Best In The World!!! | Julia Johari
Booking.com

Best In The World!!!

Are You Craving!
Haaaa, entry kali ini lebih kepada fenomena arena makanan...weee masuk tahun 2012 citer pasal makanan pula ke With Julia??? ehhehe nak twist baru sikit dlm blog baru best kan...
Anyway sebenarnya terpengaruh dgn blog kak mimi nih citer pasal makanan...haaaa kan With Julia pun terikut...kekekke hbslahhh...

Okey, apa ke benda yer Best In The World?
With Julia selalu nih hobinya time hujung minggu suka sgt isi masa lapang tgk masak2 kt TV, mcm2 ada...tp paling best channnel 8Tv program Best In The World....
Mmg best habislah...tgk pengacara dia yg mmg bersungguh2 mkn dan tmpt2 destinasi restoran yg best2 harga pun best...so semua yer best lah...
So, jom baca info yg With Julia dpt dari internet,...challloo ;P
..........................................................................................
Stesen TV pilihan ramai, 8TV mempersembahkan sebuah program bercorak dokumentari hiburan yang memaparkan makanan-makanan yang lazat di Malaysia.

‘Best In The World’, program 13 episod yang dihoskan oleh Razif Hashim ini akan membawa penonton ‘merasai’ keenakan makanan-makanan di negara ini yang cukup unik hasil daripada kepelbagaian bangsa, adat dan agama. Razif juga banyak berinteraksi dengan orang ramai untuk berkongsi pendapat tentang makanan yang patut dicuba oleh penonton di rumah.
“Saya seorang yang suka makan dan program ini semestinya membuat saya berselera dan tidak sabar untuk mencubanya. Sesetengah makanan yang dipaparkan merupakan makanan yang sangat ringkas namun dipersembahkan oleh Razif dengan cara yang menarik,” kata Airin Zainul, Pengurus Besar Kumpulan 8TV dan ntv7.

Pada setiap episod, program ini menampilkan tema-tema berbeza antaranya ialah ‘Rice Spice’ yang memaparkan pelbagai hidangan nasi. Selain itu, ‘Oodles of noodles’ juga tidak kurang menarik dengan hidangan pelbagai jenis mi. Antara tema lain ialah ‘Chili fever’, ‘Food from the roots’ dan banyak lagi.

Selain dari makanan, program ini turut memuatkan ‘Special Tips Segment’ yang memberikan tips-tips berguna kepada penonton antaranya cara mengunyah dengan betul ketika makan, memakai pakaian yang tidak terlalu ketat ketika makan dan lain-lain. ‘Best In The World’ akan mula bersiaran bermula 4 Ogos, setiap Khamis  jam 9.30 malam secara eksklusif di 8TV.
(Sumber: Media Hiburan)

<<<Jom Apa Lagi, Tgk Jgn x Tgk, Pastu Jom Serbu Ramai2x...yehaaaaa>>>


2 comments:

  1. 8TV tak naik kat rumah akak ni... :)

    Sambil2 tengok tu boleh la cuba resepi dorang sekali, ya tak Julia.. :-)

    ReplyDelete
  2. kak azz: ala xd ke siaran 8tv? dia ye channel mcm JJCM kak tp version english...really best...ehehhe

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Booking.com