Saya terbaca dalam sebuah majalah kesihatan dan tertarik dengan kaedah iridologi iaitu mengesan penyakit melalui anak mata.....wauuuu! Jom selidik...sambil-sambil itu boleh buat kajian sejauh mana tahap kesihatan anda...Mencegah Lebih Baik daripada Mengubati.
Selamat Membaca dan Menambah Ilmu :D

Iridologi merupakan satu kajian mengenai apa yang tergambar pada iris mata dan pengamatan terhadap sebarang perubahan yang berlaku padanya. Ia merupakan satu kaedah dalam diagnosis dan boleh dijadikan sebagai alat bagi mengawasi keadaan kesihatan seseorang.

Di dalam iridologi terdapat carta iris yang menunjukkan lokasi organ-organ pada tubuh manusia. Teorinya menyatakan iris mata itu pada hakikatnya berhubungan dengan setiap organ dan tisu tubuh menerusi sistem saraf dan otak. Fiber saraf yang kedapatan pada iris akan memberi respons terhadap sebarang perubahan yang berlaku di dalam tubuh dengan cara memanifestasikan fisiologi refleks yang sejajar dengan lokasi dan perubahan tisu tertentu.

Menerusi kaca pembesar dan sebuah lampu khas, seorang iridologis boleh melihat dan mentafsir tentang kedudukan kesihatan seseorang, juga menunjukkan di mana terdapat kekuatan dan kelemahan organ-organ dan tisu tubuh. Contohnya, bagi seorang yang mana diagnos pada irisnya menunjukkan ada tanda yang disebut sebagai ‘Sodium ring’ atau cincin sodium (juga calcium ring atau salt ring).

Ini menunjukkan proses penimbunan atau pengerasan sedang berlaku di dalam sirkulasi apabila campuran kalsium atau kolesterol mendap pada dinding salur darah utama dan kecil. Sekiranya mendapan ini bertambah, tentulah jantung mesti bekerja lebih keras demi mempastikan sistem berfungsi. Kesannya pesakit tersebut mudah mendapat kekejangan, keletihan dan sakit-sakit pada bahagian tertentu tubuh bilamana dia bergerak. Alamat seperti di atas menunjukkan sesuatu harus dilakukan ke atas sistem salur darah sebelum simptom yang lebih serius berlaku.

Iridologi telah lama diamalkan di negara-negara Barat dan merupakan alternatif yang berkesan untuk mengenal pasti punca masalah kesihatan dan mengetahui tahap kesihatan organ-organ dalaman yang menyebabkan punca pelbagai penyakit. Bapa Iridologi adalah Dr Ignatz von Peczely, yang mulanya membuat kajian dan pemerhatian ke atas burung hantu.

Perlu diingat Iridologi tidak menamakan penyakit tertentu tetapi ia boleh mengenalpasti individu samada pada bahagian-bahagian tertentu dalam tubuh mereka menjadi kurang aktif atau terlalu aktif. Sebagai contoh, keadaan kurang aktif pada pankereas menunjukkan keadaan diabetik. Ini boleh dibuktikan lagi dengan ujian gula dalam darah menggunakan peralatan makmal.

Ujian kesihatan di makmal pada masakini bukanlah murah dan tidak ramai yang mampu serta betul-betul memerlukan ujian. Tetapi dengan Iridologi, ianya menggunakan prosidur yang mudah, tidak menyakitkan, ekonomi, dan tidak menyusahkan pesakit untuk melihat ke dalam tubuh mereka. Ini tidak bermakna kaedah diagnosis lain dinafikan. Iridologi sangat sesuai untuk tujuan pencegahan manakala diagnosis lanjut boleh dilakukan apabila perlu.

Adalah amat ketara sekarang, individu semakin peka dengan tahap kesihatan mereka tetapi sayangnya amat sukar bagi mereka ini mendapatkan jawapan terhadap perkara-perkara berkaitan kesihatan mereka. Saya sebagai pengamal Iridologi percaya dan yakin setelah menganalisa beratus-ratus kes, bahawa Iridologi adalah sains dan juga seni merawat yang boleh dipraktikkan dengan jayanya oleh pengamal perubatan, samada perubatan moden, tradisional ataupun alternatif.

Cara Pemeriksaan
Kaedah dulu yang menggunakan kanta besar dan lampu suluh untuk memeriksa mata menjadikan pesakit merasa kurang selesa. Pada masa kini sistem diagnosis Iridologi berkomputer adalah cepat dan selamat tanpa menggunakan peralatan perubatan sama ada suntikan mahupun dadah bagi tujuan pemeriksaan kesihatan. Dengan hanya berbekalkan kamera digital dan komputer akan memudakkan lagi tugas Iridologis.
Gambar kedua-dua mata pesakit akan dirakam menggunakan kamera digital dan disimpan terus ke dalam disket sebagai rekod peribadi, proses yang biasanya mengambil masa kurang dari seminit. Imej Iris kemudian diperbesarkan dengan komputer menggunakan perisian grafik. Imej iris yang memaparkan warna dan strukturnya dapat dilihat oleh kedua-dua pesakit dan Iridologis bagi memulakan sessi konsultansi.
Iridologis dan pesakit akan duduk bersama menganalisa dan berbincang mengenai masalah yang dihadapi oleh pesakit. Pesakit akan menjadi lebih aktif dan peka terhadap masalah kesihatannya dan lebih perihatin terhadap pengambilan ubat-ubatan, pemakanan dan cara-cara mengatasi masalah kesihatannya.
Pesakit dapat melihat sendiri akan keadaan irisnya dan ini diharapkan dapat memberi kesan psikologi dan ingatan secara grafik terhadap maklumat kesihatan mereka kemudian bertindak memperbaikai tabiat makan, alkohol, merokok dan peka dengan keperluan pengambil air secukupnya dan keperluan senaman.

Kebaikan Iridologi dan Apa Yang Ia Mampu Dedahkan
Melalui Iridologi perkara-perkara berikut boleh dianalisa dan dikenal pasti
  • Kelemahan dan kekuatan yang sedia ada pada tissu dan organ
  • Tahap keseluruhan tubuh – lemah, pertengahan dan baik
  • Kandungan asid dalam tubuh
  • Tahap toksid dalam tubuh dan menunjukkan tempat di mana ia terkumpul
  • Keadaan dan peringkat kelemahan seperti acute, subacute, cronic dan degeneratif
  • Keperluan kepada pemakanan dan bio-kimia yang diperlukan oleh tubuh
  • Keadaan yang akan menjadi penyebab kepada penyakit seperti kelemahan pada jantung, pankreas dan lain-lain organ
  • Tahap mental dapat dikesan dengan melihat pada reaksi terhadap emosi, tekanan dan keletihan

0 Comments