Julia Johari: October 2011

Mood Monday: Gusi Bengkak + Demam Panas

Alahai With Julia....
Kena dugaan penyakit gusi bengkak di bahagian ats gigi sebelah kanan...dah seminggu lebih kena....tp semalam mencatatkan perubahan fizikal pada gusi yang amat ketara...
Bonjolan yang di sangka kecil dan dgn perasaan buat x kesah je sekarang dah membesar seperti duit 5 sen....
Uwarghhhhhhhhhhhhhh...sakit yer hanya Allah yg tahu...
Suhu badan normal yg diambil setiap hari ialah 36.4c dan naik sejak dua tiga hari lepas sebanyak 36.6c...kira masih di fasa selamat lah kan...(pura-pura sihat ahhaha)

So, start tengahari semalam dah mula datang panas badan dan terus xdpt buat apa2 hanya terlantar di katil sehingga jam 10.30malam...okey dh start tido pun lepas isyak x tahan badan panas jek....and then tunggu Encik Abg pulang dari Kuantan outstation semalam buat lagi badan panas x menentu...
Tetiba nak test lagi suhu badan pakai termometer...
Amikkkkk kau! Beb beb beb beb beb beb beb beb yg berterusan....tau sebab apa?
Suhu badan cecah 37.5c....1st time dgr beb memanjang sah dah kene demam panas...selama nih beb sekali jek menunjukkan suhu normal...

Huh...hanya mengeluh...hanya sms Encik suami cepat2 lah pulang.....
tepat jam 10.45 Encik suami dan balik umah...terkejut dia tgk bini dia selongkar cari ubat panadol je pun dlm laci...
Muka dia dah berkerut seribu...nak bawak pi klinik swasta terus jumpa doktor...
Okey, With Julia nih mmg takut ngan doktor ok...bukan apa malas nak ckp ngan doktor yg sakit gusi penyebab demam panas...dah seminggu lebih bengkak x jumpa doktor awal2...so dari kena marah ngan doktor baik kena marah ngan suami ahahhahah

At least marah2 suami manja sikit ahahhaha...perasannnnnnn jek.
Hmmm so today no mood nak ckp lebih2...paham2 je lah yek napa With Julia this week very weak and wierd sikit....coz bengkak dalam siapa yg tahu...so betullah perumpamaan itu kan...

Hanya berbekalkan ubat panadol sebagai pelega demam panas...hope sgt2 today jgn naik lagi suhu badan...
Gusi tolong lah aku kali nih...nak kerja sebaik mungkin...
Jangan berdarah lagi...bengkak cepat2lah surut...

Nasihat dari kawan2 baik ofismate CT & Aifa supaya cari Bonjola kt farmasi lepas balik kerja nanti...
Dan kumur dgn air suam dgn garam...
 ....korang mmg Terbaik!
Sayang u all...ada talent cari penasihat ubat2tan...ehheehe ;P

Okey, nak keja diam2...harap dugaan Allah ini akan sembuh seperti sedia kala...
Aminnn...


Kedai 1Malaysia



"Den nok tanyo ket ko nih Dollah, ko percayo ko ket Kedai 1Malaysia nih Dollah?"

Haaa, pasti ramai yg akan bertanyakan soalan ini bukan???
Eh Ko Percayo? Hahaha tetiba cakap orang nogori pulak...Jokes only.
Mesti ramai diantara kita belum lagi pernah menjamu selera di Kedai 1Malaysia bukan???
Ermmm ramai yang tertanya-tanya apakah keistimewaan yang ada di Kedai 1Malaysia???
Ramai orang kata murah dan jimat??? Yeker?

Okey, sebab itulah With Julia hari ini nak share info yang sahih mengenai konsep terbaru Kedai 1Malaysia ni...

Maklumlah setiap hari kita mendengar tentang berita dan wawancara mengenai keistimewaan yang diperolehi di kedai berkenaan...

So, apa lagi jom kita tgk butiran menu dan lokasi tempat anda bermastautin, mana tahu dekat tuh bolehlah ke Kedai berkenaan... Ayuh!

Sila Clik:

@ Pantai Kemasik & Pantai Teluk Bidara, Terengganu.

Mesti korang tertanya-tanya kan ada apa sgt kat sana tuh yag korang nak pergi sesangat ahahhaha...

Pic2 dibawah nih semua persinggahan holiday masa nak balik umah atok belah suami kt Dungun Terengganu last week. So, hasil dari intipan kami sepanjang perjalanan dari KL- Terengganu banyak tmpt2 indah yg perlu diterokai oleh mata kita sendiri...betapa seronok yer hidup sebagai seorang pengembara kan....Jap tetiba lak angan2 ceh!

So, apa pun korang enjoy tgk pic kami2 kt bawah nih yup...pantang ada cuti jek hilang dah pi merayap mana2...apa yg ptg hargai masa dgn orang yg kita sayang...x kiralah atok nenek ke, buah hati ke (sah dulu baru ajak jln2 satu msia yup, pesanan With Julia), anak saudara ke, mak saudara ke, bos ke? haishhhhh salah2 ahahhahah terlebih sudahhh....

