Julia Johari: February 2011
Booking.com

Sucikan Hati, Bersihkan Jiwa. Macam Mana?

Macam Mana Caranya Hendak
"Sucikan Hati, Bersihkan Jiwa???"
Jom Amalkan Caranya...
Pertama sekali kita kena faham idea atau ilham datangnya dari dua sumber. Pertama sumber yang baik dan kedua sumber yang tidak baik. Idea dari sumber yang baik pun kadang-kadang sebenarnya datang dari sumber yang tidak baik. Bukankah syaitan menggunakan pelbagai taktik untuk menipu manusia. Diberinya dorongan untuk melakukan sembahyang tetapi tengah-tengah sembahyang itu dibangkitkan rasa riak, leka dan lalai.

Sebenarnya memang agak sukar untuk mendapat idea dari sumber yang baik. Maklumlah kita ni baik manalah. Kebaikan kita dibauri pelbagai perasaan, kalau nampaknya baik sekarang, hujungnya berkait juga. Macam orang berbuat baik dengan kita sebenarnya hendak meminjam duit di hujung.

Jadi, usah hairan dengan orang yang banyak idea. Mungkin ideanya datang dari sumber jahat yang diwarnai oleh warna-warna menarik sehinggakan ia kelihatan baik.
Oleh itu, penyucian jiwa kena dilakukan berterusan. Dia tidak boleh berpuas hati dengan proses penyucian seminggu sekali sahaja tetapi mesti dilakukan hari-hari. Bagaimana? Bukankah kita biasa melihat orang lelaki hanya sembahyang Jumaat seminggu sekali atau setahun sekali pada hari raya?

Lakukanlah proses penyucian hati setiap hari paling tidak lima kali sehari semalam, iaitu sembahyang fardu. Sistem omboh dalam kereta kita akan menghimpun karbon jika minyak yang digunakan tidak bersifat menyuci. Demikianlah jiwa kita manusia. Setiap saat ia menghimpun jelaga kekotoran, maka penyucian mesti dilakukan setiap masa.
Ini bermakna solat lima kali sehari semalam mungkin tidak mencukupi. Tambahlah dengan solat-solat sunat dan amalan-amalan zikir yang lain. Misalnya amalan Zikir Al-Mathurat, ia satu teknik menyucikan hati yang amat berkesan.

Orang yang bersih jiwanya selalunya juga akan memiliki minda yang tenang. Minda yang tenang atau dalam arus alpha ini, insya-Allah bakal mencetuskan ilham-ilham yang lebih baik. Manakan tidak, hatinya suci, mindanya bersih, apalagi idea yang akan muncul? Apakah masih buruk?

Kalau anda lihat sekeliling, ramai orang memakai topeng berwajah syaitan ketika menjalani hidup masing-masing. Tanyalah orang ini, apakah dia ada amalan-amalan zikir sebagai proses penyucian hati dan minda? Selalunya tiada. Tanyalah pula orang yang penuh dendam kesumat, apakah mereka orang yang solat? Jawapannya tidak. Jika iya pun, solat mereka itu tiadalah nilainya di sisi ALLAH sebab ia dilakukan dengan tergesa-gesa, tidak betul, atas maksud-maksud tertentu dan sebagainya. Bukankah ALLAH berfirman, antara maksudnya, solat itu mencegah dari kemungkaran. Andainya seseorang itu solat tetapi berbuat mungkar juga, itu tandanya solat-solat berkenaan tidak diterima.

Andainya anda suatu hari dikurniai idea yang banyak, anda akan dapati anda semakin banyak dimusuhi. Eh, mengapa? Lumrah manusia, tidak suka melihat orang lebih daripada dirinya. Tambahan jika anda bukanlah siapa-siapa, kelulusan pun tiada tetapi idea anda mantop, dan meletup-letup, anda akan dapati ramai orang sakit hati oleh keupayaan anda itu. Cabaran untuk anda kekal sebagai kilang idea mungkin terencat dek sibuk melayan kerenah golongan ini.

Nasihat saya, fokus. Usah lari dari fokus apa-apa juga perkara baik yang anda lakukan. Padukan niat segalanya yang anda lakukan adalah kerana ALLAH untuk ALLAH. Itulah motivasi terbaik insan hebat berdepan dengan manusia yang tidak ingin bersaing secara sihat. Dalam kata lain, jiwa yang kotor sudah tentu tidak akan sealiran dengan jiwa yang bersih, suci lagi syahdu.

