Friday, January 28, 2011

Penyucian Rohani - Seruan Ceramah dari Ustaz Farid Ravi tentang Al-Quran.

Friday, January 28, 2011 2 Comments
Ya, Allah. Hari ini satu jemputan khas dari teman sepejabatku untuk mendengar ceramah dari Ustaz yang tersohor iaitu Ustaz Farid Ravi Abdullah dipejabat. Pernah dengar bukan? Ya, memang tidak asing lagi. Satu-satunya ustaz yang asalnya seorang mualaf kini telah berjaya menakluki setiap isi maksud kalam Allah dengar begitu sempurna.
Begitu kerdilnya diri ini.....amat sangat2. Aku? Insan yang dilahirkan sejak kecil telah beragama Islam tidak mampu untuk mengetahui atau mempelajari segenap ruangan isi Al-Quran dengan lebih baik dari seorang yang mualaf. Beliau begitu arif dalam soal-soal tajwid dan taranumnya amat merdu sekali.
Pengajaran yang berguna dari ceramah berkenaan akan kami semua amalkan agar dilindungi Allah SWT.


.: Inilah Ustaz Farid Ravi:.
Terima Kasih kerana hadir memberikan ceramah kepada kami, moga ustaz berjaya dunia akhirat.
Amin
___________________________________________________________


Aku Bimbang!

Aku bimbang ..sangat bimbang
Bagaimanakah kalau besok..aku mati mendadak?
Sembahyangku masih banyak..yang belum terqada'
Kewajipanku masih banyak yang terbengkalai

Aku bimbang..sangat bimbang..
Apakah aku akan diberi VIP Welcome di alam barzakh
oleh Munkar dan Nankir dengan senyuman bermanis wajah
Atau .......................................
Apakah aku akan dibelasah
Oleh pembengis-pembengis di alam barzakh ?
Apakah aku dapat menahan sakit
Bila ular kubur datang menggigit
Kerana sembahyangku yang amat sedikit.

Aku bimbang..amat bimbang..
Imanku masih terumbang-umbang
Ketika aku di dalam kubur..
adakah orang yang akan mendo'akan ?
Siapa akan menyedekahkan bacaan Yasin dan surah-surah Al-Qur'an
Buat meredakan siksa kubur yang datang tanpa kasihan
Nasibku di bawah tanah..adakah siapa yang akan mengenangkan ?
Hilang aku dari pandangan..
Hilanglah aku dalam kenangan.
Jadi..kenapa aku kurang berusaha menyiapkan bekalan ?
Supaya di kubur nanti aku diberi VIP Welcome.

Aku bimbang..sangat bimbang..
Amal ibadahku sangat berkurang !
WAHAI MANUSIA ... taubatlah engkau dari sekarang
TINGGALKAN HIBURAN MELAMPAU dan pergi ke masjid seperti orang lain
Qada'lah sembahyangmu yang tertinggal, bayarlah puasamu
Berhentilah menjadi sahabat syaitan
Agar hidupmu mendapat keredhaan
Sebelum engkau kembali ke ALAM BARZAKH.

bersama-sama kita fikir-fikirkan..

Monday, January 24, 2011

Soya Boleh Kurangkan Risiko Kanser? Ya ke?

Monday, January 24, 2011 2 Comments


Soya?
Hurmm bunyi macam biasa je kan? Tapi berapa kali kita ambil sumber protein yang kaya dengan nutrien ni? Rata-rata mesti jawap kadang-kadang, jarang-jarang ataupun langsung tidak mengemarinya pun dikira rugi kan. Hah! nak tahu betapa beruntungnya kita jika dapat mencegah kanser dari peringkat akar umbi dengan pengambilan sumber berkhasiat seperti soya? Jom kita hayati artikel dibawah dan mulakan setiap minggu dengan sekurang-kurangnya 1 kali kekerapan pengambilan susu soya...
Mencegah lebih baik dari mengubati kan?
Terbukti sememangnya saya suka susu soya! heheh :P

