Julia Johari: April 2011

Happy Labour Day 1 Mei 2011 :)


Hari Pekerja 1 Mei 2011???
Setiap tahun semua pekerja-pekerja di Malaysia akan menyambut Hari Pekerja Sedunia....
Akan tetapi....adakah kita semua faham apakah sejarah dan ertinya kita perlu menyambut Hari Pekerja? Mesti ramai dikalangan kita tidak mengetahui akan maksud disebalik Hari Pekerja bukan?
Banyak yer persoalan ehehhe...so With Julia hendak kongsikan bersama sejarah dan tema sebenar berkenaan Hari Pekerja bagi tahun 2011...
Jom :D
*******************************************************************
Cuti umum sempena Hari Pekerja yang disambut oleh pekerja-pekerja tempatan pada 1 Mei merupakan sejarah negara ini apabila bekas Timbalan Perdana Menteri, Allahyarham Tun Dr. Ismail Abdul Rahman mengumumkan tanggal 1 Mei sebagai hari kelepasan am bagi pekerja Malaysia pada tahun 1972.

Pengumuman itu dibuat dalam ucapannya ketika merasmikan Seminar Kesatuan Sekerja Biro Buruh dan Kesatuan Sekerja UMNO yang diadakan di Dewan Belia, Kampung Pandan pada 20 Mei 1972.

Dalam penjelasannya, Allahyarham menyatakan bahawa keputusan itu telah dibuat dengan harapan pergerakan buruh akan menganggap 1 Mei sebagai satu hari dedikasi sesuai dengan cita-cita kebangsaan dan berharap gerakan pekerja akan didorong oleh tujuan dan rasa terikat kepada cita-cita kebangsaan tersebut.

``Selain itu, 1 Mei bertujuan memberi pengiktirafan ke atas perjuangan lalu dalam pembangunan negara dan sumbangan para pekerja. Sebenarnya kesatuan-kesatuan pekerja negara ini menyambut Hari Pekerja sebelum kerajaan mengisytiharkan cuti umum.
Usaha itu disusuli dengan tindakan V. David (ketika itu anggota Dewan Perwakilan dan Setiausaha Agung Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Kilang dan Am) membawa usul menuntut cuti seumpama itu pada 24 Februari 1960.

Dalam buku yang dikeluarkan sempena Hari Pekerja 1973, Kesatuan Pekerja-Pekerja Pengangkutan Malaysia menyifatkan tahun 1972 sebagai sinar harapan bagi kelas pekerja kerana perubahan pada pendirian kerajaan.

Sambutan Hari Pekerja tidak disambut pada hari yang sama oleh setiap negara yang mengiktiraf Konvensyen ILO yang berkaitan. Pada tahun 1884, Persekutuan Kesatuan Buruh dan Pekerja Berkesatuan meluluskan resolusi yang menggariskan kerja lapan jam sehari yang sah mulai 1 Mei 1886.

Resolusi itu juga menggesa diadakan mogok umum untuk mencapai matlamat memandangkan pendekatan perundangan menemui kegagalan. Kira-kira 250,000 pekerja berhimpun pada gerakan Hari Mei.
Bagaimanapun rekod juga menunjukkan Hari Pekerja telah mula disambut pada September 1882 di Amerika Syarikat.

Austria, Argentina, Belgium, Jerman, Norway (Hari Mei, 1 Mei),
Filipina, Singapura, Afrika Selatan, Sepanyol, Sweden, Thailand, Perancis, Hong Kong, Vietnam, Korea Selatan dan Itali menyambut Hari Pekerja pada 1 Mei,
Kanada dan Amerika Syarikat (2 September),
Jepun mengenalinya sebagai Hari Terima Kasih Pekerja (23 November),
New Zealand (28 Oktober),
Britain (6 Mei).
Bersempena Hari Pekerja 2011 bertemakan ‘Pekerja Merealisasikan Transformasi Negara', marilah bersama menanam tekad dan azam menghayati tujuan bekerja menurut Islam. Tingkatkan usaha ke arah yang terbaik.

Sentiasa memperbaiki prestasi kerja, berusaha melaksanakan pelbagai tugas, mempunyai sifat positif terhadap diri dan pandangan pihak lain, bersedia menerima teguran, saling menghormati, bertolak ansur dan akhirnya peka kepada kehendak pelanggan serta perubahan persekitaran. Mudah-mudahan dengan cara ini kerja kita diberkati dan diredai Allah.