Sumber Dari : Dr. HM Tuah Iskandar Al-Haj
Pesanan With Julia...: Sampaikanlah ilmu walaupun hanya satu ayat.

Bosan?




"Anda mudah berasa BOSAN? Tidak tahu macam mana nak kurangkan rasa bosan? Cuba baca 5 tips yang julia kongsikan di bawah tu. Mungkin dengan melakukan tips tersebut mampu mengurangkan rasa bosan anda. Siapa tahu kan? Tak cuba tak tahu..."

  • Tips 1 : Mulakan hari anda dengan positif
Bagaimana untuk jadi positif? Untuk jadi positif, minda anda dulu mesti dipositifkan. Maksudnya, anda tak boleh berfikiran negatif. Tanamkan betul-betul dalam hati dan minda anda bahawa anda adalah seorang yang sentiasa berfikiran positif. Lawan semua perasaan bosan dan moody anda. Usah terlalu ikutkan perasaan. Jika anda berasa bosan, cuba senaraikan apakah yang menyebabkan anda bosan. Apabila anda senaraikan, anda akan dapati bahawa, sebenarnya TIADA SEBAB untuk anda berasa bosan. Jadi kenapa nak membosankan diri??
  • Tips 2 : Buka mata, buka minda dan buka hati
Jangan kecilkan ruang lingkup pemandangan dan pemikiran anda. Cuba ajar diri untuk lebih menghargai masa dan persekitaran anda. Buka mata seluas-luasnya, lihat persekitaran dengan penuh rasa kesyukuran atas segala nikmat yang Allah kurniakan. Lihatlah lagak manusia yang pelbagai, lihat haiwan-haiwan yang bermacam jenis, lihat tumbuh-tumbuhan yang menghijau dan menyegarkan, lihat bangunan-bangunan yang hebat dan mencakar langit, lihatlah alam ciptaan Tuhan yang maha hebat itu. Bukankah semua itu sangat unik dan menghiburkan? Rasailah kemeriahan alam, syukuri apa yang ada dan nikmatilah hidup ini dengan senyuman ikhlas.

  • Tips 3 : Tulis sasaran atau target anda setiap hari
Menulis target atau membuat perancangan apa yang anda ingin buat, mampu memberikan motivasi dan membuatkan anda lebih fokus. Apabila anda fokus kepada kerja atau tugasan anda, maka susah untuk anda berasa bosan. Jadi, tuliskan target atau apa yang anda ingin lakukan pada sekeping kertas setiap hari, dan bawa kertas itu ke mana-mana. Apabila anda terasa bosan, cuba lihat matlamat dan sasaran anda. Katakan pada diri bahawa anda mesti capai target anda hari itu!! Kalau perlu, PAKSA DIRI anda. Cuba cabar diri anda untuk lawan perasaan bosan tu.

  • Tips 4 : Telefon orang tersayang
Salah satu cara yang praktikal yang boleh dibuat dalam mengurangkan rasa bosan ialah dengan menelefon dan berbual dengan orang yang anda suka atau sayang. Siapa yang anda sayang? Ibu, ayah, abang, kakak, pakwe, makwe, kawan baik atau boss?? Telefon sajalah sesiapa saja yang anda rasa selesa untuk anda berbual dan yang boleh membuatkan anda tersenyum. Berbual dan berbicaralah dengan mereka yang dapat membuatkan anda jadi bersemangat dan bermotivasi.

  • Tips 5 : Pergi ke tempat atau kedai yang anda suka
Kalau anda berasa bosan, jangan biarkan diri anda duduk terperuk saja di satu-satu tempat. Kalau anda berasa bosan di rumah, jangan terperuk saja dalam rumah. Keluar la berjalan-jalan ke tempat yang anda suka. Sebab pertukaran tempat mampu menyegarkan minda dan perasaan anda. Kalau saya, saya suka pergi ke kedai buku seperti MPH, Kinokuniya KLCC, Borders, shopping atau beriadah ke pantai sambil hirup udara segar. Kalau terasa bosan-bosan saja, pasti saya akan segera ke kedai buku terdekat. Hati dan perasaan saya akan jadi berbunga-bunga dan seronok sekali apabila berada di kedai buku sbb sunyi dan duduk dikelilingi buku-buku motivasi. Saya pun tak tahu mengapa, tapi yang pasti, kedai buku memang sangat berkesan mengurangkan rasa bosan saya. Anda bagaimana?