-Artikel dari Utusan Malaysia-

APABILA menyebut 'kanser', pesakit pasti hanya terbayang kematian terutama di kalangan mereka yang disahkan sudah ke tahap lanjutan rawatan seperti kemoterapi atau radioterapi.
Lebih-lebih lagi, penyakit itu membawa perubahan besar gaya hidup pesakit dan juga memberikan kesan lain termasuk perubahan penampilan, emosi yang tidak menentu dan bebanan kewangan.
Kini, dengan ledakan teknologi moden dan pengesan awal terhadap pembunuh nombor satu wanita itu mampu mengurangkan risiko berlakunya kanser.
Malah bukan lagi rahsia, melalui pemakanan yang berasaskan soya ia mampu mengurangkan risiko terjadinya kanser payu dara di kalangan wanita.
Perkara terbukti apabila satu kajian secara klinikal telah dilakukan oleh Yayasan Penyelidikan Kesihatan Awam Tokyo, di bawah Kumpulan Penyelidikan Bakteria Asid Laktik dan Kanser Payu Dara .
Penyelidikan dilakukan oleh pensyarah di Jabatan Pembedahan, Universiti Kyoto, Jepun, Dr. Masakazu Toi bersama seorang pensyarah dari Jabatan Biostatistik di universiti sama, Dr. Yasuo Ohashi. Mereka mendapati pengambilan soya dan juga pengambilan minuman yang mengandungi bakteria Strain Shirota iaitu minuman susu kultur, Yakult, secara tetap dan berterusan mampu mengurangkan risiko yang boleh membawa kepada kanser payu dara.
Malah, dalam kajian yang dilakukan oleh penyelidik ini mendapati wanita yang mengambil makanan berasaskan soya dan minuman susu kultur dilihat kurang berpotensi untuk di jangkiti dengan kanser payu dara.

Kajian itu mendapati pengambilan secara tetap setiap hari produk yang mengandungi bakteria Lactobacilus casei Shirota (LcS) semenjak usia remaja mampu mengurangkan risiko seseorang wanita itu terkena kanser payu dara.
''Ini terbukti kerana komponen di dalam makanan yang berasaskan soya dan LcS mempunyai fungsi yang boleh melindungi daripada kejadian kanser payu dara dan sekali gus mengatasi masalah kesihatan di kalangan mereka yang mengambilnya,'' ujar Dr. Toi semasa membentangkan kertas kerja di Simposium kanser payu dara di San Antonio, Amerika Syarikat Disember lalu.
Beliau berkata, kajian itu mengkaji hubungkait antara pengambilan minuman yang mengandungi LcS dan makanan yang berasaskan soya dengan penyebab kanser payu dara.
Bakteria yang dinamakan (LcS) itu dapat mengawal pertumbuhan bakteria perosak dalam usus dan sekali gus mengatasi masalah kesihatan di kalangan mereka yang mengambilnya.
Beliau menjelaskan, kesan perlindungan tersebut mungkin disebabkan oleh kesan bakteria Strain Shirota ke atas mikroflora usus yang telah membantu penghadaman isoflavon soya yang berkaitan rapat dengan pengurangan risiko kanser payu dara.
''Strain Shirota juga mampu meningkatkan sistem imunisasi semulajadi tubuh khususnya aktiviti NK yang boleh menjejaskan kesan perlindungan," katanya.
Tegasnya, dalam kajian itu seramai 355 pesakit berumur 40 hingga 55 tahun yang menjalani pembedahan kanser payu dara dari tempoh Oktober 2007 hingga Mac 2009 dan 710 orang yang sihat yang tinggal di kawasan yang sama dan berumur sebaya dijadikan objek dalam kajian tersebut.
''Mereka dikaji berdasarkan kepada diet dan gaya hidup sejak masih remaja lagi dan semasa dewasa.
''Hasilnya, didapati sebanyak 30 peratus risiko kanser payu dara dapat dikurangkan bagi mereka yang mengambil minuman yang mengandungi bakteria asid laktik iaitu susu berkultur Yakult sebanyak empat kali atau lebih seminggu, berbanding dengan mereka yang mengambil tiga kali atau kurang dalam seminggu," kata Dr. Toi.