Firman Allah bermaksud: “Katakanlah (wahai Muhammad), beramallah kamu akan segala yang diperintahkan, maka Allah dan Rasul-Nya serta orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui perkara ghaib dan nyata. Kemudian Dia memberitahu kepada kamu apa yang kamu kerjakan.” (Surah at-Taubah, ayat 105)
Amin
-The End-

Teknik RMS Bantu Kawal Emosi

Reda + Maaf + Syukur = Emosi Positif
Ada masanya kita tidak sedar apa puncanya kita marah-marah. Mungkin disebabkan perasaan cemburu atau kecil hati atau persekitaran yang memberi kita tekanan sehingga menimbulkan perasaan marah.With Julia kali ini ingin membantu para-para blogger dan diri julia juga untuk turut serta bagi mengenal apa itu RMS.
Jom kita pelajarinya....
Bayangkan juga....
 jika anda terpaksa berdepan individu yang sering marah-marah apatah lagi jika tidak diketahui apa puncanya. Apabila sudah marah, ada saja yang tidak kena. Lebih parah lagi orang yang dibelenggu perasaan marah sering tidak mampu mengawal diri lantas bertindak di luar kewarasan fikiran. Dua insiden mengejutkan Ahad lalu tidak mustahil ada kaitannya dengan perasaan marah yang tidak dapat dibendung lagi.
Di Nibong Tebal, Pulau Pinang, seorang ibu sanggup membakar diri kerana kecewa dengan kedegilan anaknya. Sementara itu, di Kuala Lumpur, seorang lelaki Indonesia dibunuh kerana bercinta dengan isteri orang.
Menurut Pensyarah Jabatan Pendidikan dan Kaunseling Psikologi, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, Profesor Madya Dr. Haslee Sharil Lim Abdullah, untuk memahami kemarahan, seseorang perlu memahami psikologi.
Kemarahan tidak berlaku tanpa tiada sebab. Ia seperti satu transformasi yang berubah disebabkan sesuatu. Misalnya, kecewa dan putus asa boleh melarat kepada perasaan marah.
“Lebih mudah, marah terjadi kerana ada sesuatu bertindak sebagai pencetus. Jika seseorang berfikiran negatif, maka dia tidak boleh menguruskan kemarahan tersebut dengan baik. Misalnya, dalam kes Roslina Rosli, 33 yang membakar dirinya, mungkin dia berasa kecewa, merajuk, diketepikan dan tidak dihormati oleh anaknya. Justeru itu, dia seharusnya mengawal kemarahannya pada peringkat awal,” jelasnya.
Tambah Dr. Haslee, mungkin wanita tersebut juga tertekan kerana tidak dibantu oleh suaminya dalam menangani emosi marah. Dalam kata lain, perasaan wanita tersebut tidak diurus dengan baik. Lazimnya, seorang wanita akan berasa lebih tenang jika emosinya mendapat sokongan orang tersayang.
Sementara itu, marah terdiri daripada dua jenis iaitu marah yang terkawal dan tidak boleh dikawal.
“Seseorang yang mengalami kemarahan tidak terkawal boleh mengamuk dan bertindak tidak rasional. Individu seperti ini ialah orang yang berfikiran negatif.
“Manakala mereka yang boleh mengawal kemarahan mempunyai minda yang boleh berfungsi dan berfikir untuk memperbaiki keadaan dan bukan memburukkan situasi,” ujarnya.
Untuk mengawal kemarahan, seseorang perlu ada kesedaran. Jika mereka sedar, kita ada kesempatan memperbaiki keadaan dan diri. Jika kita tangani peristiwa itu secara positif, seseorang boleh berada dalam keadaan gembira dan reda.
“Tafsiran sesuatu peristiwa mempengaruhi fikiran dan jika positif, kita dapat membuat pilihan mengawal dengan baik. Dalam kes yang lepas, mangsa sebenarnya perlu dibantu jika perbuatannya itu menyusahkan orang lain. Dia perlu mendapatkan rawatan. Realitinya, peristiwa itu menyebabkan dia melepaskan kemarahan dan tekanan dengan cara yang salah,” jelas beliau.
