkara seperti ini bukanlah satu masalah yang besar namun ia tetap membuatkan hati isteri terbuku geram. [ahahha my hubby x suka baca majalah or what ever dlm bilik air..pelik kan ada gak sikap sesetangah org cm neh...kekekke]

Tuala basah atas katil
Ini adalah masalah yang selalu dilakukan oleh suami yang pastinya akan disudahkan oleh isterinya dengan seolah-olah sengaja memberitahu, sebaik sahaja dia bersiap: ''Isteri ku tolonglah sidai tuala yang kugunakan". [Tuala basah? ermmm suka sangkut kat kerusi meja makan ada lah kot...tp ats katil x penah lah...masih lagi on training utk belajar sangkut kt penyidai ehehehhe biasalah manusia not perfect kan :P]

Baju kotor merata tempat
Selepas balik kerja, suami dengan sengaja menanggalkan bajunya dan meninggalkan atas di sofa, atas lantai, atas baju yang telah siap dibasuh atau di mana sahaja sesuka hatinya dan mengharapkan isteri yang akan mengutip pakaian kotor itu nanti. [Haaaaa part neh x penah tgk lah dia buat, kalu With Julia balik keja lmbt pun dia yg tlg mesin baju kotor, haa xpun bubuh dlm baldi senang With Julia nak basuh ehehhe]

Suami gelojoh
Suami makan cepat-cepat dan tertumpahkan makanan di serata tempat dan dia tiada masa untuk mengelap atau mengemaskannya semula. Jadi sebagai isteri kita yang akan menjadi tukang lap apa sahaja yang tertumpah seolah-olah memberi makan kepada anak kecil. [Ish2 ada eh yg gelojoh? erm my hubby neh mkn yer mcm anak dara, kalah mak dara ekekkekeke so xd masalah bab ne neh sebab dia mmg disiplin bab adab dimeja makan...:)]

Tak beri jawapan tepat
Apabila diajukan soalan seperti bila abang akan pulang, jawapan yang diberikan acuh tidak acuh sahaja. Ini pastinya mendatangkan masalah apabila si isteri mula mengesyaki sesuatu dan menimbulkan hubungan tidak percaya dalam rumah tangga. [Jawapan yer mmg muktamad...senang nak berurusan time bila di balik outstation...x penah lagi lah fail...doa agar dia kekal cm tuh, jenis on time punya papa ehehhehe ]

Stokin busuk merata
Stokin busuknya tidak dikeluarkan dari kasut atau dibaling ke bawah almari menyebabkan bau yang tidak enak dalam rumah. Bila ditanya di mana stokin, jawapannya: ''Tidak tahu. Stokin ada dalam mesin basuh." [Eeeeeeeeeeeeee isteri mana yg x suka part neh kan....tp syukur sgt2 sbb hubby jenis suka letak stokin dh pakai setiap ari dlm baldi or dlm mesin basuh...so xd masalah keciciran stokin yg hendak diguna lain kali.....selamattttt :P]

Pelupa
Biarpun seberapa banyak salinan kunci telah dilakukan, suami asyik menghilangkan kuncinya dan menghilangkan pula kunci yang dipinjam dari isterinya. Bukan setakat kunci malah barang-barang kecil lain juga suami boleh lupa di mana diletakkannya yang boleh menyebabkan isteri naik angin. [Kekkeke kelakar kan part pelupa neh...tp my hubby neh kalau u all nak taw smpai semua kunci loker, kunci grill tingkap umah pun dia ada pendua...seee semua dia simpan dengan rapi dan x penah lagi ada sejarah yg hilang...kira cekaplah kalau ada apa2 kehilangan kan...isteri dia? ahahah no komen sbb pelupa gak kekadang...malu yerrrr :P]

Pengotor
Suami merokok di dalam bilik tertutup dengan abu rokok bersepah-sepah atau 'ditadah' dalam gelas, mangkuk kesayangan isteri atau pinggan kaca yang perlu dibasuh semula. [My hubby bukan jenis perokok, selamat $$$$ dan tiada ancaman asap merbahaya di rumah...selamat my baby dlm pewot hirup udara segar setiap ari :)]

