Happy Labour Day 1 Mei 2011 :) | Julia Johari
Booking.com

Happy Labour Day 1 Mei 2011 :)


Hari Pekerja 1 Mei 2011???
Setiap tahun semua pekerja-pekerja di Malaysia akan menyambut Hari Pekerja Sedunia....
Akan tetapi....adakah kita semua faham apakah sejarah dan ertinya kita perlu menyambut Hari Pekerja? Mesti ramai dikalangan kita tidak mengetahui akan maksud disebalik Hari Pekerja bukan?
Banyak yer persoalan ehehhe...so With Julia hendak kongsikan bersama sejarah dan tema sebenar berkenaan Hari Pekerja bagi tahun 2011...
Jom :D
*******************************************************************
Cuti umum sempena Hari Pekerja yang disambut oleh pekerja-pekerja tempatan pada 1 Mei merupakan sejarah negara ini apabila bekas Timbalan Perdana Menteri, Allahyarham Tun Dr. Ismail Abdul Rahman mengumumkan tanggal 1 Mei sebagai hari kelepasan am bagi pekerja Malaysia pada tahun 1972.

Pengumuman itu dibuat dalam ucapannya ketika merasmikan Seminar Kesatuan Sekerja Biro Buruh dan Kesatuan Sekerja UMNO yang diadakan di Dewan Belia, Kampung Pandan pada 20 Mei 1972.

Dalam penjelasannya, Allahyarham menyatakan bahawa keputusan itu telah dibuat dengan harapan pergerakan buruh akan menganggap 1 Mei sebagai satu hari dedikasi sesuai dengan cita-cita kebangsaan dan berharap gerakan pekerja akan didorong oleh tujuan dan rasa terikat kepada cita-cita kebangsaan tersebut.

``Selain itu, 1 Mei bertujuan memberi pengiktirafan ke atas perjuangan lalu dalam pembangunan negara dan sumbangan para pekerja. Sebenarnya kesatuan-kesatuan pekerja negara ini menyambut Hari Pekerja sebelum kerajaan mengisytiharkan cuti umum.
Usaha itu disusuli dengan tindakan V. David (ketika itu anggota Dewan Perwakilan dan Setiausaha Agung Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Kilang dan Am) membawa usul menuntut cuti seumpama itu pada 24 Februari 1960.

Dalam buku yang dikeluarkan sempena Hari Pekerja 1973, Kesatuan Pekerja-Pekerja Pengangkutan Malaysia menyifatkan tahun 1972 sebagai sinar harapan bagi kelas pekerja kerana perubahan pada pendirian kerajaan.

Sambutan Hari Pekerja tidak disambut pada hari yang sama oleh setiap negara yang mengiktiraf Konvensyen ILO yang berkaitan. Pada tahun 1884, Persekutuan Kesatuan Buruh dan Pekerja Berkesatuan meluluskan resolusi yang menggariskan kerja lapan jam sehari yang sah mulai 1 Mei 1886.

Resolusi itu juga menggesa diadakan mogok umum untuk mencapai matlamat memandangkan pendekatan perundangan menemui kegagalan. Kira-kira 250,000 pekerja berhimpun pada gerakan Hari Mei.
Bagaimanapun rekod juga menunjukkan Hari Pekerja telah mula disambut pada September 1882 di Amerika Syarikat.

Austria, Argentina, Belgium, Jerman, Norway (Hari Mei, 1 Mei),
Filipina, Singapura, Afrika Selatan, Sepanyol, Sweden, Thailand, Perancis, Hong Kong, Vietnam, Korea Selatan dan Itali menyambut Hari Pekerja pada 1 Mei,
Kanada dan Amerika Syarikat (2 September),
Jepun mengenalinya sebagai Hari Terima Kasih Pekerja (23 November),
New Zealand (28 Oktober),
Britain (6 Mei).
Bersempena Hari Pekerja 2011 bertemakan ‘Pekerja Merealisasikan Transformasi Negara', marilah bersama menanam tekad dan azam menghayati tujuan bekerja menurut Islam. Tingkatkan usaha ke arah yang terbaik.

Sentiasa memperbaiki prestasi kerja, berusaha melaksanakan pelbagai tugas, mempunyai sifat positif terhadap diri dan pandangan pihak lain, bersedia menerima teguran, saling menghormati, bertolak ansur dan akhirnya peka kepada kehendak pelanggan serta perubahan persekitaran. Mudah-mudahan dengan cara ini kerja kita diberkati dan diredai Allah.

Firman Allah bermaksud: “Katakanlah (wahai Muhammad), beramallah kamu akan segala yang diperintahkan, maka Allah dan Rasul-Nya serta orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui perkara ghaib dan nyata. Kemudian Dia memberitahu kepada kamu apa yang kamu kerjakan.” (Surah at-Taubah, ayat 105)
Amin
-The End-

4 comments:

  1. wahhhhhhhhhhh////...alhamdulilah jue......masuk blog jue dgr lagu marry you.....hehehehe....lagi terkejut tgk template kat atas sekali.............tahniah jue.............amin..........fandy kena mintak cuti nie.....yang paling best, fandy org pertama bagi komen tue.....weeeee.........maybe terlalu awal lagi tp x pa la, selamat pengantin baru yea my frenz.....amin yarabalalamin......

    ReplyDelete
  2. Fandy: ehehhe lambat lagi tau nak wish pengantin baru tuh hheheh lawak tul lah kawan sorang nih ehehh...yg ptg nak wish u all selamat hari pekerja...kerja dgn sebaik2nya ye...wahh minta cuti sonok yer...nanti kasi alamat tau nanti ju leh pos kad bila siap :P tq fandy. (happy coz dpt kawan blogger yg setia mcm fandy) alhamdulilah :D

    ReplyDelete
  3. hahahaha...no problem...kata kawan...biasalah....jue nak bagi kad kawin ka? bagus jugak tu..fandy x taw jalan kat k.l nie..klu ada peta leh la mai sana.....nie alamat fandy..
    b1-14-15, solok tengku, mutiara idaman, jelutong georgetown, 11600 penang...janagan lupa hantaq taw.....fandy tunggu..hehehehehe

    ReplyDelete
  4. alright...tq fandy for ur add..nanti julia pos ye kad bila dah siap :) mai jgn x mai. Bila lagi nak turun kl holiday sini...:)

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Booking.com