Julia Johari: March 2011
Booking.com

Srikandi Wanita Terhebat!

Saksikan kehebatan wanita-wanita yang disayangi Allah ini...
Moga kita dapat pelajari dan jadikan mereka ini sebagai satu model terhebat untuk di realisasikan pada hari ini dan seterusnya...Amin! 

Hayatilah sejarah yang tercipta....:)

Rabiatul Adawiyah...


Sumayyah Khayyat...

-The end-
WithJulia

Patrizio Buanne...Jazz Time!

Julia really falling in love with these song right now...
Patrizio is such a singer. He is flawless. He could be the greatest male pop vocalist alive today. 
 Patrizio is legendary.

Have you ever really loved a woman?

 You're My Everything

You don`t have to say you love me

Mix Song


Great video...great song Patrizio Buanne!
Thank you for watching!

Ada Apa Pada Hari 26 Mac?

50 tahun? belum lagi ahahhah coming soon
Lawak kan kek tuh...

9 tahun? uishhhh lepas dah tuh lama dah...tp tomey kan kek nih...:P
Cute kan kek nih? purple colour...so sweet ermmmm...sapa2 nak sponsor? Angkat tgn ehhehe
Alhamdulilah.....yang kat atas inilah baru betul 'Ada Apa Pada Hari 26 Mac'? Inilah berita gembira di hati hamba hendak menyatakan disini bahawa esok 26 Mac ialah
'Hari Lahir Julia yang ke -27 tahun'.
MasyaAllah, dah besar yer anak pak johari nih kan ehhehe. x sabar nak tempuhi umur baru esok...muda lagi kan? kan? kan? ehehhe

Syukur ke hadrat ilahi, julia masih hidup happy disamping family dan kawan2 di blogger...seronok dapat jalani kehidupan yang ceria dan di redhai Allah, insyaAllah.

Julia harap sahabat2 semua sentiasa gembira dan bahagia disamping orang yang tersayang...amin.

'Happy Besday To Me...
'Happy Besday To Me...
'Happy Besday To Me......
'Happy Besday To Julia...

ehehhe pe kes wish nyanyi lagu besday sorang2...:P eheh apa yang penting hidup kena selalu syukur dan positif! keep it up friends...


Muka ari ini manyak cenyum ehehhe :)
mEkACeH cIk AiFa kasi kad birthday besaq punya :P
and love u all friends blogger muahhhhhhhhhhhhhhhhhh :D

Sekembalinya dari Umrah, Makkah Al-Mukarramah

Alhamdulilah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana  diri ini terpilih menjadi tetamunya disana.
Tiada kata-kata dapat diungkap setelah melangkah kaki kanan memasuki di perkarangan Masjidil Haram.
Sebak dan menitiskan airmata keinsafan dan kesedaran tidak terhingga semasa melihat kali pertama Kaabah di depan mata...sungguh kerdilnya diri ini melihat betapa besarnya kuasa Allah.
Terima kasih Allah kerana menjemput kami ke sana...pelbagai ujian dan dugaan telah ditempuhi dengan sabar akhirnya berjaya juga kami ke sana...rakan-rakan sekalian, julia telah doakan dan kirimkan doa anda di depan kaabah dan di raudah.
Moga-moga usaha kita yg tidak pernah jemu akan di tunaikan oleh Allah SWT suatu hari nanti.
Terima kasih kepada semua kerana telah mendoakan kepada kami supaya pergi dan balik dgn selamat di sana. Hanya Allah dapat membalas jasa anda sekalian...Amin :D

Antara gambar-gambar yang diambil sepanjang berada di Makkah dan Madinah...semoga selepas anda melihat gambar2 berkenaan akan membuka ruang hati dan azam utk ke sana nanti dan akan pergi sekali lagi...insyaAllah.