Membantu 'mengecahkan' dapur
Suami menyatakan ingin membantu di dapur tetapi pasti pada akhirnya akan bertukar menjadi satu mimpi buruk apabila dia hanya 'membantu' memasak dan tidak pernah kata dia akan membantu untuk 'membersihkan' dapur yang disepahkannya. [Part neh? Ehhehehe nak ketawa jap baca ehehhe pastinya Alhamdulilah my hubby jenis suka membantu di dapur...dia dh mula menunjukkan minat utk belajar memasak tau semalam ngan with Julia...so so so terharu...boleh dia tanya itu ini nak potong bawang cm mana so kira byk rasa ingin tahu...sooooooooo syg kt dia...lepas hbs je masak di dapur dia tlg sekali sekala basuh semua peralatan memasak didapur tanpa di suruh.......kredit plus2 for him :D]

Okey....entry ini bukan utk memuji hubby lebih2 ye tp ia adalah penilaian yg With Julia buat bersangkutan diatas persepsi dan kajian yg di buat di kalangan sesetengah pada suami...tetapi With Julia tahu ada sang suami yg jauh lebih baik dari tabiat2 diatas....moga ia menjadi kekuatan pada sang isteri untuk lebih menunjukkan contoh yg baik pada sang suami agar suami turut serta dalam membina mahligai syurga bahagia hingga ke syurga Firdausi...aminnnnnnnn :D

Thursday, April 12, 2012

19 weeks...

Thursday, April 12, 2012 3 Comments
Assalamualaikum anak ibu,
hari ni anak ibu dah cukup 19 minggu
bermakna sudah 4 bulan 3 minggu anak ibu ade dalam rahim dan perut ibu
minggu depan genap 5 bulan...


 
alhamdulillah..
ibu gembira sangat dengan kehadiran anak ibu saat ni..
ibu tak sabar2 ingin menemuimu..
masuk 5 bulan nanti..
ibu nak 'tengok'  rupa dan keadaan anak ibu dalam perut ibu ni ..
ibu hari2 berdoa agar anak ibu sihat waalfiat dan membesar dengan sempurna[amin]



2-3 hari sebelum ni..
ibu dah dapat rase pergerakan anak ibu dalam perut untuk pertama kali..!!
ibu yakin itu adalah anak ibu yang sedang bergerak aktif...
ibu sangat2 gembira..!!
ibu jugak dah dapat 'rase' degupan jantung mu yang laju..!!
alhamdulillah..
anak ibu sudah ditiupkan roh dan diberikan nyawa oleh Allah [subhanallah]



malam semalam..
sebelum tidur..
ibu dapat rasa anak ibu ajak2 main2 dalam perut..

jikalau boleh ibu nak dakap anak ibu time tuh juga...
ibu minta papa usap dan mendengar sendiri kat perut ibu.
biler ayah usap dan dengar perut ibu, anak ibu pandai senyap..

ehehhe pandai ye main2 ngan papa ye...tecik2 dh pandai nak ajak main2 nyorok2 ehehhe

hahaha..comel..
walaupon hanyer pergerakan kecil dan sedikit..
tapi dalam tempoh 4 bulan lebih ni..
ayah dan ibu rase bersyukur dan gembire tak terhingga sebab diberi peluang tuk merasai nikmat ni..

ibu selalu berharap...
hati anak ibu akan dilembutkan oleh bacaan2 ayat alquran yang ibu dan ayah selalu bace kan untuk mu..
ibu yakin anak ibu sudah mampu mendengar hembusan doa2 dan harapan2 yang ibu dan ayah selalu katekan pade mu wahai anak ibu..
semoga anak ibu menjadi anak yang soleh kelak..
dan sentiasa akan taat pada perintah Allah...


ibu yakin..kalau anak ibu taat pada Allah..
anak ibu jugak akan taat pada ibu dan papa nanti kan..semoga anak ibu terus sihat sempurna hingga saat kite 'berjumpe' nanti, nanti anak ibu dah besar boleh lah baca diary ibu nih ye, mana tahu umur ibu tidak panjang, hanya Allah yg mengetahui, insyaAllah...

catatan dari ibumu,
With Julia,
12 April 2012,
11.00am,
[19 minggu]


Cameron Highland Part 3: Layan Pictures Jom!