Kalau anda ada tips lain yang anda amalkan untuk mengurangkan rasa bosan dengan berkesan, kongsikanlah dengan pembaca-pembaca lain di ruangan komen tu yer. Terima kasih :)

Kisah segelas susu yang penuh pengajaran

Sudah beberapa jam si pengembara berjalan kaki memerhatikan pemandangan indah musim bunga di kawasan perkampungan itu. Bunga-bungaan sedang mekar, unggas dan serangga yang berterbangan ke sana dan serata halaman rumah yang cantik dihiasi kuntuman bunga amat menarik perhatian pengembara muda itu.
Tetapi perjalanan yang jauh dan matahari yang sedang terik menyebabkan pemuda yang cintakan keindahan alam itu mula berasa letih. Tekaknya kering, sedangkan pengembaraannya masih panjang lagi.
Lantas pemuda itu memutuskan untuk pergi ke sebuah rumah kecil di sebuah ladang di tepi jalan yang sedang disusurinya itu. Seorang budak perempuan membuka pintu rumah yang diketuknya tadi. Wajahnya comel.

Pemuda itu menceritakan yang dirinya kehausan, dia berharap budak perempuan itu dapat memberikannya segelas air. Budak perempuan itu bergegas ke dapur dan sebentar kemudian kembali mendapatkan pemuda tersebut.
Dia bukan membawa segelas air, sebaliknya segelas susu kerana dia tahu pemuda tersebut bukan sekadar dahaga tetapi juga memerlukan tenaga untuk meneruskan pengembaraannya.
“Berapa harga susu ini?” tanya pemuda itu selepas menghabiskan susu tersebut.

Jawab budak perempuan itu, “Oh, percuma! Tak perlu bayar. Emak dan ayah telah mengajar saya supaya jangan meminta sebarang balasan terhadap apa juga kebaikan yang kita lakukan”
Pengembara muda itu tersentuh hati dengan jawapan tersebut. “Kalau begitu, saya hanya dapat mengucapkan terima kasih sahaja,”kata pemuda tersebut, disambut oleh budak perempuan itu dengan senyuman dan anggukan.
Sifat mulia budak perempuan itu memberikan kesan yang mendalam kepada pemuda yang berkenaan. Kejujuran budak itu dan keengganannya menerima sebarang bayaran, walaupun dirinya sendiri miskin, sering saja bermain dalam fikiran pemuda tersebut.

Tahun berganti, budak perempuan itu yang kini berusia 20-an, diserang penyakit kronik. Dia dihantar ke sebuah hospital terkenal di tengah kota untuk diperiksa oleh doktor pakar dan seterusnya menjalani pembedahan. Seorang doktor dipanggil.
Sejurus melihat wajah gadis itu dan alamat tempat tinggalnya, doktor itu segera terkenang saat dia meneguk segelas susu suatu ketika dahulu. Tidak lain tidak bukan, inilah budak perempuan yang pernah memberinya segelas susu dan kemudiannya berkata,” Emak dan ayah telah mengajar saya supaya jangan meminta sebarang balasan terhadap apa juga kebaikan yang kita lakukan,”

Kini masanya untuk membalas jasa. Doktor itu melakukan segala yang terdaya untuk menyelamatkan gadis tersebut. Si gadis ditempatkan di wad untuk beberapa lama. Pembedahan dilakukan dan penyakit si gadis berjaya diubati.
Kini bayaran perlu dikenakan kepadanya. Bil rawatan ditunjukkan kepada doktor itu untuk pengesahan. Doktor tersebut menyelaknya sehelai demi sehelai. Dia memerhatikan setiap angka yang tercatat pada bil tersebut, kemudian menulis sesuatu di bucu helaian terakhirnya. Setelah itu dia menurunkan tandatangannya. Bil itu dihantar ke alamat yang tertera, iaitu sebuah rumah kecil di pinggir ladang.
Gadis tersebut menggeletar sebaik menerima bil tersebut. Helaian demi helaian dibeleknya, ternyata jumlahnya terlalu besar. Dia tidak mampu membayarnya. Walau si gadis bekerja sepanjang hayat sekalipun, belum tentu dia dapat membayar bil yang dikenakan itu.

Jumlah-jumlah yang menakutkan terus terpapar, hinggalah ke helaian terakhir apabila si gadis membaca satu catatan ringkas di bucunya. Tulisan itu berbunyi…
—————————————
Sudah DiBayar Dengan SeGelas Susu.
-Dr Howard Kelly-
—————————————
Artikel ini adalah pengalaman sebenar Dr Howard Kelly (1858-1943), salah seorang daripada empat doktor yang mengasaskan Universiti John Hopkins, Amerika Syarikat.
Dah baca betul-betul kisah di atas? Anda faham? Apakah pengajaran yang anda dapat daripada kisah ini? Cuba terangkan di bahagian komen, apakah input positif yang anda dapat….kongsi2x ye apa perasaaan kawan2 julia sekalian :)

Jauh Disudut Hati...