"Teringat nak makan soya nih...nak pi pasar malam petang nih cari hehhe lalalalalla"
-The End-

Wednesday, January 12, 2011

Kaedah Iridologi (Cara Mengesan Penyakit Melalui Mata Anda)

Wednesday, January 12, 2011 0 Comments
Saya terbaca dalam sebuah majalah kesihatan dan tertarik dengan kaedah iridologi iaitu mengesan penyakit melalui anak mata.....wauuuu! Jom selidik...sambil-sambil itu boleh buat kajian sejauh mana tahap kesihatan anda...Mencegah Lebih Baik daripada Mengubati.
Selamat Membaca dan Menambah Ilmu :D

Iridologi merupakan satu kajian mengenai apa yang tergambar pada iris mata dan pengamatan terhadap sebarang perubahan yang berlaku padanya. Ia merupakan satu kaedah dalam diagnosis dan boleh dijadikan sebagai alat bagi mengawasi keadaan kesihatan seseorang.

Di dalam iridologi terdapat carta iris yang menunjukkan lokasi organ-organ pada tubuh manusia. Teorinya menyatakan iris mata itu pada hakikatnya berhubungan dengan setiap organ dan tisu tubuh menerusi sistem saraf dan otak. Fiber saraf yang kedapatan pada iris akan memberi respons terhadap sebarang perubahan yang berlaku di dalam tubuh dengan cara memanifestasikan fisiologi refleks yang sejajar dengan lokasi dan perubahan tisu tertentu.

Menerusi kaca pembesar dan sebuah lampu khas, seorang iridologis boleh melihat dan mentafsir tentang kedudukan kesihatan seseorang, juga menunjukkan di mana terdapat kekuatan dan kelemahan organ-organ dan tisu tubuh. Contohnya, bagi seorang yang mana diagnos pada irisnya menunjukkan ada tanda yang disebut sebagai ‘Sodium ring’ atau cincin sodium (juga calcium ring atau salt ring).

Ini menunjukkan proses penimbunan atau pengerasan sedang berlaku di dalam sirkulasi apabila campuran kalsium atau kolesterol mendap pada dinding salur darah utama dan kecil. Sekiranya mendapan ini bertambah, tentulah jantung mesti bekerja lebih keras demi mempastikan sistem berfungsi. Kesannya pesakit tersebut mudah mendapat kekejangan, keletihan dan sakit-sakit pada bahagian tertentu tubuh bilamana dia bergerak. Alamat seperti di atas menunjukkan sesuatu harus dilakukan ke atas sistem salur darah sebelum simptom yang lebih serius berlaku.

Iridologi telah lama diamalkan di negara-negara Barat dan merupakan alternatif yang berkesan untuk mengenal pasti punca masalah kesihatan dan mengetahui tahap kesihatan organ-organ dalaman yang menyebabkan punca pelbagai penyakit. Bapa Iridologi adalah Dr Ignatz von Peczely, yang mulanya membuat kajian dan pemerhatian ke atas burung hantu.

Perlu diingat Iridologi tidak menamakan penyakit tertentu tetapi ia boleh mengenalpasti individu samada pada bahagian-bahagian tertentu dalam tubuh mereka menjadi kurang aktif atau terlalu aktif. Sebagai contoh, keadaan kurang aktif pada pankereas menunjukkan keadaan diabetik. Ini boleh dibuktikan lagi dengan ujian gula dalam darah menggunakan peralatan makmal.

Ujian kesihatan di makmal pada masakini bukanlah murah dan tidak ramai yang mampu serta betul-betul memerlukan ujian. Tetapi dengan Iridologi, ianya menggunakan prosidur yang mudah, tidak menyakitkan, ekonomi, dan tidak menyusahkan pesakit untuk melihat ke dalam tubuh mereka. Ini tidak bermakna kaedah diagnosis lain dinafikan. Iridologi sangat sesuai untuk tujuan pencegahan manakala diagnosis lanjut boleh dilakukan apabila perlu.

Adalah amat ketara sekarang, individu semakin peka dengan tahap kesihatan mereka tetapi sayangnya amat sukar bagi mereka ini mendapatkan jawapan terhadap perkara-perkara berkaitan kesihatan mereka. Saya sebagai pengamal Iridologi percaya dan yakin setelah menganalisa beratus-ratus kes, bahawa Iridologi adalah sains dan juga seni merawat yang boleh dipraktikkan dengan jayanya oleh pengamal perubatan, samada perubatan moden, tradisional ataupun alternatif.