Pendekatan RMS:
Justeru itu, Dr. Haslee telah menghasilkan pendekatan RMS untuk membantu meningkatkan kesihatan psikologi. Kaedah ini lebih praktikal diguna dalam kaunseling.
“RMS merupakan singkatan untuk Reda, Maaf dan Syukur. Reda ialah menerima takdir dengan hati yang terbuka. Oleh itu, jiwa akan tenang. Selain itu, setiap orang perlu ada sifat pemaaf kerana kita tidak akan menyimpan setiap kemarahan di dalam hati. Kita akan melepaskan perasaan itu dan membiarkannya pergi. Jika kita tidak memaafkan orang lain, kita akan sakit hati dan bersikap keras hati. Justeru itu, perasaan bengang akan timbul dan menganggu cara berinteraksi dengan orang lain,” jelasnya. Sementara itu, seseorang juga perlu ada perasaan syukur. Apabila seseorang bersyukur, ia bermaksud dia sentiasa berterima kasih setiap apa yang dimilikinya. Namun, Dr. Haslee memberitahu, ramai yang tidak bersyukur dengan kelebihan dan memperbesar-besarkan kekurangan. Jika ini berlaku, maka banyak benda negatif akan berlaku.
Dalam konteks ibu dan anak, si ibu perlu menerima kekurangan anak dan bersyukur dengan kekurangannya. Tiada siapa yang membantu diri sendiri melainkan fikiran kita menjadi positif. Si anak juga perlu mengamalkan sistem RMS iaitu reda, bersedia memaafkan diri sendiri dan orang lain serta bersyukur dengan apa yang ada di sekeliling.
Persoalan mengawal kemarahan ini datang daripada diri sendiri. ia boleh menghasilkan emosi matang dan emosi tidak matang.
“Contohnya di pejabat, jika ada berlaku kesilapan dalam kerja, seorang ketua yang mempunyai emosi matang akan berfikir dahulu sebelum bertindak. Jika ketua tidak mempunyai emosi yang matang, dia akan melenting untuk melepaskan kemarahannya. Ini bermakna, dia belum berjaya mengatasi kemarahannya,” katanya.
Dalam pada itu kemarahan yang berpanjangan boleh memudaratkan diri dan orang lain. Hakikatnya, kemarahan ini tidak memberi sebarang faedah. Tetapi orang yang memendam perasaan juga boleh memakan diri. Jika dia tidak berjaya mengurus kemarahan, dia akan melepas dengan cara yang salah.
Pengurusan kemarahan
 Pengurusan kemarahan adalah teknik mengurangkan emosi marah dan reaksi fisiologi yang timbul apabila marah. Kita tidak mungkin menghapuskan kemarahan sepenuhnya, tapi kita boleh mengurangkannya dan belajar menanganinya.
“Kita mempunyai cara yang mudah iaitu kaedah 5W1H iaitu apa, di mana, siapa, bila, mengapa dan bagaimana. Jika setiap individu mempunyai jawapannya, maka dia akan tahu punca kemarahannya. Walaupun nampak remeh, ia dapat membantu menjawab pertanyaan kepada kita marah. Misalnya, jika si ibu tadi dapat menjawab persoalan-persoalan ini, dia mungkin dapat mengurus kemarahan dengan betul,” katanya.
Jika individu sanggup membunuh kerana cemburu, ini bermakna perasaan ini memang tidak dapat dikawal. Tekanan perasaan seperti kesempitan duit dan cemburu merupakan punca-punca lazim kepada sifat marah. Ia secara tidak langsung menganggu kawalan emosi. Dr. Haslee menambah, meningkatnya tekanan akan menyukarkan kita mengawal perasaan.
“Penjagaan diri juga penting untuk mengawal emosi. Ia dapat mengawal kesihatan fizikal dan emosi. Jika kita tersilap makan, kita ada simptom tetapi sakit perasaan, seseorang itu hanya makan hati,” ujarnya.