Langkah-langkahku tersusun rapi,
menyusuri lorong suka duka,
berpinar pandangan mata,
dibalut kesedihan silam,
bila irama itu beralun lagi.


Bersama sebeban ceritera silam menjengah kembali,
kuikat rapi di belakang usia,
agar tidak tercicir lagi,                                 

dalam mencari seteguk kepastian yang tidak pasti,
dalam penghijrahanku mencari kebenaran ketetapan ilahi...


                                                   Nukilan hati: With Julia...

Prinsip 2: "Hargailah pendapat orang lain. Jangan sekali-kali berkata, "Anda silap".

Mudah bukan dengar prinsip 2 diatas?
Senang tetapi bukan semua orang mampu melakukannya. So, selama cuti dua hari ini saya peruntukkan untuk membaca sambungan dalam buku "Bagaimana Hendak Mendapat Kawan & Mempengaruhi Seseorang". Sudah sampai ke bahagian prinsip ke 2. Lebih dekat dgn tatacara bagaimana hendak hargai pendapat org lain tanpa berdebat dan tanpa menyalahi org lain dgn kata-kata yg menyakiti hati. Ini adalah salah satu bookmark yg saya dapat utk dikongsikan dan praktikan bersama, ternyata anda akan dapat hasil diluar jangkaan anda....

"Cara yang sopan dalam mengajukan pendapat saya ternyata membuatkan lawan berbicara itu lebih mudah menerimanya dan perbalahan pun menjadi berkurangan; kalau saya yang silap, ternyata serangannya tidak bertubi-tubi dan orang lain lebih mudah mengakui kesalahan mereka dan menerima pandangan saya jika benar" Franklin.

"Saya menilai seseorang berdasarkan prinsip mereka sendiri - bukan dengan prinsip saya" Martin Luther King, Jr.

Kesimpulannya, mari kita sama-sama latih diri supaya menghargai pendapat org lain, jangan tunjukkan kesalahan mereka, jangan naikkan kemarahan mereka. Hasilnya, kita akan dihargai semula dengan menggunakan sedikit diplomasi. InsyaAllah, pendapat dan idea anda akan diterima akhirnya wpun pada awalnya berlaku bantahan. Anda akan sentiasa happy dikelilingi rakan2 dan org yg tersayang kerana anda memberi sedikit peluang kepada org lain utk rasa dihargai. Saya dah cuba :) Anda bila lagi? ehehhe
Sambungan prinsip 3 seterusnya saya akan publish pada entry akan datang....stay tune buddy! :)

[The End]

Favourite Motivation Books - Love it very2 much

Motivation Books??? Best ke?
Well, best ke x tp mmg jue peminat buku2 berunsur motivation ni. Nak tahu kenapa? Sebab setiap hari kalau kita tidak ada semangat buku-buku nielah byk bagi panduan dan semangat untuk bangun dan perbetulkan laluan jln kerjaya dan hidup jue. Kawan-kawan pun mesti suka kan kalau dapat semangat dan nasihat dari org lain? So, ju pun suka taw. Suka kalau ada kawan2 dan teman2 rapat yg boleh memberikan kata-kata semangat dan pedoman hidup agar diri tidak mudah lalai dan terleka olh permainan duniawi semata-mata.

Ermm antara buku-buku yg telah saya baca sebenarnya byk tetapi byk dipinjam di library je. But this book nilah saya sempat beli but mmg betul2 berbaloi bagi peminat motivation books.
So, all my friends tanamkan minat suka membaca mudah-mudahan hidup diwarnai dgn ilmu yg berguna dan akan menjadi bekalan panduan hidup lebih bersemangat dan harmoni.

 ESQ, Membina Peribadi Anggun, Bagaimana Hendak Mendapat Kawan dan Mempengaruhi Seseorang, Chicken Soup Women Golf dan Buat Sampai Jadi.

