Kisah segelas susu yang penuh pengajaran | Julia Johari
Booking.com

Kisah segelas susu yang penuh pengajaran

Sudah beberapa jam si pengembara berjalan kaki memerhatikan pemandangan indah musim bunga di kawasan perkampungan itu. Bunga-bungaan sedang mekar, unggas dan serangga yang berterbangan ke sana dan serata halaman rumah yang cantik dihiasi kuntuman bunga amat menarik perhatian pengembara muda itu.
Tetapi perjalanan yang jauh dan matahari yang sedang terik menyebabkan pemuda yang cintakan keindahan alam itu mula berasa letih. Tekaknya kering, sedangkan pengembaraannya masih panjang lagi.
Lantas pemuda itu memutuskan untuk pergi ke sebuah rumah kecil di sebuah ladang di tepi jalan yang sedang disusurinya itu. Seorang budak perempuan membuka pintu rumah yang diketuknya tadi. Wajahnya comel.

Pemuda itu menceritakan yang dirinya kehausan, dia berharap budak perempuan itu dapat memberikannya segelas air. Budak perempuan itu bergegas ke dapur dan sebentar kemudian kembali mendapatkan pemuda tersebut.
Dia bukan membawa segelas air, sebaliknya segelas susu kerana dia tahu pemuda tersebut bukan sekadar dahaga tetapi juga memerlukan tenaga untuk meneruskan pengembaraannya.
“Berapa harga susu ini?” tanya pemuda itu selepas menghabiskan susu tersebut.

Jawab budak perempuan itu, “Oh, percuma! Tak perlu bayar. Emak dan ayah telah mengajar saya supaya jangan meminta sebarang balasan terhadap apa juga kebaikan yang kita lakukan”
Pengembara muda itu tersentuh hati dengan jawapan tersebut. “Kalau begitu, saya hanya dapat mengucapkan terima kasih sahaja,”kata pemuda tersebut, disambut oleh budak perempuan itu dengan senyuman dan anggukan.
Sifat mulia budak perempuan itu memberikan kesan yang mendalam kepada pemuda yang berkenaan. Kejujuran budak itu dan keengganannya menerima sebarang bayaran, walaupun dirinya sendiri miskin, sering saja bermain dalam fikiran pemuda tersebut.

Tahun berganti, budak perempuan itu yang kini berusia 20-an, diserang penyakit kronik. Dia dihantar ke sebuah hospital terkenal di tengah kota untuk diperiksa oleh doktor pakar dan seterusnya menjalani pembedahan. Seorang doktor dipanggil.
Sejurus melihat wajah gadis itu dan alamat tempat tinggalnya, doktor itu segera terkenang saat dia meneguk segelas susu suatu ketika dahulu. Tidak lain tidak bukan, inilah budak perempuan yang pernah memberinya segelas susu dan kemudiannya berkata,” Emak dan ayah telah mengajar saya supaya jangan meminta sebarang balasan terhadap apa juga kebaikan yang kita lakukan,”

Kini masanya untuk membalas jasa. Doktor itu melakukan segala yang terdaya untuk menyelamatkan gadis tersebut. Si gadis ditempatkan di wad untuk beberapa lama. Pembedahan dilakukan dan penyakit si gadis berjaya diubati.
Kini bayaran perlu dikenakan kepadanya. Bil rawatan ditunjukkan kepada doktor itu untuk pengesahan. Doktor tersebut menyelaknya sehelai demi sehelai. Dia memerhatikan setiap angka yang tercatat pada bil tersebut, kemudian menulis sesuatu di bucu helaian terakhirnya. Setelah itu dia menurunkan tandatangannya. Bil itu dihantar ke alamat yang tertera, iaitu sebuah rumah kecil di pinggir ladang.
Gadis tersebut menggeletar sebaik menerima bil tersebut. Helaian demi helaian dibeleknya, ternyata jumlahnya terlalu besar. Dia tidak mampu membayarnya. Walau si gadis bekerja sepanjang hayat sekalipun, belum tentu dia dapat membayar bil yang dikenakan itu.

Jumlah-jumlah yang menakutkan terus terpapar, hinggalah ke helaian terakhir apabila si gadis membaca satu catatan ringkas di bucunya. Tulisan itu berbunyi…
—————————————
Sudah DiBayar Dengan SeGelas Susu.
-Dr Howard Kelly-
—————————————
Artikel ini adalah pengalaman sebenar Dr Howard Kelly (1858-1943), salah seorang daripada empat doktor yang mengasaskan Universiti John Hopkins, Amerika Syarikat.
Dah baca betul-betul kisah di atas? Anda faham? Apakah pengajaran yang anda dapat daripada kisah ini? Cuba terangkan di bahagian komen, apakah input positif yang anda dapat….kongsi2x ye apa perasaaan kawan2 julia sekalian :)

5 comments:

  1. weeee....mmg terharu baca artikel nie,,menyentuh kalbu....so kite kenalah berbuat baik selalu dan menolong orang yang dalam kesusahan tanpa mengira darjat dan harta.....sob2...nak nangis nie jue!!!!!!

    ReplyDelete
  2. Subhanallah.....segala puja dan puji dirafa'kan kepada Allah,al-Khaliq pemilik setiap jiwa...

    Terharu dan hiba dgn kisah yang kak jue paparkan ini...Inilah sifat ar-Rahman dan ar-Rahiim Allah SWT. Pada jiwa yg tidak beriman jg (non muslim) dicampakkan nilai-nilai kemanusiaan dan keinsanan hakiki.

    Bersempena juga dgn bulan Maulidur Rasul yg mulia ini, sy teringat satu riwayat yg menceritakan Baginda SAW sangat dibenci oleh seorang nenek yang buta matanya. Nenek buta itu selalu shj membaling tubuh mulia Baginda dengan najis. Namun Rasulullah SAW tidak pernah membalas perbuatan itu dgn kejahatan jg. Malah Rasulullah SAW tidak pernah letih jemu selalu sahaja meletakkan makanan di depan pintu rumah nenek buta itu.

    Sehinggalah Allah menyingkap tadbir hikmah,org yg selalu meletakkan makanan di depan pintu rumahnya itulah Muhammad putera Abdullah,org yang selalu disakiti dgn dibaling najis!

    Roh manusia perlukan cerita2 pembangun jiwa,bukannya hiburan semata yg merosakkan fitrah!
    Allahu 'alam!

    ReplyDelete
  3. Myfandy : Alhamdulilah, pengajaran yg boleh kita ambil iktibarkan fandy...buat baik akan dikenang sepanjang hayat. Kalau org wat jahat kt kita sekali pun jgn dibalas jahat. Balas dgn kebaikan moga dia hormati kita suatu hari nanti. InsyaAllah fandy. Ju pun sedih td...kongsi utk tatapan bersama.

    Nik Shikin: Terima kasih Nik, anda berjaya add akak today. Diam2 rupa yer bijak nik nih ehehhe. terima kasih nik sbb sudi baca perkongsian artikel nih. Moga kita semua jd lembut utk tlg org yg memerlukan. InsyaAllah ada ganjaran dr Allah. Amin :)

    ReplyDelete
  4. walaupun segelas susu,lelaki tu mesti sgt menghargai sbb masa tu dia susah n miskin..
    pkara yg sama dbalas kpd pmpuan tu..

    ReplyDelete
  5. follower no 44. Jom terjah n follow my blog yer..

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Booking.com