Baitullah, Alhamdulilah

Bukit Safa - Marwah (Saie kali yang ke 6 nak masuk kali ke 7) MasyaAllah :)

Me, Ita, Mama & Abah
Thanks Abah n Mama bagi kami peluang mengerjakan umrah bersama2...Hanya Allah dpt membalas jasa mereka...amin

Depan Maqam Nabi Ibrahim...rezeki dpt melihat tapak kaki Nabi Ibrahim...lautan manusia sanggup di redahi kerana azam ingin melihatnya secara dekat...syukur, Allah makbulkan. Amin.

 Depan Masjid Nabawi (me, ita, ina n mama)...sungguh cantik permandangan di luar masjid!....tiada kata2 dpt diucapkan setelah berada di dalam Masjid Nabawi, Madinah Al-Munawwarah :)

 Payung Gergasi di luar perkarangan Masjid Nabawi, Madinah....ciptaan mereka amat mengagumkan...alangkah bagusnya jika teknologi seperti ini berada di Malaysia....

Depan perkarangan Maqam Rasulullah s.a.w - Indahnya ciptaan Allah di pagi subuh...masyaAllah... :)

 
 Kubah Hijau itu adalah Maqam Rasulullah s.a.w

 Depan perkarangan Raudah....tmpt doa paling mustajab...usaha, doa dan tawakal...amin

Sempat ambil picture bersama dengan baby Umar di luar perkarangan Hotel Mawaddah Al-Safwa.
Ibunya hanya menjual kacang tanah selonggok 4 riyal...banyak sgt. Kerja di tepi2 jln sekitar madinah semata2 utk mencari rezeki utk anaknya...Sebak semasa dukung Baby Umar....moga dia besar nanti dpt membalas jasa ibunya...amin.

Selingan........

Khutbah ini disampaikan oleh Rasullah s.a.w pada 9hb Zulhijjah Tahun 10 Hijrah, bersamaan dengan hari Jumaat, selepas Asar di Lembah Uranah, Gunung Arafah 

Semoga kita mendapat manfaat dari isi kandungan khutbah ini...amin!!!

____________________________________________________________________
Wahai Manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba,oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dan dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti nya dalam perkara-perkara kecil.
Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak ke atas isteri kamu , mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik, berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kata ku ini:-
1)  Sembahlah Allah
2)  Dirikanlah solat lima kali sehari
3)  Berpuasalah di Bulan Ramadan
4)  Tunaikanlah Zakat dari harta kekayaan kamu
5)  Kerjakanlah ibadat Haji sekiranya kamu mampu

Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah bersaudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.
Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia,nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesumgguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya , nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku menyampaikan pula kepada 
orang lain.Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dari ku. Saksikanlah Ya Allah bahawasanya telah aku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hamba mu.


p/s - Above is Khutbah Terakhir Rasulullah saw yang Rasulullah saw berikan sebelum kewafatan Baginda. Pesanan-pesanan terakhirnya memberitahu kita betapa sayangnya Rasulullah saw terhadap umatnya, iaitu kita. Sebelum dicabut nyawanya, Baginda Rasulullah saw concern sangat dengan nasib umatnya, bukan keluarganya.....huhuhuhu... Rasa hiba, kerdil and hina sangat bler kter hayatinya sedalam2 yang mungkin dan seikhlas yang mungkin. Perbanyakkanlah selawat ke atas Baginda Rasulullah saw. Wassalam.
*Tunggu entry seterusnya ttg pelbagai tentatif program ziarah di Madinah dan Makkah julia akan upload tidak lama lagi....insyaAllah :D

Aku Sayang Allah, Aku Cinta Allah, Aku Rindu Allah...