 Inilah buku yg terbaru pada awal thn 2011 yg saya sempat beli. Tetiba terlihat buku ini di Kunokuniya KLCC. Sungguh jatuh cinta sbb saya memang suka topik tentang PSIKOLOGI. Ermm rasa macam nak sambung Master jer amik kos psikologi. Sungguh menggujakan! ehehhe

Saya baru je baca sampai topik m/s 120. Setiap muka surat buku ini ada menekankan tentang cerita dan pengalaman org2 yg terdahulu bagaimana cara untuk mempengaruhi seseorang dan cara utk tackle attitude org2 yg suka berdebat dan menegakkan kebenaran hujahnya sahaja tanpa mempedulikan idea org lain.
Haaa, semua jawapan ada dalam buku ini.

Kesimpulannya, anda tidak akan mengalami kesulitan kalau mengakui anda mungkin tersilap. Apa yang anda perdebatkan akan dihentikan dengan cara itu akan mengalak kawan anda untuk bersikap lebih terbuka, berpandangan luas dan mempunyai gambaran seperti anda. Beliau pun juga akan terdorong untuk mengakui bahawa beliau mungkin tersilap juga.
Prinsip 1 : "Satu-satunya cara untuk mendapat yang terbaik dari sesuatu perdebatan ialah dengan mengelakkannya"

Senang bukan caranya, cuba pratikkan. Anda akan nampak hasilnya.
Saya akan baca prinsip seterusnya dan akan saya update entry pada masa akan datang. Tungggguuuu :)
[The end]

Omeo Jogging @ Backyard 6.00-7.00pm 8 Feb 2011

OmeO Jogging???
Ehehhe x percaya erk my pet pun kena jogging macam manusia gak taw sbb dia terlalu heavy weight dan mood pemalas dia sedang bermaharajela bulan feb nih. Eheheh kelakar pun ada sebab musim nih bulu dia byk tercabut sendiri sbb nak tukar bulu baru, nak hensem lagi lah kot nak tackle awek2 sebelah tuh yg cun2.
My dad kata omeo nih dia x mengawan sbb tuh dia jd stress gila. Owh patotlah monyok jer sbb dah lama x kahwin asyik terkurung jer main-main mata...ahahha lawak2.
Ingatkan manusia je frust rupa-rupanya haiwan pun ada naluri frust. So nak hilangkan frust tahap gaban dia, julia sebagai jurulatih yg x terlatih akan melatih dia setiap hari untuk jogging depan umah.
Nanti ada masa nak bawak pi titiwangsa bawak leh jog gan omeo kat sana....
Hadoyaiiiiiiii, nak dating gan haiwan peliharaan lah pulak..heheh apa yg ptg dia jantan yg plg hensem dalam dunia nih ahahhaa...
OMEO...sabaq ye. Jgn bad mood. Nanti kalau ada org yg sudi nak sunting anak dara hang baru julia kasi omeo kahwin yeeeeeeee...tunggguuu! (ketawa jahat) :p

 My mum dok dukung omeo setiap hari mcm nih lah sbb tuh mengada2 jadinya ahahha

 Haa dah lepas suh jogging tp mata dia galak...hehe gatai sungguh bujang senang sorang nih kihkihkih

 Omeo ye bulu baru nak tumbuh...see bulu lama dia kt kepala x tanggal lagi, yg kt badan hampir 80% yg baru...togell boy ehhe

 Bolat!

 Mata merah sbb anak owang putih nih mmg dok cuaca sejuk...so migrats Malaysia tuh ygx tahan...kesian kena sapu minyak gamat n kena selalu basahkan kepala kasi sejuk...
Ehehhe
Nie lah tmpt permainan omeo n the geng, our own backyard....wpun x besar tp puas gak lah lari depan ke belakang ehhehe...see ada nampak pokok rambutan kan? baruje berbuah last year...nmpak x omeo lari dgn bersungguh? haaaaa jgn x tau dia pandai curi tulang tau menyorok bawah keta kancil julia ahhahaa

 Nmpk x omeo di tengah2. Sbelah kiri tuh anak kandung dia nama Whitey ehhe mcm snow white lak

 Yang sebelah kanan omeo tuh anak perempuan kedua dia nama Brown..ehheh sebab dh coklatkan kaler dia..

 Whitey

 Nie lah bini omeo yg sah ahahha...mcm dh kurus kan...tua cikit dr omeo...

Browny..

So, kawan2 nih lah haiwan peliharaan saya yg saya paling sayang, U all leh kongsi2 taw minat nih...