Thursday, April 12, 2012 0 Comments
Sorry lama x berblog...bz these days...just drop to put my pics from CH...
Jum layan...mana tahu tergerak hati nak visit ke sana...why don't ;D
Grab it before its to late...

Cactus Farm




Time Tunnel Muzium CH








Fragrance Nursery




Rose Centre













<<<Last CH is visited BOH Tea Plantations and story about our hotel....see u later>>>




Wednesday, April 4, 2012

Cameron Highland Part 2: Real FarmVille ;P

Wednesday, April 04, 2012 3 Comments
Here we goes....
Strawberry Farm!
Yumyumyum...ehehhe so delicous...coz what?
Fresh harvest from farm ville ahahhaha
Bukan sendiri yg ternak hokey...but visited the Strawbeery Farm...byk betul farm kt sana sampai x tau nak pilih mana satu...last2 kitaorg pilih yg betul2 ats bukit dkt persimpangan jln naik ke CH senang je nak berhenti...so dh jd rezeki farm neh apa lagi tgn dah gatai nak harvest strawberry neh...jum layan dulu karenah kami....ehehehhe :P

 Muka atak cenyum :)...tgk sekali mcm ada tokoh jd tuan kebun strawberry jek...ahahahha aminnn...tgk dua kali mcm mama buyung pun ada...kalo tgk berkali2? ahhaha nanti hubby yg jeles...ekkekekke
Ok sampai sudah Al-Mashoor Strawbery...kami ada tetrengok pamplet diorg kasi yg PM pun pernah dtg kesini...ladang ye bersih, cantik...dan sesuai utk acara harvest...so tunggu apa lagi...jum mulakan kerja...ayuhhhhhhh!
:))

 Kemas je....teratur je....cm nih lah kami suka tgk ehehhe

 Tu dia....x sabaq lah tuh...kekkeke merah2 strawbery kt sini...

 Ok, on your mark get set go! Jgn mare habis dh kami tuai...
:P
 Emmmm....bila tgk hasil nih...masyaAllah cantik betul kuasa Allahkan...kalo boleh nak je tanam kt umah mak...tp kena letak aircon kot baru menjadi kekkekeke...


Bee Farm
 Tadaaaaaaa....ok tmpt kedua yg kami visit ialah ladang madu lebah...sempat grap satu botol madu lebah asli...nsb baik x beli propolis....cina amoi tuh kata x sesuai utk ibu mengandung sebab ia panas...huhuhuhu nsb baik mengaku diri ini pregnant kalo x naya je...amoi tuh pun amik balik propolis yg With Julia nak beli kakkakakka...xper lah nanti dh bersalin nak cuba mkn propolis...tgk byk khasiat yer....:)

 Well, my hubby mmg susah nak cenyum time amik pic...so okeylah dia nak gak bergambar kan dari x...kekkeke jgn marah ye hubby...just kidding...

 Ada pasar tani berdekatan dengan Bee Farm...ermmmmm lets grap something! wehuuuuuuuu....


Butterfly Garden
 Jom!..

 Byk yer rama-rama yg dikafankan disini...tgk cantik tp kesian lak...huhuhu at least generasi masa depan buleh tgk rama-rama yg x pernah dilihat sebelum ini kan...