Okey sebelum melalut lebih2 takot korang bosan ngan mek With Julia yg emosi x berapa betul sgt ari nih....baik korang layan pic kami2....zassssssss...

Tempat persinggahan tgk pantai2 yg best!

Awal pagi sabtu dah berlepas...kekkekke x sabor betul nak berjalan gamak yer kan ahahha

 With Julia with my beloved hubby (abaikan lengan yg demok tuh yeee, baju x cukup bidang jd cm tuh lah ahahha) and with my adik ipar aman.

Let go to theeeee Zooooo....opsss to Terengganuuu yehaaaaaaaa!


 Ok peace penting k tanda dah sampai...perghhhhhhhh best dapat tatap pantai...cantikkkkkkkk

 V6 - My hubby car...kalo ternampak kt ofis my hubby amik bukan dia driver ok...itu dia punya kete betul kakkakakka....maklumlah ramai driver ofis pakai kete cm nih sekarang....what ever ehehhehe

 Angin yg menderu-deru masuk dari hidung ke dalam badan perghhhhhhh nyaman sekali tokkkkkkkk
Speechless!
 Cantikkan ada bot2 nelayan...wpun pantai yer tidak dibenarkan mandi sbb ombak di pantai timur kuat tp With Julia tetap mandi peluh...kakkaka sbb panas...kan nama kt pantai ahhahaha

 Ombak besar sudah mariiiiiiii...lariiiiiii balik jommm....(hubby kater sudah2 ler tuh, suka sgt pantai lupa dah nak balik ahhahahha ..well With Julia nih jenis nature lover nak wat cmner kan)

 Muka macam udang bakor....tp besttttttttttttt

 Ok, let take a photo together2...ahahha gedik + nyampah you = kekkeke

 Haaaaa perjalanan seterusnya adalahhhhhh.......tgk sendiri ye....Dungun Oh Dungun!
Umah atok suami...here i come...
 Alangkah best x jem cm ni...sonok...

 Haaa nih kt Pantai Tjg Bidara Dungun Terengganu....kira pantai paling kuat dgn anginnya dan amat mendamaikan....sebelum smpi umah atok lepak dulu kt kaki bukit nak tgk satu pantaiiiiiiii..weeeeeeeeee

 Hai...nak posing gak ka? ahhaha dua beradik...sama tp x serupa kekkeke
Jgn Mara haaaa

 Muker dgn tanda tanya "Ko ada?" ahhahahahha

 Aman....budak baik...


Okey, lastly byk pic kt pantai diamik termasuk dlm terowong gua pun ada...ahahha tp nih je lah yg larat nak upload...hope kalau korang nak menuju ke Dungun jgn lupa singgah dua pantai berkenaannnn....
Best yokkkkkkkk!
Daaaaaaaa

Abah dan Mama nak pi Haji...


Friday: Today Abah & Mama akan berangkat malam ini jam 1.00 pagi direct fligt ke tanah suci Makkah untuk menunaikan fardhu Haji dengan UTAS Travel buat kali pertamanya...untung sungguh abah dan mama dapat pergi ke Makkah & Madinah tahun nie dua kali ;D... Untuk semua sanak saudara dan taulan, pohon doakan bersama-sama agar mereka selamat pergi dan pulang dalam lindungan Allah...

Doa Pergi Haji Untuk Abah & Mama:

Ya Allah , Engkaulah teman dalam perjalanan dan Engkaulah penjaga keselamatan kaum keluarga , harta benda , anak cucu dan sahabat handai.

Ya Allah peliharalah bakal-bakal haji ini. Kami bermohon supaya perjalanan mereka dimudahkan , didekatkan . Kurniakanlah keselamatan tubuh badan dan harta benda sepanjang perjalanan . Sampaikanlah maksud mereka mengerjakan Haji dan mengunjungi makam Nabi Muhamad s.a.w

Ya Allah , kami memohon perlindungan dari segala mala bahaya didalam perjalanan dan perkara-perkara yang mendukacitakan. Jauhilah pandangan yang buruk terhadap kaum keluarga , jiran tetangga , harta benda dan sahabat handai . Lindungilah mereka semua didalam peliharaanMu. Janganlah Engkau lucutkan nikmatMu daripada mereka. Janganlah Engkau mengubah kesihatan mereka kecuali kepada keadaan yang lebih baik Wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Penyayang.

Ya Allah , wahai Tuhan kami , kehadiran merea ke Tanah Suci adalah atas perintah dan kehendakMu. Oleh itu kurniakan kepada mereka perkara-perkara menyenangkan dirumah suci itu. Jika cuacanya panas , sejuk atau sederhana , jadikanlah segala keadaan cuaca disana nanti sesuai dan menjadi nikmat kepada mereka. Berikanlah mereka selera makan dan minum walau apa makanan dan rasa dan jauhilah segala kesan buruk akibat makanan dan minuman mereka. Suaikanlah rumah-rumah tumpangan yang akan mereka diami walau bagaimana keadaannya sekalipun.