[The end]

Bowling Time With Siblings @ Wangsa Walk 4 Feb 2011 3.00pm

Lama dah x ajak adik2 kuar jalan2...so apa lagi dating gan adik2 gurl lak baru meletup tenpin bowling Wangsa Walk, Wangsa Maju, KL. Ehehhe, yelah baru 3 org tuh dah gamat suasana kalau bawak lagi ramai geng habis lah kene tutup kedai sbb dah full strike. Anyway, best tau g main boling nih. Pecah stress yg membatu dlm kepala ehehhehe yelah keje2 gak kan. Holiday pun cuti panjang sbb CNY. So, amik kesempatan cuti je seminggu. Fuh...cuti lebey2 pun boring gak kalau x buat apa2 kan. So kawan2 nihlah pic2 yg kami sempat rakamkan...harap dapat dating lagi gan adik-adik. BesT!!!


 Me with Ita
 Jezz and Ita
 Alamak ina dah mula...


 Tu dia ita...balingan yg mantap smpi bergegar lah lantai tuh ahahhahah.



 Posing sat jgn marahhhh

Pusingan Pertama yg tidak kurang hebatnya...yelah pemain2 pun jarnag main.
Dapat 2nd pun jadi lah kihkikh
 Yelah Jezz menang...ahahahh




 Nih 2d game...jari dah nak tercabut...nasib baik x main lama2 ehehhe markah pun menurun...uwaaaaaaaaaaa :(

 Makan Time at Restoran Ayam Penyet...nyum2 delicious...

 Amboi, tgk muka adik2 saya. Mcm nak mkn org pun ada...laparrrr dah tuh ehehhe

 Sebelah kiri tuh ayam rendang penyet dan sebelah kanan tuh ayam penyet original made
Dua-dua pun sodapppp! aummmmmmm

 Sempena CNY ari tuh ada singgah Jusco Wangsa Maju jap jln2 sajer pi pasaraya..alih2 naik escalator ternampak lak bear rabbit yg plg cute dalam dunia nihhhhhh...byk2 mana plg cantik erk? I pilih ungu campur pink tuh so sweeetttttttttt dah beli dah ada kt umah harga RM39.00. Beli sebab saya ada bela rabbit kat umah 4 ekor besar2...jadi askot rabbit lah pas nih ehehhe

 Jln punya jln dah lewat petang...adik nak mkn Char Kuew Tiaw at Mailis Corner kt Danau Town...marvelos kan yg saya punya nih ehhehehehhe cair di muluttttttttt

 Budak dua org nih mmg kuat mkn...tgk lah hasilnya nanti ahhaha


[Penat sangat jalan2. Pecah lemak sikit ehehhehh anyway syg sgt kat adik2 julia nih...kalau diord xd mesti sunyi je dunia nih kan ehhehehehe. Emuuuahhh]
[The End]

BBQ Ayam with families 5hb Feb 2011 8.00 mlm @ my house.

Set BBQ siap...ehehe

 Ayam 8 ekor setelah diperap dengan bawang merah dan bawang putih bersama sos lada hitam selama 5 jam dalam peti ais dan di stim selama setengah jam.

 Jarak dekat ayam yg telah distim

 Tester bakar dulu ok ke x...ehehhe tester mkn dulu sebelum mlm menjelang dan tetamu hadir

 Abah duk bz bakar ayam fuhhhh peluh meleleh...baru tester tuh eheh

[Lihat Hasilnya Ya]



 Jastina (my adik bongsu) pakar bab bakar2 nih ehehhe

 [end tester]

Tetamu is cominggggggg!!! ehehhe

 My lovely bro kiri (berbaju hitam) with his adik(baju kuning) and her wife at back with us.

 Haaaa dah nama pun BBQ kan so kena layan diri lah beb ..kihkihkih dalam hati sonok yer dapat belasah tetamu bakar ayam, hbs lencun peluh, baru best kihkihkih....

 Hamidrullah (baju biru) my anak buah with his mum ain isteri kepada Hairullah yang berbaju kuning tadi. Kira adik ipar my brolah sng ckp ehehh. 

 Kak ira with his son Danial...kak ipar my bro. (Daniel nih dah darjah dua, time mula2 dia kecil comel sgt2 until now still call me auntie2...eheheh rasa tua lak sekejap :p)


 Jemput makan yeee

 Jastina siap posing sakan..kesian jd photografer lama sgt so i amik alih jap.







-Happy Time is Finished Already-
Hope can meet again
Thanks to Abah, Mama, Jastina, Jelita, and to all my bro family n Jasril family yg sudi hadir dalam majlis bbq
Love u all until i die...emuahhhhhhhhhhh
[The End]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Booking.com