Mengulas tentang perhubungan suami dan isteri, Dr. Haslee memberitahu, suami sebagai ketua keluarga perlu tahu keadaan keluarga sama ada berlaku kekurangan dan perubahan.
” Paling mudah, kita mengikut cara Nabi Muhammad S.AW. Rasulullah berjaya mengawal kemarahan kerana mungkin baginda sentiasa bersyukur. Perkara inilah yang perlu dilakukan setiap umat Islam,” jelasnya.

Sumber : RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH (Utusan Malaysia)
-The End-

3 Angels Belated Birthday @ Spring Potato Restaurant :)


Hari ini dalam sejarah sebab 3 orang sahabat baik menyambut Birthday Party @ Spring Potato Restaurant di Sri Gombak, Kuala Lumpur.
Aifarina, Siti Zubaidah dan Julia....Tq Aifa coz bg Mr Bobo (Red Lady Bird), Besday card and Thank You book mark...for sure i love it! Tq Aifa and Ct ehhehe :P
So, u all leh kongsi2 tgk picture2 di bawah tuh mana tahu blogger yg nak datang try mkn @ Spring Potato di Sri Gombak mmg teramatlah sedap espeacially Korean Food & Spring Potato dia....so marvelosss, yummy.

Lovely gift...Mr Bobo (red), Book mark, and nice card...I'm Lovin it. :)

 Kad Birthday...

Two Lovely gift to aifa and ct....hope u all like it :D
Here there are! nice restaurant...

The Menu...of courselah Korean Food...halal taw....sah!

Aifa & Sis Julia....posing je keje ahahha..peace!

Yummyyyyyyyyyy...Korean Dishes!

This is mine...
Sudubu jigae atau sup tofu lembut yang dimakan bersama nasi dan kimchi...with Longan drink...arghhh in heaven!

Spring potato cedapppp...!!!!!!!!!!






Lastly...hahhaha autograft....lovin it...hope u all enjoy it!
Thanks!
-The End-

Countdown for 100 days!

Tajuk di atas adalah amat bermakna buat hati seorang yang
wanita yang akan bergelar isteri suatu hari nanti.
Ini kerana hanya tinggal...

Yes!
It's just only 100 days only for preparation...
Siapa dia?
Namanya Habibullah bermaksud Kekasih Allah....
Setelah mendapat petunjuk dan hidayah dari Allah SWT di Makkah tempoh hari melalui Solat Isthiharah depan Baitullah, maka hati ini kuat menyatakan Dialah yang bakal akan menjadi suami ku...
Memang benar!
Cinta kerana Allah telah membuahkan satu rezeki yang tidak ku sedari, dan tidak ku duga...
Allah SWT telah mengurniakan rezeki kepadaku dalam
masa yang amat tidak ku sangka-sangka...

Orangnya biasa2 sahaja, gebu2 mcm cik julia gak ehhehe :P...bg julia dia seorang yg teramat cool sesangat...kalah julia yg mmg suka menyakat sesiapa pun....ehehhe :P

Yg ptg bukan rupa paras yg jadi pilihan tetapi niatnya yg tulus ikhlas, sabar, tidak pernah berkira masa, tenaga, setia dan menghormati kedua2 ibu bapaku adalah menjadi kayu pengukur utama menyebabkan diri ini rasa tenang utk menerimanya kerana Allah...

Pelbagai macam rintangan ujian dunia dan ragam manusia telah ku kenali,
Akan tetapi, Allah lebih mengetahui,
Pergi ke mana sekalipun akan bertemu jua....

Itulah kuasa Allah....
Maha Penyayang dan Maha Mengasihani...
Moga 100 hari yang ada bermula hari ini akan ku buat sebaik mungkin untuk menguruskan walimatul urus... 

Habibullah & Julia

p/s Nanti sampai masa yer julia akan jemput semua para blogger ke majlis resepsi julia ye, wajib datang ehehhe... 
Kepada semua sahabat blogger, nanti Julia akan sediakan satu entry khas berkenaan checklist brg2 dan persiapan sebelum perkahwinan.
Tungguuuu :)



-The End-

Umrah Vlog 8 - 19 Mac 2011


Part 1: Dhaka (Transit 1 day)

Part 2: Madinah Al-Munawwarah (4 days)

Part 3: Makkah Al-Mukarramah (8 days)

Apa perasaan anda setelah menonton 3 video diatas? Gembira? Sedih? Sebak? Insaf akan kebesaran yang maha esa atau ingin tanamkan matlamat bahawa saya pun boleh ke sana suatu hari nanti?
Ya!
Anda juga boleh dapatkan kesemua feeling2 diatas malah lebih lagi, hanya anda sendiri yang tahu apabila anda menjejakkan kaki di bumi Madinah & Makkah...

Sungguh...
tiada kata2 yang dapat di gambarkan disini bagi menunjukkan betapa bersyukurnya hamba Allah ini dapat menjadi tetamunya....
Julia doakan...
 moga doa anda akan termakbul oleh Allah SWT utk ke sana buat pertama kalinya dan mengulangi ziarah disana jika berkesempatan...InsyaAllah! Amin

Click: Sambungan asal... didalam entry berkenaan.
Semoga anda mendapat hidayah dan petunjuk olehNya di sana... :)