Suaikanlah mereka bergaul dengan rakan seagama di Tanah Suci nanti dimana juga mereka berjumpa dan mereka berkumpul dalam mengerjakan perintahMu . Suaikanlah semua jenis kenderaan yang mereka naiki kemana sahaja mereka pergi dalam menjalankan kerja yang Engkau perintahkan.

Kurniakanlah mereka keselesaan serta mendapat kepuasan dalam melihat , memikirkan dan mengambil iktibar kemana sahaja tempat yang mereka ziarahi dan janganlah Engkau jadikan kedatangan mereka ke Tanah Sucimu kali ini sebagai kedatangan kali terakhir.

Ya Allah anugerahkanlah mereka kesihatan zahir dan batin serta kemahuan dalam mengerjakan segala perintahMu dari awal hingga ke akhir diTanah Suci Mu nanti dan juga meneruskan setelah mereka pulang ke Tanah Suci.

Ya Allah Ya Tuhan Kami , Kurniakan kepada mereka Haji yang Mabrur , dosa diampunkan , usaha yang dipuji , amalan soleh dan perniagaan yang tidak rugi.

Amin...

Rabbana Atina Fidunya Hasanah Wafil Akhiratau ...

Doa Untuk Suami Dari Isteri Solehah


Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku buat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya

Sekiranya...
suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu maka
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi Ya Allah...
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu..
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya..
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan..
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya
keluar dari terus terlena

Ya Allah...
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap membuat keputusan..
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai
isteri..
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka Berikanlah aku
petunjuk kearah rahmat Mu

Ya Allah sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu..
Aku buta tanpa bimbinganMu..
Aku cacat tanpa hidayahMu..
Aku hina tanpa RahmatMu..

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang soleha
Isteri yang sentiasa dihati

Amin, amin Ya Rabbal Allamin...

Berdua Bersatu ♥♥


Kenapa cinta kita
selalu saja diduga
bagai ada tak merestu
kita berdua bersatu

atau mungkin kau dan aku
ditakdir untuk berpisah
walaupun melawan arus
kita berdua bersatu

seringkaliku mendengar
patah tumbuh hilang berganti
tetapiku tidak mahu
cinta selain darimu

jika denganmu salah
kutak mahu yang benar
jika denganmu rebah biarlah kutercalar
walau dilanda badai
kusanggup kerna ku mampu
kita berdua bersatu

jika denganmu kabur
kutak mahu yang jelas
jika denganmu hanyut
biarlah aku lemas
walau dilanda ribut
kusanggup kerna kumampu
kita berdua bersatu

<<<Lirik dan lagu "Berdua Bersatu". Best kan dengar...patutlah my hubby suh dengar lagu nih, sebab dia terdengar kt radio pagi2. Kata dia ada maksud mendalam tentang liku-liku hidup utk tackle mek julia nih ehehhe mcm2 lah si hubby sorang nih kan...tapi bila dah dengar mmg betul pun...ekkekekeke :P layankan ajerrrrr >>>

Dreaming Pulau Kapal Layar Mewah!

Bayangkan percutian di atas sebuah kapal layar mewah. Sekarang bayangkan pula percutian disebuah pulau indah di kawasan tropika. Kedua-duanya ialah satu percutian yang sememangnya di idam-idamkan.
Hebat bukan? Pernahkah you all terfikir untuk menggabungkan kedua-duanya sekali?
Bagi With Julia? Hanya mampu tersenyum....sudah tentu hanya khayalan je lah kalau nak duk atas tuh ekkekke....
Jom tgk!


Sebuah kapal layar telah direka seperti pulau tropika dan mempunyai gunung berapi di atas kapal tersebut. Kapal seluas 295 kaki per segi yang dapat memuatkan 10 penumpang dan pemandangannya adalah ilham dari pada pulau-pulau di Caribean, lautan india dan Polinesia adalah hasil rekaan oleh British boat builders Yacht Island Design. Di dalam gunung berapi yang besar, yang menjulang tinggi adalah sebuah panggung wayang, perpustakaan, bilik permainan, gimnasium, spa dan suite VIP.

Menurut laporan, harga untuk kapal layar tersebut masih belum ditetapkan. Yang pasti ianya hanya mampu disertai dan dinikmati oleh golongan kaya raya sahaja. Kita yang xmampu hanya mampu tengok saja la..hahaha


<<<With Julia terfikir...ermmm lama2 mesti boring gak duk lama2 atas kapal tuh kan...dah lah With Julia nih jenis mudah bosan dengan sesuatu tempat...kalau holiday mesti sehari je kt tempat pelancongan...apatah pula nak duk setempat cm kapal nih ehheheh tp mmg marvelos kan tgk!....
Layankan ajer....ahhahhaa :P angan2 jek>>>