Cara Pemeriksaan
Kaedah dulu yang menggunakan kanta besar dan lampu suluh untuk memeriksa mata menjadikan pesakit merasa kurang selesa. Pada masa kini sistem diagnosis Iridologi berkomputer adalah cepat dan selamat tanpa menggunakan peralatan perubatan sama ada suntikan mahupun dadah bagi tujuan pemeriksaan kesihatan. Dengan hanya berbekalkan kamera digital dan komputer akan memudakkan lagi tugas Iridologis.
Gambar kedua-dua mata pesakit akan dirakam menggunakan kamera digital dan disimpan terus ke dalam disket sebagai rekod peribadi, proses yang biasanya mengambil masa kurang dari seminit. Imej Iris kemudian diperbesarkan dengan komputer menggunakan perisian grafik. Imej iris yang memaparkan warna dan strukturnya dapat dilihat oleh kedua-dua pesakit dan Iridologis bagi memulakan sessi konsultansi.
Iridologis dan pesakit akan duduk bersama menganalisa dan berbincang mengenai masalah yang dihadapi oleh pesakit. Pesakit akan menjadi lebih aktif dan peka terhadap masalah kesihatannya dan lebih perihatin terhadap pengambilan ubat-ubatan, pemakanan dan cara-cara mengatasi masalah kesihatannya.
Pesakit dapat melihat sendiri akan keadaan irisnya dan ini diharapkan dapat memberi kesan psikologi dan ingatan secara grafik terhadap maklumat kesihatan mereka kemudian bertindak memperbaikai tabiat makan, alkohol, merokok dan peka dengan keperluan pengambil air secukupnya dan keperluan senaman.

Kebaikan Iridologi dan Apa Yang Ia Mampu Dedahkan
Melalui Iridologi perkara-perkara berikut boleh dianalisa dan dikenal pasti
  • Kelemahan dan kekuatan yang sedia ada pada tissu dan organ
  • Tahap keseluruhan tubuh – lemah, pertengahan dan baik
  • Kandungan asid dalam tubuh
  • Tahap toksid dalam tubuh dan menunjukkan tempat di mana ia terkumpul
  • Keadaan dan peringkat kelemahan seperti acute, subacute, cronic dan degeneratif
  • Keperluan kepada pemakanan dan bio-kimia yang diperlukan oleh tubuh
  • Keadaan yang akan menjadi penyebab kepada penyakit seperti kelemahan pada jantung, pankreas dan lain-lain organ
  • Tahap mental dapat dikesan dengan melihat pada reaksi terhadap emosi, tekanan dan keletihan

Tuesday, January 11, 2011

11.1.11 The Day of Heart Storyteller Blog

Tuesday, January 11, 2011 5 Comments

About Heart Storyteller...
11.1.11 The Day of Heart Storyteller Blog was made...hmm sengaja pilih tarikh tersebut untuk wujudkan blog...ramai kawan-kawan berkarya di blog masing-masing tp empunya diri baru sekarang bersedia belajar wujudkan blog.

Picture diatas adalah sejenis bunga eksotik bernama 'Bleeding Heart'. Memang saya berminat hendak letakkan nama blog ini sempena nama Bleeding Heart tetapi di ubahsuai dengan nama Heart Storyteller. Kalau anda lihat bunga itu tidak cantik, tidak mengapa... yang penting Heart Storyteller kata memang ciptaan tuhan Allah itu cantik. Heart Storyteller diwujudkan untuk berkongsi kata-kata hati setiap hari bersama-sama dengan kawan-kawan di blogger sama ada suka dan duka.
Bleeding Heart Flower Characteristic...
Ciri-ciri yang memang sesuai dipadankan dengan empunya diri. Bleeding Heart Flower atau lebih dikenali sebagai Lyre. Bunga ini berbentuk hati dan tumbuh di wilayah Asia Timur, Jepun dan Siberia. Bunga ini tumbuh menggantungkan diri pada batang dan boleh menghasilkan 3 - 15 bunga. Bunga ini mekar di awal musim semi atau pertengahan musim panas.
That's Why...
I Love Bleeding Heart Flower...Sukar didekati, ditemui dan dijaga walaupun puas mencari. Akan tetapi, My Heart Storyteller always say 'If you do not hope, you will not find what is beyond your hopes'

So...

Salam Perkenalan kepada semua blogger di Malaysia :)
<Selamat Hari Lahir Heart Storyteller Blog>