Hari ini ada perkabaran gembira di hati Julia...
Jarang menceritakan perihal diri sendiri selain menceritakan mengenai perkara yang dirasakan lebih penting dari diri sendiri,
Itulah Julia...
Sukar hendak mengungkap kehidupan realiti yang bernama Julia...
Jasad...
Hati...
Roh...
Semua Milik Allah!
Daku???
Hanya di pinjamkan buat sementara waktu untuk mengendalikan pemberiaan 3 perkara diatas yang terlalu istimewa daripadaNya.
Akan tetapi...
Daku tidak bisa untuk mengendalikannya dan tidak bisa untuk dipinjamkan kepada orang lain...
Takut akan ketidakupayaan untuk menongkah arus dunia yang penuh dengan liku-liku ujian dan cabaran dari Allah.....
Perkabaran yang gembira yang selama ini kami menunggu dengan penuh sabar ialah visa umrah untuk 6 orang ahli keluarga ku telah diluluskan oleh Allah....
Ya!
Oleh Allah!
Dengan izin Allah...
Adakah aku dan seluruh keluargaku mampu untuk menjadi tetamu Mu Ya Allah dan Ya Rasullallah!
Pergi dengan sejuta harapan akan ada sinar penyucian jiwa, hati dan rohani
dan
membawa pulang bekal sebuah hati yang mulus dan berharga untuk sentiasa mengingati dan beribadat kepadaMu...
Oleh itu...Ku panjatkan doa restuMu Ya Allah...
Redhailah Kami...Sayangilah Kami...Lindungilah Kami...
Agar keberangkatan kami sekeluarga pergi dan balik ke Tanah Suci Mekah sentiasa dalam jagaanMu Ya Allah...
Aku Sayang Allah...
Aku Cinta Allah...
Aku Rindu Allah...
&
Rasul Mu Ya Allah!

- 8 - 20 Mac 2011 -
Kul - Dhaka(Bangladesh) - Jeddah - Madinah - Makkah

History of Makkah 2011 Miracle of Islam & Quraan



Amin :)

Ujian Lagi?

Apa Ujian Lagi?
Tidakkk...
Kisah yang Julia ingin dikongsikan bukan ujian SPM ke ujian Semester ke tetapi merupakan analogi tentang ujian kehidupan kita.
Pekerja di bawah adalah umpama kita.Pekerja yang di atas adalah tuan kita dan manakala batu yang dilemparkan itu adalah ujian, atau kesakitan atau malapetaka.

Kehidupan kita sentiasa sibuk. Seperti mana bunyi mesin itu, kehidupan kita tidak pernah sunyi dan tidak pernah habis dengan urusan dunia. Sibuk dengan urusan keluarga, sibuk dengan urusan kerja, sibuk dengan urusan rakan-rakan dan banyak lagi. Ia berlarutan dan berlarutan, menyebabkan kita lupa untuk mendongak ke atas.

Kita begitu asyik dengan masalah di bawah.
Oleh itu, kadangkala batulah yang dilemparkan kepada kita. Bukan untuk menyakitkan tetapi untuk 'menyedarkan kita untuk melihat atas'.

Begitu juga dengan cubaan, ujian yang dilemparkanNya kepada kita. Tujuannya adalah supaya kita melihat ke atas.
Melihat ke  atas supaya kita tidak leka dengan urusan dunia.
Melihat ke atas supaya kita sering mengingatiNya dan melihat ke atas untuk kita memperolehi petunjukNya.
Melihat ke atas supaya kita dekat denganNya.

Maka itu, jika kita ditimpa bencana, usah difikirkan adakah tuhan tidak menyayangi kita. Akan tetapi, ini mungkin perkara disebaliknya. Mungkin kita terlalu taksub sibuk dengan urusan dunia dan maka itulah dilemparkan batu kecil kepada kita untuk kita memandang ke atas dan dekat denganNya.

Yakinlah bahawa sesungguhnya Allah itu Maha Pemurah lagi Penyayang. Lebih-lebih lagi jika hambaNya begitu hampir denganNya akan ada kemanisan diakhir ujian tersebut.

Mari kita hayati sejenak blog dan video yang julia sempat baca yang memaparkan entry yang berguna untuk kita faham dan hayati bersama-sama
&
Manisnya Hikmah diatas Ujian Allah SWT - Dr. MAZA


Masa untuk bermuhasabah dari With Julia...
Salam inspirasi!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Booking.com