Ujian Lagi? | Julia Johari
Booking.com

Ujian Lagi?

Apa Ujian Lagi?
Tidakkk...
Kisah yang Julia ingin dikongsikan bukan ujian SPM ke ujian Semester ke tetapi merupakan analogi tentang ujian kehidupan kita.
Pekerja di bawah adalah umpama kita.Pekerja yang di atas adalah tuan kita dan manakala batu yang dilemparkan itu adalah ujian, atau kesakitan atau malapetaka.

Kehidupan kita sentiasa sibuk. Seperti mana bunyi mesin itu, kehidupan kita tidak pernah sunyi dan tidak pernah habis dengan urusan dunia. Sibuk dengan urusan keluarga, sibuk dengan urusan kerja, sibuk dengan urusan rakan-rakan dan banyak lagi. Ia berlarutan dan berlarutan, menyebabkan kita lupa untuk mendongak ke atas.

Kita begitu asyik dengan masalah di bawah.
Oleh itu, kadangkala batulah yang dilemparkan kepada kita. Bukan untuk menyakitkan tetapi untuk 'menyedarkan kita untuk melihat atas'.

Begitu juga dengan cubaan, ujian yang dilemparkanNya kepada kita. Tujuannya adalah supaya kita melihat ke atas.
Melihat ke  atas supaya kita tidak leka dengan urusan dunia.
Melihat ke atas supaya kita sering mengingatiNya dan melihat ke atas untuk kita memperolehi petunjukNya.
Melihat ke atas supaya kita dekat denganNya.

Maka itu, jika kita ditimpa bencana, usah difikirkan adakah tuhan tidak menyayangi kita. Akan tetapi, ini mungkin perkara disebaliknya. Mungkin kita terlalu taksub sibuk dengan urusan dunia dan maka itulah dilemparkan batu kecil kepada kita untuk kita memandang ke atas dan dekat denganNya.

Yakinlah bahawa sesungguhnya Allah itu Maha Pemurah lagi Penyayang. Lebih-lebih lagi jika hambaNya begitu hampir denganNya akan ada kemanisan diakhir ujian tersebut.

Mari kita hayati sejenak blog dan video yang julia sempat baca yang memaparkan entry yang berguna untuk kita faham dan hayati bersama-sama
&
Manisnya Hikmah diatas Ujian Allah SWT - Dr. MAZA


Masa untuk bermuhasabah dari With Julia...
Salam inspirasi!

6 comments:

  1. With Julia: Tengah memandang ke atas.. (Rase kerdilnya diri!)

    ReplyDelete
  2. Adamzico:(5 kali sehari kita kena pandang ke atas...kuasa yg maha agung) jahilnya diri ini.

    ReplyDelete
  3. iqa pun da nak final.tp
    buku tak buka2..aduhaii..
    risau plak la..
    betul tu.sentiasa pandang atas barulah
    terasa kerdil.dan jgn pnh
    lupa org yg lbh bwh dr kita ;)

    ReplyDelete
  4. Subhanallah..manisnya hikmah di sebalik ujian yg Allah berikan..tazkirah mau'izah dr Dr. Asri sgt menyentap hati nurani insan....

    ReplyDelete
  5. biasanye kita bila ditimpa kesusahan baru la teringat yg di ATAS.. :(

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Booking.com