Ada berani? weeeee tgk sekali pun dh geli gelemam...yelah mana x yer...selain rama-rama ada gak serangga pelik2 dlm frame neh...bukan sikit berlambak ok...so sempatlah posing satu frame walhal xmo tgk dh sebab geliiiiiii....lariiiiiiiiii ahahhaha :P

<<<Hehhehe, ketawa x hbs2 tapi happening sbb ada kisah2 menarik bagi 3 destinasi diatas...nantikan cerita mengenai ladang Cactus, ladang Ros, dan lain-lagi2....tunggguuuuuuuuu beb>>>

Monday, April 2, 2012

Cameron Highland: Travel Freedom of Choice Part 1

Monday, April 02, 2012 4 Comments
Untuk pengetahuan anda yang baru pertama kali hendak melawati atau teringin nak discover keseluruhan kawasan Cameron Highland beserta dengan Hotel, julia nak bagi idea dan tips dekat anda layari web ini sebab website ini banyak memudahkan anda ke sana nanti dengan pelbagai info terkini. Bukan setakat Cameron Highland sahaja, ada panduan lengkap tempahan pakej untuk ke Langkawi, Bali, Bandung dan Singapore beserta senarai hotel terpilih mengikut bajet anda di  
www.jomjalan.com.my

Alright, next holiday is... 
Cameron Highland (CH), here we are!
Date: 24-26 Mac 2012
Theme: Celebrate my birthday 26 Mac at CH!
The best place to visit...

 Okey, dah bersedia packing semua barang2 and now masa yer bertolak selepas solat subuh pada 24 Mac 2012...nyamannn je pagi2 bertolak dari KL ke Simpang Pulai menuju ke CH... hurmmmmmmm ahhhh hirup udara yg teramat fresh tika ini.

 Ipoh sudahhh... ;D
Yey yey...lama betul x jenguk CH...coz what???
Hampir 15 tahun lamayer x visit lagi kt CH...dulu masa kecik2 family ada bawak pi CH tp alkisah yer amat2lah sedih...tmpt simpanan barang2 baju2 kami kt but keta belakang x leh buka langsung...jammmmmmm! and what? My dad kata xd rezeki nak menginap di CH, masa tuh With Julia ingat masa hari raya ketiga, time umur 13 tahun baru nak masuk form 1...see lama x pergi kot CH...dah tawin baru dpt pi dgn aman yer....dapat cover balik nostalgia hampir 15 tahun lamanya... :)

 Oke, dah tahu kan napa lah With Julia nak sgt ke CH? Citer sadis je masa kecik2...so sekarang dah terlaksana oleh my beloved hubby....sampai sudah Brincang... hati berkobar2 nak tgk apa pembaharuan disana setelah 15 thn lama yer x menatap wajah CH.

First time sampai je terus my hubby bawak ke Cameron Tea Plantation....
Dia tahu With Julia nih mmg sukakan ladang teh....ahahhahah...yelah asyik2 tgk dlm tv je kan...mas akecik2 pun x leh dpt pegang lama2 daun teh so by right now leh tgk dan tatap puas2...baby dlm pewot pun happy...:D


 My hubby...we all pakai purple theme...

 See....akhirnya ladang teh posing time.....jgn mare ye tourist2 yg jeles tgk kami xhbs2 konica sana sini...wpun kami org malaysia tp lama sudah x jejak kaki kt sini tau...keciannnn yerr eheheh :P

 Wpun nampak cuaca panas...tp dingin sangat2 dn langsung x berpeluh...wahhh kalau lah KL cm nih rasa yer dh lama tido balik je koje kekekke'

 Puas amik pic kt Tea Plantation...so sekarang lawat tmpt penjualan CH Tea product....see besar x cawan replika neh...nasib baik x kata for sale...kalo x lama dh rembat satu :))

 Baba posing ye...ehehhehhe

 Hasil tangkapan yng dibuat utk bakal mak mertua dan bonda ku jua...harus wajib wpun kt KL berlambak ada...ahahahhaha :P
Our favourite pic....ermmm nak print 8R nanti utk buat kenang-kenangan...pic yg happy ditemani dgn kehijauan ladang teh yg menyegarkan...masyaAllah...terus puas hati!


<<<Okey, ini baru je pengenalan ttg lawatan ke CH, senang2 With Julia updatekan episod seterusnya ye ttg mcm2 lawatan tmpt yg kami pergi....penattttt! Tp hasilnya mmg berbaloi...coz Kepuasan tidak boleh dibeli dgn Khayalan....mesti di realisasikan baru dpt hasilnya...ahahhahah sehingga ke temu lagi...chow babeh>>>